Tuesday, February 28, 2017

Saturday, February 25, 2017

Friday, February 24, 2017

Monday, February 13, 2017

Friday, February 10, 2017

19 Skim Rumah Rakyat Yang Dibuat Kerajaan BN, Apa Pula Skim Rumah DAP Buat?


KEPAKARAN memanipulasi fakta dalam kalangan pembangkang tidak boleh disangkalkan lagi. Mereka terbukti telah kantoi banyak kali cuba untuk memutarbelit kebenaran dengan tujuan menipu rakyat. Itu masih ada yang dungu mahu percayai cakap pembangkang.

Kelmarin Exco Perumahan Pulau Pinang tampil mengkritik BN kononnya hanya membina tidak sampai 10 ribu unit rumah di Penang berbanding Kerajaan DAP yang telah membina 20,887 unit sejak 2008.

Walhal, cerita sebenarnya Kerajaan DAP negeri itu sekadar baru siap membina 2,693 unit rumah manakala selebihnya berstatus 'mampu tengok' dan masih dalam perancangan.

Nampak tak tipunya, cakap buat 20 ribu, yang dibuat hanya 2 ribu sahaja.

Ini berbeza benar dengan kepimpinan Najib Razak yang kononnya dilabel sebagai kejam terhadap rakyat oleh DAP.

Dalam masa tak sampai 10 tahun memerintah, Najib telah berjaya menyediakan sekurang-kurangnya 19 skim perumahan rakyat mampu milik tanpa mengira ideologi politik dan bangsa.

19 skim tersebut adalah PR1MA, Skim Rumah Pertamaku, PPA1M, Rumah Mesra Rakyat (RMR1M), MyBeautiful New Home, Program Rumah Terbengkalai, RUMAWIP, Rumah Idaman Rakyat (RIR), Skim 'Rent-To-Own', BSN MyHome-1, PPR dan Rumah Transit 1Malaysia.

Tidak cukup dengan itu, Najib juga turut memperkenalkan Perumahan Awam Kos Rendah DBKL, Skim Bantuan Sewa Rumah DBKL, Program Bantuan Rumah (PBR), MyDeposit, Rumah Generasi Ke-2 FELDA, Skim Pinjaman Perumahan SPNB dan Skim MyHome.

Inilah tanda bagaimana Najib menunjukkan komitmen kerajaan Barisan Nasional untuk membela rakyat yang sedang bermasalah dalam memiliki rumah sendiri.

Sekaligus, ia ternyata berbeza dengan apa yang dilakukan Kerajaan DAP Penang diketuai Lim Guan Eng. DAP lebih banyak 'memenuhkan' ruang tanah negeri itu dengan 'rumah mampu tengok' yang mana semestinya bangsa Melayu tidak berdaya untuk memilikinya.

Yang dibina banyak adalah kondo mewah yang terbina atas tanah kampung kampung Melayu yang dilenyapkan dalam peta Penang. Rumah murah tiada, kondo mewah bersepah.

Rasanya tiada sebarang skim rumah mampu milik dijanjikan Guan Eng, sebaliknya dia hanya mampu 'menyediakan' skim banglo murah daripada harga pasaran. Itupun telah dibeli olehnya di Jalan Pinhorn, Penang.

Rakyat Penang perlu ingat skandal banglo ini sampai bila bila. Banglo didirikan, rumah rakyat dilupakan, itulah slogan DAP di Penang.

Tulisan : 
Beruang Biru
BB270, Rabu
8 Februari 2017

Thursday, February 9, 2017

Tuesday, February 7, 2017

Saturday, February 4, 2017

Guan Eng Tuduh PAS Penipu



Lihatlah sendiri bagaiman Lim Guan Eng putar belit dan tuduh PAS dengan gelaran penipu. Siap cakap lagi tidak akan tidak tahu dosa fitnah. Guan Eng tidak menjawab persoalan sebenar yang ditanya.

Thursday, February 2, 2017

Guan Eng Pernah Sebut Undi PAS Dapat Pahala


Dulu bukan main lagi puji PAS, sampai bagi "fatwa" undi PAS dapat pahala. Kali ini Guan Eng sudah tukar mengenai PAS. Kutuk PAS yang bukan bukan. Mungkin kali ini Guan Eng akan kata undi PAN dapat pahala pula?

Inilah hipokritnya Guan Eng. 

Wednesday, February 1, 2017