Thursday, January 26, 2017

Video Ini Jadi Bukti, Dalam Hati Mahathir Dia Masih Anggap Anwar Ibrahim Buruk & Teruk



Bercakap di bawah sedar, dan ini jadi bukti kepada rakyat apa sebenarnya helah Mahathir. Tiada hubungan yang ikhlas Mahathir dengan Anwar Ibrahim, bila bila masa sahaja pembangkang boleh bergaduh dan terus bergaduh. 

Negara akan jadi tidak stabil jika pakatan pembangkang yang dipilih oleh rakyat dalam PRU14. Bagaimana hendak stabil, mereka sendiri masing masing ada cita cita peribadi. 

Mahathir ada angan angannya sendiri, Anwar pula masih hendak jadi PM dan DAP pula masih lagi menyimpan harapan mahu kerusi TPM dahulu sebelum mengintai peluang menjadi PM. 

Hura hara jadinya jika ada yang mencuba cuba mengikut dan  memilih untuk bersama dengan pembangkang. Atau Mahathir sengaja buat macam itu kerana hendak membalas teguran Nurul Izzah yang menyatakan jangan percaya sangat dengan apa yang Mahathir cakap. 

Boleh jadi juga Mahathir bukan tersasul tetapi sengaja untuk melukakan hati Anwar dan keluarganya. Apa pun, Mahathir masih ada lagi perasaan bahawa Anwar itu teruk dan buruk perangainya. Video ini jadi bukti.

Wednesday, January 25, 2017

Monday, January 23, 2017

Friday, January 20, 2017

Thursday, January 19, 2017

Isu Beg Plastik 20 Sen, Azmin Ali Main "Passing Bola"




 KUALA LUMPUR, 19 Jan – Presiden Aktivis Belia Tanahair (ABATA), Azrinizam Ibrahim hari ini menggesa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali berhenti bermain politik “cuci tangan” dalam berdepan sesuatu isu termasuk isu terbaru kempen beg plastik 20 sen di negeri berkenaan.

Menurut beliau,  Azmin selaku Menteri Besar sentiasa gagal bertanggungjawab dan menjawab pelbagai isu yang melingkari pentadbirannya dengan menjadikan pihak lain sebagai alat menutup kelemahan diri sendiri.

 “Azmin sebenarnya tidak menjawab isu. Dia sentiasa cuba mengelak dan “passing” bola kepada orang lain untuk menjawab isu. Sama seperti isu DEIG, isu tanah Wetland, krisis air, cat pintu gerbang Selangor, isu bolasepak Selangor dan kini isu plastik 20 sen.

“Azmin sebenarnya cuba lari dari isu dengan membaling bola kepada orang lain. Jika dalam isu bolasepak Selangor, Azmin memilih meletak jawatan dan lari terus dari masalah. Gaji tertunggak pemain dan jurulatih ditinggalkan tanpa penyelesaian. Inilah cara Azmin mentadbir”,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Tambah beliau lagi jika benar mahu berkempen penggunaan plastik, jangan benarkan terus beg plastik digunakan di kedai dan berikan beg kertas atau beg yang lebih mesra alam sebagai alternatif untuk memudahkan rakyat.

“Ini tidak, wang poket rakyat mahu dikutip. 20 sen dipinta bagi setiap plastik. Kalau rakyat beli taugeh, cili, taufu dan bawang, takkan rakyat hendak bawa barang ini pakai tangan? Kena beli plastik. Kena keluar 20 sen tambahan sebab kerajaan Azmin Ali berkempen begitu.

“Satu hari kalau ke pasar, sekurang kurang tiga atau empat beg plastik diperlukan rakyat untuk bawa barang pasar. Sudah kena tambah duit 60 sen ke 80 sen sehari. Ini menyusah dan meningkatkan kos sara hidup rakyat. Jika sebulan secara purata sudah 60 sen x 4 minggu, RM2.40,“ katanya.

Katanya lagi, di Selangor, ada sejumlah sejuta penerima BR1M dan secara kiraan mudahnya jika setiap penerima BR1M ini membayar sejumlah RM28.80 setahun untuk beg plastik maka  kempen beg plastik ini boleh menjana hingga RM30 juta.

“Ke mana wang ini pergi? Balik kepada rakyat untuk baiki jalan yang berlubang? Balik kepada rakyat untuk baiki sistem kutipan sampah yang tidak sistematik? Atau masuk ke tabung yang tidak kembali kepada rakyat tetapi untuk tujuan lain.

“Rakyat Selangor harus audit ke mana wang 2o sen plastik ini pergi. Siapa pembekal plastik ke semua pasaraya di Selangor? Apakah benar harga plastik itu 20 sen?

“Akhirnya Azmin dan Elizabeth kena tunjuk data dan hujah siapa yang sambut baik kempen plastik ini? Atau ianya hanya andaian kosong untuk tutup kritikan rakyat. 20 sen besar nilainya pada rakyat.  Jangan berdalih. Jelaskan pada rakyat. Mana wang plastik ini pergi?,” ujarnya.-MediaUMNO

Full Speech By Najib Razak: OIC’s Emergency Meeting To Discuss Myanmar’s Rohingya Situation


Monday, January 9, 2017

Pertikai Mangsa Banjir, Superman DAP Biadap

4 Januari 2017, Hew, Superman DAP mempermainkan isu banjir di Kelantan. Dalam satu posting di Facebook di pada tarikh tersebut, Hew menyatakan jika hendak buat kutipan makanan dari masyarakat Cina untuk mangsa banjir, perlukah ada sijil halal atau tidak. 

Kenyataan dari Hew ini jelas sekali berniat mempersendakan mangsa mangsa banjir yang sedang ditimpa musibah. Kenyataan Hew ini tidak mencerminkan langsung sifat Superman pada baju yang selalu dipakai oleh Hew. 

Watak Superman adalah seorang yang suka menolong orang lain bila dalam kesusahan. Bukan mengeluarkan kenyataan yang menyakitkan hati orang yang sedang ditimpa kesusahan. Hanya Superman DAP yang bersifat antagonis begitu. 

Mengapa Hew tidak mempertikaikan bantuan yang hendak disumbang kepada mangsa mangsa banjir di Pulau Pinang sebelum ini? Negeri Pulau Pinang yang ditadbir oleh Kerajaan DAP juga sering mengalami banjir. 

Mengapa tidak pertikaikan kenapa banjir sering berlaku di negeri yang diperintah oleh DAP itu? Apakah punca yang menyebabkan banjir kilat sering berlaku? Akibat hujan atau kerosakan alam sekitar? Sebagai seorang mengaku dirinya Superman, Hew perlu tanya soalan ini pada Guan Eng. 

Satu lagi perkara yang perlu Hew ambil tahu adalah di mana muka pemimpin pemimpin pembangkang ketika mangsa mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu memerlukan bantuan? Di mana mereka?

Berapa sumbangan yang kerajaan DAP telah umumkan untuk bantu mangsa mangsa banjir di Kelantan?  Biarpun kerajaan Kelantan kini dikuasai oleh PAS yang sudah bercerai talak tiga dengan DAP, Guan Eng dan pemimpin DAP patut juga menolong wakil wakil rakyat PAN yang masih ada di Kelantan. 

Adakah sebarang bantuan dari DAP? Hew kena tanya soalan ini kepada DAP. Tindakan Hew membuat posting di Facebok itu hanya bertujuan untuk menyakitkan hati dan perasaan mangsa banjir sahaja. Tidak ada impak yang lain selain menyakitkan hati. 

Bukan sahaja menyakitkan hati, posting itu juga menjelaskan kepada semua orang Melayu betapa rasisnya DAP. Ketika musibah menimpa, menolongnya tidak. 

Menyakitkan hati adalah. Kerana tidak ada kepentingan dan undi pada DAP, maka mangsa mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu tidak pun dilayan. Perangai Superman DAP ini adalah ekspresi perangai DAP sebenar. 

Hew kena mohon maaf pada mangsa mangsa banjir atas keceluparan beliau itu. Jangan dikecam dan dihina orang yang ditimpa kesusahan. Doa mereka akan diterima dan dimakbulkan.

 

Sunday, January 8, 2017

Thursday, January 5, 2017

MRT : Agenda Pemerkasaan Bumiputera Oleh Dato Seri @NajibRazak


Mufti Pahang Nasihatkan Mahathir Agar Jangan Keluar Fatwa Tanpa Ilmu


Financial Times & The Economist Ramal BN Menang PRU14

 


Pasukan Penyelidikan Sulit Financial Times dan The Economist Intelligence Unit menjangkakan Barisan Nasional akan memenangi pilihan raya umum ke-14 pada tahun hadapan.

Financial Times, dalam satu artikelnya bertajuk "Malaysian Consumers Start 2017 On Pessimistic Note" pada 4 Januari 2017, meramalkan pilihanraya umum ke 14 akan diadakan pada suku ketiga tahun ini, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada di landasan yang betul untuk memenangi pilihan raya.

“Kami menjangkakan Najib akan memenangi pilihan raya umum akan datang" ramal Financial Times

"We expect Mr Najib to win the next general election. The main opposition party, Pakatan Harapan, is attempting to reach a deal with the Islamist party PAS to avoid dividing the votes against BN. We expect these negotiations to fail, much to Mr Najib’s advantage" tulis Financial Times

Manakala satu lagi majalah berpengaruh ekonomi iaitu The Economist, menerusi The Economist Intelligent Unit, meramalkan Barisan Nasional berada dalam keadaan baik untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.

"Given the fragmented opposition, made up of three separate groups, the ruling Barisan Nasional coalition appears well placed to win the next election whenever it is held" ramal The Economist Intelligence Unit.

The Economist menyatakan perpecahan pembangkang memberi kelebihan kepada BN. The Economist turut meramalkan ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 4.5% hingga tahun 2021.

Menurut pasukan penyelidikan Financial Times itu, Najib juga akan mendapat manfaat hasil kegagalan yang dijangka dalam rundingan antara Pakatan Harapan dan PAS.

Financial Times juga menyatakan ;
“Kami menjangkakan ekonomi Malaysia berkembang antara 4.4 peratus dan 4.7 peratus pada 2017, meningkat daripada anggaran 4.2 peratus tahun ini,” katanya.

Ramalan The Economist tentang keputusan pilihan raya di Malaysia bukanlah suatu perkara yang baru. Pada 3 Februari 2013, The Economist Intelligence Unit turut meramalkan Barisan Nasional menang pada PRU13 yang lalu. 

Financial Times menerusi wartawannya iaitu Jeremy Grant pernah menemubual Dato Seri Najib pada 28 Mac 2013 sebelum PRU13. Financial Times pada masa itu bersetuju dengan ramalan Barisan Nasional akan menang pada PRU13.

Sudah tentulah kali ini, kajian yang dibuat oleh Financial Times dan The Economist ini juga adalah berdasarkan latarbelakang politik, angka dan pengalaman mereka dengan pilihanraya Malaysia yang terdahulu. 

Berita kemenangan yang diramalkan ini ada nilai. Sudah tentu perkhabaran kemenangan ini menjadi berita tidak indah pada telinga penyokong dan pentaksub Mahathir dan pakatan pembangkang. 

Bagaimana agaknya mereka hendak menghadam ramalan ini? Tuduh Financial Times dan The Economist makan dedak?

Faktanya, BN diramal menang dan ekonomi Malaysia diramal berada dalam keadaan baik. Sangkal sama sekali angan angan pembangkang hendak tawan Putrajaya dan tuduhan negara hendak bankrupt. Tandus isu lagilah pembangkang selepas ini dengan ramalan Financial Times dan The Economist ini. 

Tulisan :
Beruang Biru
BB214, Khamis
5 Januari 2016

Monday, January 2, 2017

Sunday, January 1, 2017