>

Monday, December 18, 2017

Kereta YDP MPP UUM Jadi Mangsa Politik Keterlaluan Di Kampus?


Sudah lama kampus tidak dibuat honar dan huru hara. Sejak 3 tahun yang lepas, suasana kampus aman damai dan tenteram. Pelajar berpolitik secara sihat. Jarang berlaku provokasi dan aktiviti yang terlalu opresif. 

Pilihanraya kampus baru berlalu, mungkin tidak benar juga kereta ini dikhianati sebab politik di kampus. Tetapi semua kemungkinan tetap ada, tidak boleh ditolak motif dan tujuan ia dibuat. 

Sebentar tadi mendapat kiriman gambar ini dari seorang rakan di UUM. Kereta YDP Majlis Perwakilan Pelajar UUM kena vandalisme. Entahlah siapa punya angkara. 

Sebagai pelajar janganlah bersikap keterlaluan sebegini. Ada perkara yang boleh diselesaikan cara baik dan teratur. Usah cemar nama universiti. 

Kepada YDP MPP, sila bersabar. Jangan buat tindakan dan tuduhan melulu. Biar pihak berkuasa siasat dan ambil tindakan ikut lunas perundangan yang sedia ada. Seluruh pelajar UUM perlu kecam tindakan ekstrems dan ganas ini. 

No comments: