Tuesday, September 19, 2017

Berpusu Pusu Keluar PPBM, Berpusu Pusu Pula Hendak Masuk UMNO



Berduyun keluar dari PPBM dan PKR. Ramai pula yang minta borang balik hendak jadi ahli UMNO. Apakah petandanya ini?

Khabarnya Mat Taib hanya orang permulaan.Ada beberapa orang lagi yang akan masuk UMNO bersama sama lagi selepas ini. Mubarak sudah mengesahkan perkara ini dalam Utusan Malaysia hari ini. Siapa dan di mana? 

Sudah pasti selepas ini ramai yang ternanti nanti Sidang Media Khas yang akan diadakan. Pasti runsing Azmin Ali kerana yang ramai hendak keluar ini adalah daripada PKR. Akhirnya, ramai yang tahu bahawa dalam PKR dan Pakatan Harapan sudah tiada lagi agenda Melayu yang diperbincangkan. 

Mereka ini akan kembali kepada UMNO kembali kerana percaya UMNO adalah sesatunya parti yang mampu perjuangkan bangsa dan agama. Begitu juga halnya dengan PPBM, ramai sudah keluar kerana melihat sendiri apa yang sudah ada dalam PPBM. 

Siapa yang PPBM kawan dan apa yang PPBM sedang bawa. Bukannya agenda Melayu tetapi agenda bersama DAP. 

Semuanya tidak jelas kerana ada DAP yang menjadi abang besar dalam Pakatan Harapan. Berbeza berbanding UMNO yang menjadi abang besar dalam Barisan Nasional.

No comments: