Saturday, July 22, 2017

Memahami Penyelewengan Jalan Oleh Kerajaan DAP Di Pulau Pinang


Semua jalan yang dirancang dibayar terlebih kos, kenapa perlu dibayar terlebih kos? Rakyat Pulau Pinang kena ambil tahu hal ini. Jangan biarkan Lim Guan Eng terus putar belit dan buat silap mata



1. Kita sedia maklum bahawa Lim Guan Eng dan kerajaan DAP negeri sedang bergelut dengan skandal bilion ringgit wang rakyat. Di antaranya melibatkan Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang kerana dikatakan menelan kos kajian dan pembinaan yang tidak masuk akal.


2. Lebih mencurigai ialah status kajian kebolehlaksanaan, reka bentuk terperinci dan laporan EIA bagi projek Terowong Pulau Pinang (7.2 km) serta 3 laluan utama (20.5 km) yang masih belum siap.
a. Jalan Berkembar Tanjong Bungah - Teluk Bahang
b. Jalan Pintas Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu - Ayer Itam
c. Jalan Pintas Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu - Persiaran Gurney

3. Ironinya, projek itu didakwa 'telah berjalan mengikut jadual' tetapi kini, kerja-kerja pembinaan dijangka bermula pada tahun 2022 pula, jauh menyimpang daripada jadual perlaksaan versi kerajaan cauvinis DAP negeri (rujuk jadual di atas)

4. Yang turut menjadi persoalan besar ialah bayaran kos perunding bagi projek itu yang menelan belanja RM305 juta, satu nilai yang teramat besar dan tidak masuk akal. Malah, sebelum ini, profesional Lembaga Jurutera telah membuat pengiraan di mana bayaran maksimum yang dibenarkan berdasarkan skala harga ialah RM41 juta bagi 3 projek utama jalan raya di Pulau Pinang.

5. Manakala, sejumlah RM177.5 juta yang dibayar kerajaan DAP adalah 4 kali ganda bayaran maksimum mengikut skala bayaran yang diwartakan. Dan nilai RM177.5 juta itu tidak termasuk sebarang bayaran untuk terowong itu kerana kajian untuknya belum selesai tetapi sudah dibayar!

6. Malah, entah berapa kali proses dalam projek tersebut yang telah ditunda hinggakan ianya masih dalam kertas dan mimpi kepimpinan DAP negeri Pulau Pinang. Kajian kebolehlaksanaan projek yang pada mulanya diminta tangguh oleh kerajaan DAP negeri, dinafikan pula oleh pihak yang sama.

7. Selain daripada itu:

7 Mei 2016 - Timbul persoalan bahawa RM305 juta hanya untuk kertas kerja asas sahaja. Manakala bayaran RM138, 971, 572.61 adalah sebahagian daripada sejumlah RM305 juta yang diperuntukkan untuk kajian kebolehlaksanaan, reka bentuk terperinci dan laporan EIA bagi projek Terowong Pulau Pinang serta 3 laluan utama. 
9 Mei 2016 - Exco kerajaan DAP negeri dilaporkan berkata kos RM305 juta itu turut merangkumi kos rekabentuk terperinci dan Kajian Alam Sekitar (EIA) dan bukan hanya kos kajian kebolehlaksanaan seperti yang didakwa. 
Penjelasan exco kerajaan DAP negeri ini ternyata salah dan dilihat tidak faham dengan kenyataan yang sebelumnya.

8. Lim Guan Eng juga semakin pening kepala apabila terdapat laporan berita yang merujuk kepada beberapa pihak kontraktor jalanraya yang mempertikaikan sikap 'murah hati' kerajaan DAP ini. Yuran perundingan untuk projek 3 jalan raya utama dan terowong oleh kerajaan DAP negeri adalah tidak munasabah.

9. Jika yuran perundingan RM120 juta adalah 32% daripada jumlah kos pembinaan RM377 juta bagi laluan berkembar (10.53km) Tanjung Bungah-Teluk Bahang, ia akan dianggap terlalu tinggi.

10. Terdapat skala yuran kejuruteraan (engineering fees) sebanyak 3.2% daripada jumlah kos pembinaan yang dengan jelas menunjukkan bahawa jumlah itu meningkat kepada 10 kali ganda jumlah kos tersebut. Dan jika pun margin yang lebih tinggi diberikan untuk konsultasi, ia hanya akan mencapai maksimum 5%.

11. Pihak ini juga bersetuju bahawa  nilai yuran konsultasi itu perlu dibayar secara berperingkat sehingga projek itu selesai dan bukannya seperti yang dilakukan oleh kerajaan DAP negeri.

12. Keganjilan dan keraguan di dalam proses menggunakan wang rakyat yang bernilai ratusan juta ringgit ini yang menjadi asas untuk peguam Gerakan sedang mengkaji dan akan mengemukakan permohonan untuk memfailkan injunksi mahkamah bagi menghalang projek bernilai RM6.34 bilion itu. Permohonan ini dilaporkan bergantung kepada hasil siasatan terhadap dakwaan rasuah, salah laku, dan penyelewengan dana awam.

13. Untuk rekod, injunksi ini dinamakan injuksi prohibitori (prohibitory injuction) iaitu satu perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah bagi menghalang atau menghentikan mana mana pihak daripada melakukan sesuatu perkara yang melanggari hak orang lain. 

14. Dan apabila terdapat cadangan untuk memfailkan injuksi mahkamah itu, Lim Guan Eng mendakwa 'tidak tahu bagaimana sebuah kerajaan negeri boleh disaman ketika projek itu diserahkan melalui tender terbuka'.

15. Kita tidak terkejut dengan dakwaan Setiausaha Agung DAP ini kerana sebelum ini pun beliau mendakwa tidak tahu harga pasaran banglo terlajak murah milik beliau apabila diasak dengan soalan sama ada beliau tahu bahawa banglo No Swimming Pool itu dibeli di bawah harga pasaran.

16. Kepada rakyat Pulau Pinang, setakat ini tiada satu pun daripada 3 jalan utama telah memulakan pembinaan. Terowong kebanggaan cauvinis DAP pula kini menjadi igauan ngeri kepimpinan tertinggi DAP.

17. Kerana itu kerajaan DAP negeri perlu dijatuhkan pada PRU14 kelak untuk membolehkan kerajaan negeri yang baharu membuat segala siasatan yang menyeluruh terhadap skandal-skandal bilion wang rakyat di Pulau Pinang.

18. Jika tidak pun, negeri Pulau Pinang amat memerlukan barisan ahli Dewan Undangan Negeri BN yang lebih ramai untuk menafikan 2/3 majoriti dalam Dewan Undangan negeri. Dengan cara ini, Pulau Pinang mempunyai check and balance yang kuat dan kerajaan DAP negeri tidak boleh berbuat sesuka hati mereka seperti hari ini.

No comments: