>

Friday, June 23, 2017

DoJ Hanya Bermain Persepsi Mengenai Cerita Berlian


Hanya mainan persepsi jahat dari luar negara semata mata. Dulu kisah cincin pun Rafizi sudah mengaku bahawa itu hanyalah cerita lawak sahaja. Sampai ke sudah, tidak ada gambar sebenar cincin yang didakwa pun ditunjukkan kepada umum. 

Sama seperti kisah persepsi DoJ ini, sampai ke akhirnya tidak ada sekeping pun gambar sebenar berlian yang didakwa itu ditunjukkan kepada umum. Rakyat Malaysia jangan mudah terpedaya dengan mainan persepsi sebegini. 

Tuesday, June 20, 2017

10 Hujah Kenapa Dakwaan DoJ Adalah Satu Konspirasi Semata Mata

Kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat telah menyenaraikan maklumat kononnya penyelewengan wang syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ia bukannya sesuatu yang baru, diulang tayang perkara sama sejak 20 Julai 2016. Hanya kenyataan dan tuduhan sahaja dibuat. Tidak ada saman yang dibuat. 

Menyerlahkan ianya hanyalah satu konspirasi untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia. 

Berikut adalah 10 hujah kenapa dakwaan DOJ itu hanyalah satu konspirasi.

1 - Apa yang didakwa oleh DOJ hanyalah dakwaan semata-mata. Ia ditulis sebagai kenyataan akhbar dan ucapan sahaja berdasarkan aduan awam. Selagi dakwaan berkenaan masih belum dibuktikan dan sehingga mahkamah membuat penghakiman, ia tidak membuktikan bahawa dakwaan yang dibuat dalam aduan ini adalah benar. 

Jika ada bukti bagi setiap dakwaan, sudah tentu pendakwaan langsung terhadap tertuduh akan dijalankan. Aset dirampas mengikut Akta Penggubahan Wang Haram Amerika Syarikat. Sampai sekarang, tiada siapa pun didakwa.

2 - Jabatan Peguam Negara, Malaysia sehingga kini tidak menerima sebarang permintaan daripada DoJ untuk mendapatkan apa-apa maklumat atau bukti dan kenyataan kedua yang difailkan itu "berlaku pada ulang tahun saman pertama. Dalam kata mudah, ia merupakan tindakan ulangan sahaja.

3 - 1MDB telah melalui beberapa siasatan di Malaysia termasuk oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang turut dianggotai oleh pembangkang.

Selepas semakan, pihak berkenaan mendapati tiada jenayah dilakukan. Malah, salah seorang anggota PAC yang merupakan Ahli Parlimen DAP Kepong, Tan Seng Giaw juga menyatakan bahawa tidak ada asas untuk mendakwa atau menuduh Perdana Menteri bersalah dalam isu 1MDB.

4 - Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansur tidak disebut dalam tindakan sivil berkenaan. Malah DoJ langsung tidak menamakan Perdana Menteri sebagai defendan atau didakwa melakukan sebarang salah laku jenayah. Hanya mencipta terma MO1 sahaja untuk cetuskan persepsi semata mata. 

5 - Tiada bukti Datin Seri Rosmah pernah menerima berlian berharga US$27 juta. Kononnya butiran berlian itu menarik perhatian ramai namun mana buktinya ia adalah untuk Rosmah? Nama beliau tidak disebut pun dalam tindakan sivil berkenaan.

Ini sama seperti dakwaan Rafizi dahulu, yang akhirnya hanya berkata tuduhan itu hanyalah lawak sahaja.

Disebabkan fitnah itu, Datin Seri Rosmah telah mengarahkan peguamnya untuk memantau media sosial berkaitan "serangan dan tuduhan palsu" terhadap beliau.

6 - Walaupun terdapat rujukan mengenai MO1 tetapi DoJ tidak menamakan siapa MO1. Ini kerana aduan yang dibuat tidak mempunyai maklumat dan bukti untuk mengaitkan MO1 dengan sebarang aset dan kesalahan jenayah seperti yang disebut dalam laporan itu. Mengapa tidak namakan terus Datuk Seri Najib? Ini bukti dakwaan DoJ itu tiada asas dan hanya konspirasi sahaja.

7 - 1MDB berulang kali menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak kehilangan sebarang wang daripada transaksi usahasama bersama Petro Saudi. 1MDB telah mendapatkan kembali wang modal yang dilaburkan berserta keuntungan sebanyak RM1.98 billion. Jadi, jika terdapat kehilangan wang, nyata dan jelas bahawa wang tersebut bukanlah wang 1MDB. 

8 - Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menyifatkan tindakan DoJ memfailkan sekali lagi saman sivil itu tanpa meminta kerjasama kerajaan Malaysia adalah terpesong dan menimbulkan keraguan.

Saman sivil terbaharu itu, kata Tunku Aziz tidak boleh dipercayai dan boleh dianggap satu konspirasi.

9- Pendedahan tidak berasas DoJ ke atas pemimpin negara ini hanya mahu menjejaskan kredibiliti pentadbiran negara termasuk membangkitkan semula kes salah laku dalam 1MDB yang telah selesai.
Kalau ada pihak termasuk DoJ cuba membangkitkan semula isu ini, ia tiada kaitan dengan kepimpinan negara.

10 - Genap setahun selepas pendedahan kali pertama oleh DoJ, kini tindakan sivil terbaru dikemukakan. Tindakan ini seperti yang dilakukan setahun lalu tetapi rakyat Malaysia tidak `ghairah' membicarakannya dan berita mengenainya hanya berlegar di kalangan pembangkang dan media mereka sahaja.

Dan sejak pengumuman pertama tindakan sivil itu tahun lepas, dalam tempoh setahun itu, Mahathir Mohamad telah menyatakan kesediannya untuk mempertimbang memegang semula jawatan Perdana Menteri. Tidakkah anda nampak kaitannya?

Pihak pembangkang terutamanya DAP jawab dan saman dulu Dr Zuhdi yang jelas dan terang dakwa DAP dapat RM1.2 billion dari Israel. 

Kenyataan DoJ ini sudah setahun, saksi pun belum dipanggil untuk siasat dna sahkan kebenaran. Dibawa ke mahkamah pun belum. Hanya kenyataan sahaja. Lepas kes RM9.5 juta tidak jalan, datang pula DoJ "recycle story" lama.



Tulisan : 
Beruang Biru
BB472, Isnin
19 Jun 2017

Thursday, June 15, 2017

Kit Siang Tidak Berubah Prinsipnya, Mahathir Yang Berubah Masuk Kem Pembangkang



Dulu Mahathir kata Kit Siang bapa rasis, Kit Siang pula kata Mahathir bapa rasis. Sekarang ini merek sudah sama sama sekapal untuk menawan Putrajaya. Kit Siang tidak berubah prinsipnya, yang berubah prinsip dan masuk kapal Kit Siang adalah Mahathir. 

30 April 2013, Utusan Malaysia, Mahathir berkata DAP adalah parti rasis yang mewakili kaum Cina. Mahathir pada waktu itu melabel Kit Siang dan Karpal sebagai chauvinis dan rasis.

Masa itu, Mahathir kata siapa yang keluar kerajaan dan kemudian bertanding atas parti lawan adalah golongan "manusia kecewa".

"Mereka marah masa dalam kerajaan tidak naik pangkat, tidak naik gaji dan masuk pilihan raya. Inilah manusia tamak, mahu lepaskan geram dan berdendam. Golongan ini punyai pemikiran yang cetek dan harus ditolak" kata Mahathir di hadapan 1,000 orang di Kampung Padang Jual, Johol, 29 April 2013.

Sekarang ini siapa yang kecewa dan berdendam? Siapa yang harus digelar "manusia kecewa" ? Ayat Mahathir itu kini memakan dirinya sendiri kembali.

Mahathir berkata Kit Siang sebagai "number one racist" ketika berucap di Permatang Pauh pada 4 Mei 2013.

"DAP adalah rasis dan parti chauvinis. Kit Siang adalah orang nombor satu paling rasis" kata Mahathir.

Kini siapa yang anggap Kit Siang sebagai sahabat sebantal dia dalam politik. Duduk semeja, kongsi satu pentas ceramah dan berkongsi ideologi pembangkang yang sama untuk menjatuhkan kerajaan BN.

11 Ogos 2016, pada awalnya Pemuda DAP menolak untuk kerjasama dengan Parti Mahathir iaitu Pribumi kerana menganggap parti itu sebagai rasis.

"Dasar perkauman yang diamalkan Pribumi merupakan percaturan politik silam yang tidak harus digunapakai lagi" Chiong Yoke Kong, Pengarah Pendidikan Politik Dapsy Kebangsaan.

Pemuda DAP sudah anggap Parti Pribumi juga sebagai rasis. Mereka menolak parti ciptaan Mahathir. 

2 hari selepas itu, Kit Siang menolak idea rasis yang dilabel oleh Dapsy. Kit Siang umumkan bahawa Parti Pribumi adalah "game changer" untuk pakatan pembangkang.

Kit Siang harapkan Pribumi dapat memenangi 40% undi Melayu hingga memungkinkan pakatan pembangkang mentadbir Putrajaya. Ini bermakna Kit Siang sudah iktiraf Pribumi sebagai rakan parti pakatan pembangkang yang baru.

Biarpun Dapsy menolak pada awalnya, tetapi Kit Siang sudah boleh menerima Mahathir. Mereka sudah "cium mulut" untuk berpakat bersama sama dalam pakatan pembangkang.

Semalam (21 Ogos 2016), Malaysiakini, Muhyiddin sudah memaafkan semua dosa dosa lampau parti yang dulu digelarnya chauvinis dan rasis.

"Kita perlu selesaikan apa saja perbezaan yang ada. Kita boleh duduk (dan berbincang)" kata Muhyiddin dalam satu kenyataan akhbar. Hadir sama dalam kenyataan akhbar itu adalah Mahathir dan anaknya, Mukhriz.

Pribumi sudah mula berunding dengan PKR dan DAP tentang pembahagian kerusi. Nampaknya Pribumi tidak dapat elak daripada mengambil dan merampas kerusi tradisi PKR dan DAP. Konflik dan huru hara pasti akan berlaku.

"Tindakan Mahathir dan Muhyiddin bersepakat dengan pembangkang dilihat oleh UMNO sebagai satu kesilapan besar" kata Datuk Seri Najib pada 6 Mac 2016.

Datuk Seri Najib ulangi lagi tindakan silap Mahathir yang berpakat dengan DAP itu pada 19 Mac 2016.

"22 tahun kutuk DAP..kata Kit Siang rasis.. kata DAP parti chauvinis, menidakkan hak orang Melayu, menekan Islam, kita dah dengar ucapan ucapan dia (Mahathir)"

"Ini bukan saya kata, Mahathir yang sendiri kata selama 22 tahun... hari ini dia duduk sebelah siapa, dia sign deklarasi rakyat dengan siapa" kata Datuk Seri Najib.

Rakyat sudah menilai kini parti mana sebenarnya yang boleh dipercayai untuk kesinambungan pemerintahan negara. Rakyat perlu menolak golongan "manusia kecewa".

Dulu mereka menuduh satu sama lain dengan ayat ayat "rasis dan chauvinis", hari ini mereka "cium mulut" sekali atas pentas. Bolehkah dipercayai pakatan pembangkang yang sebegini?

Bahaya mempertaruhkan nasib pada parti yang rapuh sebegitu. Esok lusa mereka akan bertikam lagi. Mereka bukan seperti BN. Ada logo dan perlembagaan berasingan. Tiada pernikahan sah sesama DAP, PKR, PAN dan Pribumi.

Yang menjadi mangsa adalah anak cucu kita jika kita tersalah buat pilihan.


Tulisan :
Beruang Biru
BB13, Isnin
22 Ogos 2016



Tuesday, June 13, 2017

Adakah Pulau Pinang Sebuah Negeri Yang Gagal?



Soalan soalan mudah ini gagal dijawab dengan baik oleh DAP. Dijawab secara berdolak dalih dan putar belit. Padahal jawapan yang diminta senang sahaja iaitu Ya atau Tidak sahaja. Rakyat Pulau Pinang nilaikanlah sendiri, beginikah kerajaan yang menggelar diri mereka sebagai CAT?

Saturday, June 10, 2017

Keahlian UMNO Bertambah Beribu Orang Dalam Masa Sebulan


Video ini pasti membuatkan geng Parti Bunga tidak puas hati. Jumlah yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri ini pasti akan disangkal oleh mereka. Namun beranikah PPBM menyatakan berapakah jumlah keahlian sebenar mereka sekarang di seluruh negara?

Friday, June 9, 2017

Akhbar Sinchew Daily Sifatkan Pakatan Harapan "Tiada Kepala"



AKHBAR Sinchew Daily bertarikh 5 Jun 2017 memaparkan tulisan Neo Shao Min melalui ruangan Pendapat Yanlu yang mempersoalkan siapa sebenarnya calon Perdana Menteri bayangan pakatan pembangkang.

Tarikh pilihan raya umum (PRU) semakin hampir tetapi calon Perdana Menteri bayangan Pakatan Harapan masih belum ada kata sepakat. Isu ini pun mereka masih belum dapat selesaikan, bagaimana mahu ubah dan memerintah kerajaan?

Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berusia 91 tahun pun sudah dilihat pihak luar sebagai salah seorang calon Perdana Menteri bayangan tetapi ramai sudah tidak mempercayai beliau.

Jika memang Dr. Mahathir masih hebat dan mampu menjadi calon Perdana Menteri bayangan, ini adalah satu perkara yang luar biasa yang belum pernah berlaku sebelum ini di mana-mana negara.

Sudah tentu Dr. Mahathir sendiri lebih jelas dan faham bahawa beliau tidak mungkin menjadi Perdana Menteri lagi.

Jika diizinkan juga, ini jelas menunjukkan belum ada calon yang disokong sebulat suara dalam Pakatan Harapan.

Sekalipun Pakatan Harapan masih tiada calon, tidak mungkin mereka akan meminta Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri bayangan mereka.

Selama ini Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai Perdana Menteri bayangan terbaik pembangkang tetapi beliau kini dalam penjara.

Sebelum ini mungkin tidak ada orang merasa ragu-ragu bahawa Anwar telah mendapat restu daripada ketiga-tiga parti dalam Pakatan Harapan.

Namun, Pakatan Harapan hari ini bukan lagi seperti Pakatan Rakyat dahulu, Pas sudah meninggalkan mereka dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pula berko­bar-kobar mahu menggantikan kekosongan itu.

Anwar mungkin Perdana Menteri bayangan PKR, DAP dan PAN tetapi PPBM tentu mahu pemimpin mereka dicalonkan.

Walaupun ketiga-tiga parti Pakatan Harapan ramai calon berpotensi, adakah pilihan akhir mereka masih mahukan seseorang yang meringkuk di dalam penjara untuk memimpin?

Orang ramai melihat Anwar mahupun Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan calon Perdana Menteri bayangan yang sesuai.

Masa depan Anwar tidak menentu kerana ada bersangkut paut banyak isu politik silam. Selepas keluar daripada penjara kelak, adakah beliau masih boleh memimpin Pakatan Harapan? Muhyiddin pula belum tentu mampu menawan Putrajaya.

Namun, Pakatan Harapan masih belum ada calon lebih sesuai, ini satu masalah besar bagi mereka.

Pemimpin adalah roh parti, mana-mana parti yang mahu berjalan jauh perlu ada pandangan dan keberanian serta wawasan dalam kepimpinannya.

Penipuan Rafizi Ramli Dalam Isu RM9.5 Juta Dijawab Tan Sri Musa Hassan


Dalam Hujan Pun Dato Seri @NajbRazak Turun Ke Bazar Ramadhan Bertemu Rakyat


Monday, June 5, 2017

Penjelasan Menteri Besar Negeri Sembilan Mengenai Pembelian Saham Proton Oleh Geely



Kerjasama Proton-Geely: Rakyat Malaysia Jangan Terlampau Emosi - MB

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan meminta rakyat Malaysia supaya tidak terlampau emosi dan bersikap sentimen dengan mengandaikan kereta nasional Proton akan mati kerana Proton Holding Bhd bukan lagi milik negara, sebaliknya milik syarikat swasta, DRB-Hicom.

Beliau mengulas demikian apabila terdapat banyak spekulasi negatif dan positif tentang tentang kerjasama kedua-dua syarikat automatif ini.

Menteri Besar yang pernah lama berkecimpung dalam dunia automatif menegaskan bahawa, kerjasama DRB-Hicom dengan syarikat permotoran China, Geely Automobile Holdings sepatutnya telah lama dilakukan.

Menurut beliau, keputusan yang dilakukan DRB-Hicom bekerjasama dengan Geely adalah satu tindakan yang tepat kerana penutupan Proton memberikan impak yang besar kepada kira-kira 60,000 pekerja industri automobil ini sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak.

“Kita jangan terlampau beremosi, taksub dan jumud sangat apabila mendengar Proton akan dijual kepada Geely. Tidak ada bezanya dahulu apabila kita buat perkongsian dengan Mitsubishi dengan Geely sekarang ini. Satu dari Jepun dan sekarang dari China.

“Adakah kerana ego kita Proton mesti kita punya? Ego dalam zaman globalisasi sudah tak ada. Dunia globalisasi kita bercantum-cantum dan janganlah kita asyik hidup dalam tempurung yang lama,” ujarnya.

Katanya Proton memerlukan rakan kongsi yang kuat dan besar untuk memastikannya terus menjadi entiti perniagaan yang mampan, malah pengeluar automatif memerlukan jumlah pengeluaran yang besar.

Sudah menjadi amalan sesuatu industri kereta jika mereka tidak boleh mengeluarkan dan menjual lebih daripada satu juta unit setahun, bermakna industri tersebut sudah tidak mampu bertahan dan bersaing dengan yang lain.

Keadaan ini telah berlaku kepada syarikat-syarikat automatif lain yang bergabung dan ada juga terpaksa menjual syarikat mereka. Misalnya, syarikat automatif daripada United Kingdom sudah tidak ada lagi kerana semuanya telah dibeli oleh syarikat daripada Eropah ataupun Amerika.

“Proton masih bertahan kerana menerima bantuan subsidi daripada kerajaan walaupun pasaran kereta nasional itu terjual tidak sampai 100,000 unit. Tapi soalnya berapa lama kerajaan perlu berbuat begitu?” Soal beliau.

Menurut Menteri Besar sesebuah syarikat perlu berdiri sendiri, tambahan pula Proton bukan lagi syarikat milik kerajaan. Lagipun, menggunakan duit kerajaan yang pastinya daripada hasil cukai rakyat bagi memastikan Proton terus beroperasi adalah satu tindakan yang kurang tepat.

Jelasnya lagi, Geely dan Peugeot telah membuat bidaan untuk bekerjasama dengan Proton tetapi Peugeot mahukan pegangan saham yang lebih tinggi bagi mengawal majoriti 51 peratus, namun Geely telah bersetuju memegang pemilikan saham sebanyak 49 peratus.

“Proton beruntung kerana ada rakan kongsi yang mahu mengambil ekuti tidak sampai 50 peratus. Mana ada orang hendak beli sesuatu yang dia tak boleh kawal? Sebab itulah, jangan mempunyai pemikiran yang terlalu taksub dan jumud,” katanya lagi.

Menurut Menteri Besar lagi, bekerjasama dengan Geely adalah sesuatu yang baik kerana ia sebuah syarikat besar yang telah menguasai 100 peratus saham syarikat Volvo, malah telah mengeluarkan berjuta unit kereta di Negara China dan mempunyai banyak model.

Keadaan ini adalah satu peluang kepada Proton untuk mempunyai lebih banyak model yang boleh membantu kepada sokongan runcit.

Antara lain, kerjasama strategik dengan Geely juga merupakan peluang besar bagi Proton memasarkan produk walaupun bukan dalam bentuk model Proton ke Negara China dan negara-negara lain.

“Proton perlukan rakan kongsi yang ‘sihat’, mempunyai pasaran yang besar dan tersedia 1.6 bilion penduduk di negaranya dengan kedudukan kewangannya kukuh,” katanya mengakhiri.