Friday, March 3, 2017

4 Rumusan Penting Lawatan Raja Salman Ke Malaysia



1. Kunjungan sulung Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud bukan sahaja akan mengukuhkan hubungan dua hala KL-Riyadh, tetapi turut memberi pelbagai faedah yang memanfaatkan rakyat secara langsung. 4 RUMUSAN PENTING lawatan ini seperti dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak:

A. PENAMBAHAN BIASISWA SEBANYAK 3 KALI GANDA BERMULA 201
🔷"Biasiswa ini bermakna lebih ramai pelajar akan berupaya melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti terkemuka di sana dan ia juga melengkapi dan menambah lagi kepada peruntukan RM4.3 bilion kerajaan untuk biasiswa di bawah Bajet 2017."

B. PENAMBAHAN KUOTA HAJI KEPADA 30,000 DAN 2 PUSAT JEMAAH HAJI DI MEKAH DAN MADINAH
🔷"Kita pernah mendengar kisah bahawa ada yang terpaksa menunggu sehingga 40 tahun untuk mengerjakan Haji, dan saya komited untuk memastikan kejadian sebegini akan dapat kita kurangkan. Saya berharap dan berdoa semoga permohonan kita ini akan diberi pertimbangan sewajarnya agar dapat memudahkan umat Islam Malaysia menunaikan ibadah Haji dalam suasana yang lebih kondusif."

C. PENINGKATAN PELUANG PEKERJAAN DAN PELABURAN
🔷Kunjungan Arab Saudi turut membawa manfaat dalam aspek pekerjaan dan pelaburan di negara ini, khususnya dengan suntikan pelaburan bernilai RM31.08 bilion (AS$7 bilion) oleh syarikat minyak negara Arab Saudi, Saudi Aramco dalam projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia Petronas (RAPID) di Pengerang, Johor. "Saya percaya ia akan mewujudkan banyak peluang kepada rakyat, daripada peluang pekerjaan hinggalah kepada pembangunan dalam industri sokongan seperti runcit, kewangan, pembinaan, perkhidmatan dan banyak lagi. Industri lain seperti ekonomi halal, perkhidmatan kewangan Islam dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) turut akan mendapat manfaat."

D. MEMBUKA PELUANG PERNIAGAAN DI ARAB SAUDI
🔷Hasil lawatan itu turut membawa pelbagai jenis peluang di Arab Saudi untuk ahli perniagaan dan usahawan Malaysia. Antaranya, sasaran Arab Saudi untuk meningkatkan jangka hayat daripada 74 hingga ke 80 tahun membuka peluang kepada industi kesihatan terutamanya perkhidmatan penjagaan penduduk warga emas. Sasaran untuk meningkatkan pengunjung menunaikan ibadah Umrah daripada 8 juta ke 30 juta orang, akan membawa kepada penambahan permintaan bagi sektor-sektor seperti syarikat telekomunikasi dan ICT, infrastruktur, kandungan digital, tenaga, pelancongan dan hospitaliti, kesihatan, teknologi hijau, peruncitan dan juga pengangkutan.

3. Sebelum ini, hubungan Malaysia dengan kerajaan Arab Saudi berkisar kepada isu berkaitan ibadah umrah dan Haji manakala perdagangan dua hala pula berada pada jumlah sederhana iaitu RM13.99 bilion pada tahun 2016.

4. Lawatan ini sekali gus menangkis berita negatif mengenai Malaysia yang sengaja disebarkan oleh segelintir pihak demi mengejar kepentingan politik peribadi serta tuduhan liar sesetengah pihak bahawa Malaysia akan muflis atau akan menjual negara kepada negara China melalui pelaburan asing.

1 comment:

Faizal Faizal said...

arr selpie2 foto2 sendili