Monday, January 9, 2017

Pertikai Mangsa Banjir, Superman DAP Biadap

4 Januari 2017, Hew, Superman DAP mempermainkan isu banjir di Kelantan. Dalam satu posting di Facebook di pada tarikh tersebut, Hew menyatakan jika hendak buat kutipan makanan dari masyarakat Cina untuk mangsa banjir, perlukah ada sijil halal atau tidak. 

Kenyataan dari Hew ini jelas sekali berniat mempersendakan mangsa mangsa banjir yang sedang ditimpa musibah. Kenyataan Hew ini tidak mencerminkan langsung sifat Superman pada baju yang selalu dipakai oleh Hew. 

Watak Superman adalah seorang yang suka menolong orang lain bila dalam kesusahan. Bukan mengeluarkan kenyataan yang menyakitkan hati orang yang sedang ditimpa kesusahan. Hanya Superman DAP yang bersifat antagonis begitu. 

Mengapa Hew tidak mempertikaikan bantuan yang hendak disumbang kepada mangsa mangsa banjir di Pulau Pinang sebelum ini? Negeri Pulau Pinang yang ditadbir oleh Kerajaan DAP juga sering mengalami banjir. 

Mengapa tidak pertikaikan kenapa banjir sering berlaku di negeri yang diperintah oleh DAP itu? Apakah punca yang menyebabkan banjir kilat sering berlaku? Akibat hujan atau kerosakan alam sekitar? Sebagai seorang mengaku dirinya Superman, Hew perlu tanya soalan ini pada Guan Eng. 

Satu lagi perkara yang perlu Hew ambil tahu adalah di mana muka pemimpin pemimpin pembangkang ketika mangsa mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu memerlukan bantuan? Di mana mereka?

Berapa sumbangan yang kerajaan DAP telah umumkan untuk bantu mangsa mangsa banjir di Kelantan?  Biarpun kerajaan Kelantan kini dikuasai oleh PAS yang sudah bercerai talak tiga dengan DAP, Guan Eng dan pemimpin DAP patut juga menolong wakil wakil rakyat PAN yang masih ada di Kelantan. 

Adakah sebarang bantuan dari DAP? Hew kena tanya soalan ini kepada DAP. Tindakan Hew membuat posting di Facebok itu hanya bertujuan untuk menyakitkan hati dan perasaan mangsa banjir sahaja. Tidak ada impak yang lain selain menyakitkan hati. 

Bukan sahaja menyakitkan hati, posting itu juga menjelaskan kepada semua orang Melayu betapa rasisnya DAP. Ketika musibah menimpa, menolongnya tidak. 

Menyakitkan hati adalah. Kerana tidak ada kepentingan dan undi pada DAP, maka mangsa mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu tidak pun dilayan. Perangai Superman DAP ini adalah ekspresi perangai DAP sebenar. 

Hew kena mohon maaf pada mangsa mangsa banjir atas keceluparan beliau itu. Jangan dikecam dan dihina orang yang ditimpa kesusahan. Doa mereka akan diterima dan dimakbulkan.

 

No comments: