Wednesday, October 18, 2017

Bukti DAP Ketuai Pembangkang, UMNO Ketuai Barisan Nasional

1) Mana yang lebih baik untuk bangsa dan agama, kumpulan yang diketuai DAP atau UMNO?

2) Sudah pasti UMNO yang lebih baik. Sudah terbukti, ada track record dan tidak seperti DAP yang punyai track record yang tidak baik sebagai kerajaan di Pulau Pinang.

3) PPBM dan PKR bulanlah ketua dalam pembangkang. DAP yang ada 37 kerusi adalah ketua.

4) Barisan Nasional adalah pilihan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.

5) Tidak ketepikan sesiapa dan semua rakyat mendapat nikmatnya. BR1M adalah contohnya. Hasil BN yang kini DAP pun akui dan hendak teruskannya.

6) Baik teruskan mengundi BN dari percaya undi DAP yang belum tentu pasti dan jadi.

Tuesday, October 17, 2017

Monday, October 16, 2017

Sunday, October 15, 2017

Ini Sebenarnya Geng Kleptokrasi & Korupsi


Demo Anti Kleptokrasi Adalah Demo Pembangkang Yang Paling Gagal



Malam ini telah berlansungnya demo anti-kleptokrasi di Padang Timur, Petaling Jaya. Pada mulanya, demo berkenaan disasarkan sejumlah 100,000 orang walaupun ikut lojik, padang itu hanya mampu memuatkan 10,000 orang sahaja.

Malaysiakini lapor 1,500 orang sahaja hadir, manakala Kelab Che Det pula menghentikan siaran facebook live bila mendapati padang kosong dan tiada orang.

Namun pengerusi Pakatan Harapan, Mahathir Mohamad dalam kenyataan kepada media sebelum ini yakin demo berkenaan akan mampu menarik perhatian ramai, apatah lagi beliau beria-ia kononnya mahu memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Malangnya hasrat Mahathir itu tidak kesampaian apabila himpunan tersebut tidak mendapat sambutan. Walaupun ramai pemimpin besar Pakatan Harapan hadir namun penyokong mereka tidak teruja untuk hadir bersama-sama dengan pemimpin mereka.

Meskipun macam-macam acara disediakan termasuk persembahan muzik dan jualan makanan menerusi food truck, tapi ia tidak berjaya menggamit orang ramai. Hanya tujuh food truck yang datang walaupun sebelum ini ada 100 buah truck dijanjikan penganjur.

Pengurusan himpunan juga tidak bagus, tiada jualan baju-t seperti himpunan-himpunan yang diadakan oleh pembangkang sebelum ini. Sampai Kit Siang sendiri kena promosi jualan baju.

Malah Mahathir Mohamad sendiri tidak mampu menjadi daya penarik untuk menarik orang ramai menyertai himpunan berkenaan. Ketika beliau berucap pada waktu petang, sekutunya Lim Kit Siang telah meninggalkan himpunan itu lebih awal.

Waktu Mahathir berceramah pada waktu malam pula, ramai yang sudah beredar meninggalkan padang. Kit Siang pula dilihat tertidur dan bermain telefon ketika Mahathir sedang berceramah.

Ini bukan kali pertama, Kit Siang tidak layan ceramah Mahathir. Dalam program Nothing To Hide 2.0 pada Ogos lalu, Kit Siang turut meninggalkan majlis sebaik sahaja Mahathir berucap. Selepas Kit Siang beredar, terus kerusi dan selipar terbang datang.

Melihat kepada peserta yang hadir yang tak sampai pun 5,000 orang, maka sudah pasti ia mengecewakan Mahathir. Beliau pasti rasa terhina kerana himpunan anjurannya itu adalah paling gagal, sejak Bersih 1 hingga Bersih 5.

Ketika Hadi Awang ketuai Bersih 1 iaitu menjelang PRU12, ramai yang hadir. Begitu juga ketika Anwar Ibrahim ketuai Bersih 3 menjelang PRU13, ramai yang hadir. Kini, bila Mahathir ketuai demo kleptokrasi menjelang PRU14, hanya 4,000 orang yang hadir.

Bayangkan ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 semakin hampir, himpunan yang diadakan pula gagal. Dah tentu pembangkang hilang punca, momentum yang mereka mahukan tidak menjadi.

Sudah bermacam-macam cara dilakukan tapi gagal. Mahathir juga gagal menarik perhatian ramai sedangkan beliau dianggap sebagai "aset utama" oleh pembangkang. Demo kleptokrasi ini adalah demo pembangkang yang paling gagal sekali.


Tulisan :
Beruang Biru
BB615, Sabtu
14 Oktober 2017

Saturday, October 14, 2017

Kutip Derma Masuk Tabung DAP, Duit Ke Mana Selepas Itu?


Dulu PAS kutip derma pakai tin milo. Sekarang DAP pula tiru PAS, kutip derma bila buat ceramah. Tapi orang orang DAP ini lebih senang nampaknya berbanding PAS. 

Habis itu, duit yang sudah dikutip hendak disalurkan ke mana? Soal dana RM1.2 billion yang disebut oleh Zuhdi belum lagi dijawab DAP. Malah derma terbaru yang dikata sampai 1 billion itu pun masih belum dijawab DAP. 

Tiba tiba kutip lagi derma, duit itu pergi ke mana? 


Himpunan #KlentongBasi Gagal, Hanya 2,000 Orang Sahaja Yang Datang

Gagal sepenuhnya. Itulah hakikat yang PPBM dan Pakatan Harapan perlu diterima. Sasar yang hadir adalah 100,000 orang tetapi sehingga jam 6.00 petang, hanya 2,000 orang yang hadir termasuklah yang berada di A & W dan Amcorp Mall.

Ini bermakna yang betul betul hadir di atas padang hanyalah 2 peratus sahaja (2,000 orang) daripada 100,000 orang. Padang yang becak menyebabkan ramai yang tidak ingin berkumpul di atas padang itu.

Lagi pun, cuaca yang mendung hendak hujan menyebabkan ramai yang sudah balik bila menjelang petang. Ceramah yang dijadualkan pada jam 4.00 petang pun dibatalkan, hanya lagu sahaja dimainkan untuk membuatkan orang terus berada di atas padang.

Friday, October 13, 2017

Dulu Anwar, Kini Mahathir Pula Jadi Bidak Catur DAP


Ada enam bidak catur yang sedang dipergunakan DAP sekarang iaitu Mahathir, Muhyiddin, Mukhriz, Mat Sabu, Azmin dan Wan Azizah. 

Mereka ini yang berada di barisan hadapan papan catur untuk memperlihatkan kononnya organisasi mereka itu dipimpin oleh Melayu. Padahal sebenarnya di belakang semua bidak bidak itu adalah DAP. 

DAP sebenarnya yang menjadi "top dog" sebenar dalam Pakatan Harapan. Dulu Anwar dipergunakan, kini Mahathir pula yang menjadi ketua bidak catur DAP ini. Matlamat mereka adalah mendapatkan kuasa semata mata. Tidak lebih daripada itu. 


Oleh kerana itulah P Ramasamy dan Zaid Ibrahim, kedua duanya daripada DAP begitu bersungguh sungguh sekali memuji Kit Siang untuk menjadi Perdana Menteri mereka. Itulah niat sebenar DAP, sudah pun disebut oleh dua orang itu. 

Apa orang Melayu masih tidak nampak lagi?

Dari Sibuk Hendak Demo Anti Kleptokrasi, Lebih Baik Azmin Selesaikan Isu Ini Dulu


Juara denggi adalah negeri Selangor yang ditadbir oleh Azmin Ali. Dari isu hal hal lain, hendak berdemo dan sebagainya. Lebih baik Azmin Ali buat pesta basmi denggi dan bersihkan dulu semua tempat yang ada di Selangor ini. Hendak buat macam mana, PKR dan DAP tidak minat bab denggi ini, mereka minat hendak pada kuasa sahaja.

Momentum Terhadap Barisan Nasional Semakin Baik


Penduduk Bantah Demo Haram Yang Mahu Dibuat Pembangkang


Himpunan anti kleptokrasi yang mahu dibuat oleh Pakatan Harapan dibantah penduduk. Ini kerana ianya akan mendatangkan kesesakan yang luar biasa di kawasan sekitar tempat itu. 

Penganjur demo sasar sejumlah 100,000 orang akan hadir tetapi tempat boleh muat hanya 10,000 orang sahaja. Kenapa tidak buat di Stadium Shah Alam sahaja?

Thursday, October 12, 2017

Ini Bukti Datuk Seri Najib Berjaya Basmi Kadar Kemiskinan Di Malaysia


Hanya tinggal 0.4 peratus kemiskinan pada tahun 2016. Tengok rajah di atas itu, berada kadar kemiskinan yang tinggal pada zaman Mahathir. Banyak lagi nampaknya.

Laporan terbaru Jabatan Perangkaan menyangkal persepsi sesetengah pihak bahawa pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang memberangsangkan sejak beberapa tahun lepas tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, laporan tersebut merumuskan pencapaian yang dikecapi oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dari segi pengurusan ekonomi.
Menurut beliau, kecekapan pengurusan tersebut juga tidak boleh disangkal dengan pelbagai rekod seperti peningkatan pendapatan isi rumah, penurunan insiden kemiskinan dan pengurangan jurang pendapatan.
“Ini juga membuktikan anggapan popular bahawa pendapatan di Malaysia tidak meningkat atau kenaikan pendapatan di Malaysia tidak naik seiring dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
“Tahap kemiskinan keseluruhan bertambah baik daripada 0.6 peratus pada 2014 kepada 0.4 peratus pada 2016.
“Program Transformasi Ekonomi (NTP) idea Datuk Seri Najib Tun Razak yang mula dilaksanakan pada tahun 2010 telah membuahkan hasil apabila lebih ramai isi rumah di Malaysia keluar daripada kepompong kemiskinan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Berdasarkan Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2016 itu, pendapatan isi rumah bulanan penengah Malaysia meningkat kepada RM5,228 pada 2016 berbanding RM4,585 pada 2014 iaitu dengan kadar 6.6 peratus pada kadar nominal.
Pada nilai besar, pendapatan isi rumah bulanan penengah meningkat sebanyak 4.4 peratus sekali gus bermaksud pendapatan isi rumah Malaysia berkembang lebih pantas daripada kadar inflasi pada 2.1 peratus sepanjang dua tahun lepas.
Mengulas lanjut Abdul Rahman berkata, tahap kemiskinan di semua negeri telah menurun dengan penurunan yang paling ketara dicatatkan di Sabah daripada empat peratus pada 2014 kepada 2.9 peratus pada 2016. 
“Sebenarnya komitmen dan usaha serta hubungan rapat kedua-dua buah kerajaan negeri di bawah kepimpinan Tan Sri Musa Aman dan kerajaan Persekutuan telah mendatangkan manfaat dan hasil yang positif kepada rakyat Sabah,” katanya.
Jelasnya, sesetengah pihak kerap membangkitkan isu kadar kemiskinan Sabah yang merupakan kadar tertinggi di Malaysia dengan menuding jari kepada kerajaan tanpa mengetahui tentang struktur ekonomi negara itu.
“Jika mereka mengkaji dengan lebih mendalam, mereka akan faham kenapa negeri tersebut mempunyai kadar kemiskinan yang lebih tinggi berbanding negeri lain.
“Sektor pertanian mewakili 27 peratus daripada ekonomi Sabah yang juga tertinggi di Malaysia, sektor pembuatan hanya menyumbang 8.3 peratus iaitu lebih rendah berbanding negeri lain, sementara sektor perlombongan seperti minyak dan gas tidak sebesar sangkaan orang ramai,” ujarnya.

Laporan Terbaru Bank Dunia Baik Untuk Barisan Nasional, Baca Tulisan Ini Sampai Faham

Laporan terbaru Bank Dunia adalah baik untuk BN, bukan sebaliknya

Saya merujuk kepada artikel baru-baru ini yang bertajuk "Laporan terkini Bank Dunia adalah khabar buruk untuk BN" di mana penulis itu dipetik sebagai "Athena Athena adalah pembaca The Malaysian Insight".

Walaupun saya menghormati keputusan The Malaysian Insight untuk membolehkan pembaca anda menyuarakan pendapat mereka, saya percaya penelitian dan pengawasan yang lebih baik harus diambil untuk mengelakkan propaganda yang jelas bermotivasikan politik yang mengelirukan untuk diterbitkan.

Dari ayat pertama, artikel itu sudah salah. Pautan ke laporan Bank Dunia yang diberikan dalam artikel (http://(http//www.worldbank.org/en/region/eap/publication/east-asia-pacific-economic-update) pergi ke laporan yang tidak mengatakan sebarang perkara yang negatif tentang Malaysia.

Malah, satu-satunya nama Malaysia dipetik dalam pautan itu ialah "Thailand dan Malaysia dijangka tumbuh dengan lebih pesat berbanding daripada jangkaan, ekoran eksport yang lebih kukuh, termasuk pelancongan untuk Thailand, dan peningkatan pelaburan untuk Malaysia."

Bagaimana itu dianggap "berita buruk untuk BN" adalah satu misteri besar.

Artikel itu kemudian menyebut bahawa Bank Dunia berkata pertumbuhan Malaysia akan perlahan pada 5% pada tahun 2018 dan 4.8% pada tahun 2019.

Bagi negara berpendapatan pertengahan atasan, yang mana adalah kategori untuk Malaysia, pertumbuhan 4.8% dan 5% dianggap sangat baik.

Sebagai contoh, lihat Singapura, Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura meramalkan ekonominya berkembang antara 2% hingga 4% sehingga tahun 2020, manakala Bank Pembangunan Asia meramalkan ekonomi Singapura berkembang pada 2.7% pada 2018.

Baru sahaja minggu lepas Bank Dunia mengadakan taklimat media di mana ia diumumkan bahawa ia telah meningkatkan ramalan pertumbuhan Malaysia untuk kali kedua tahun ini.

Tahun lepas, Bank Dunia telah meramalkan Malaysia berkembang hanya 4.3% pada 2017. Ia menaikkan ramalan pertumbuhan itu kepada 4.9% pada bulan Jun dan kemudian menaikkannya sekali lagi kepada 5.2% minggu lepas.

Dalam taklimat media itu, pakar ekonomi Kumpulan Bank Dunia Richard Record telah banyak memuji ekonomi Malaysia dan membuat kesimpulan: "Melangkah ke hadapan, prospek kekal positif kerana ekonomi Malaysia terus mengalami pertumbuhan yang luas dalam banyak sektor yang pelbagai. Permintaan domestik dijangka kekal sebagai faktor utama pertumbuhan, disokong oleh pertumbuhan yang kukuh dalam perbelanjaan sektor swasta."

Oleh itu, adalah munasabah untuk menjangkakan Bank Dunia untuk juga menaikkan ramalan KDNK kita untuk tahun 2018 dan 2019 dalam masa yang terdekat - memandangkan peningkatan dua kali kita tahun ini serta pertumbuhan kukuh yang kita alami pada masa ini.

Lebih mengecewakan lagi adalah komen Athena Athena mengatakan bahawa "tidak seperti negara jiran Asianya, Malaysia masih belum memasuki sama ada G20 atau kumpulan dengan KDNK pada trilion dolar (sasaran terbaru Barisan Nasional ialah trilion ringgit)."

Ini menunjukkan bahawa "Athena Athena" mempunyai pemahaman yang sangat cetek tentang bagaimana KDNK berfungsi.

Semakin besar populasi sesebuah negara, semakin besar jumlah KDNK negara.

Memang benar bahawa Indonesia, dengan penduduknya seramai 261 juta dan hampir lapan setengah kali ganda lebih besar daripada Malaysia, mempunyai KDNK hampir AS$1 trilion (RM4.23 trilion).

Walaupun Thailand mempunyai penduduk yang lebih daripada dua kali ganda jumlah penduduk Malaysia, KDNK Thailand masih jauh dari AS$1 trilion dan berada pada AS$407 bilion pada 2016 berbanding AS$296 bilion untuk Malaysia.

Sebagai perbandingan, KDNK Singapura pada 2016 adalah AS$297 bilion - masih jauh dari AS$1 trilion.

Satu cara yang lebih baik untuk membandingkan Malaysia dengan jiran kita adalah dengan menggunakan KDNK per kapita dan bukannya KDNK. Penggunaan metrik ini akan menunjukkan bahawa KDNK per kapita Malaysia masih jauh di hadapan Thailand dan Indonesia.

KDNK Malaysia dalam nilai dolar AS telah terjejas oleh kadar pertukaran yang lemah tetapi mengetepikan kesan daripada kadar pertukaran yang naik dan turun itu, KDNK Malaysia dengan menggunakan istilah Parity Power Purchasing (PPP), istilah yang lebih banyak digunakan, telah menunjukkan pertumbuhan yang sangat baik sejak tahun 2009.

Motif Athena Athena dalam "suratnya" sebagai propaganda yang mengelirukan juga tidak tercapai kerana dia menulis " Kadar pengangguran belia Malaysia telah meningkat hingga 12.1%" dan kemudian memberikan pautan ke halaman statistik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Sekiranya pembaca klik pada pautan yang disediakan olehnya, mereka akan melihat bahawa purata global untuk pengangguran belia adalah 13.56% - menunjukkan bahawa Malaysia berada di bawah purata global.

Walaupun kerajaan meneruskan langkah-langkah untuk menyelesaikannya, pengangguran belia pastinya bukanlah satu masalah yang unik hanya kepada Malaysia, dan juga bukanlah isu yang baru, kerana ia telah wujud sejak zaman Tun Mahathir.

Malah, pautan yang sama yang diberikan olehnya akan menunjukkan bahawa purata kadar pengangguran belia untuk negara-negara OECD adalah 14%, bagi semua negara yang diklasifikasikan sebagai berpendapatan tinggi ialah 15.2% sementara untuk seluruh kawasan Euro ialah 23.6%.

Bukti bahawa artikel Athena Athena adalah tidak lebih daripada propaganda pembangkang adalah apbila dia menyatakan bahawa "PM Najib terkenal kerana memalsukan data ekonomi dalam ucapannya" dan memberikan pautan kepada artikel yang ditulis oleh bekas pembantu kepada bekas Menteri Besar PKR Selangor.

Sekiranya anda klik pada pautan yang dia berikan dan membacanya, anda akan mendapati bahawa artikel itu tidak mengatakan apa-apa mengenai PM Najib "memalsukan data" tetapi hanya analisis statistik tertentu yang juga tidak dipetik Najib dalam ucapannya.

Mari kita memberi tumpuan kepada prestasi sebenar kerajaan Barisan Nasional yang diketuai oleh PM Najib.

Sejak tahun 2009, ekonomi Malaysia telah mengetepikan Kemelesetan Global Besar pada tahun 2008 - yang paling teruk sejak kemelesetan tahun 1930-an - dan kejatuhan 70% dalam harga eksport komoditi utama kita dan terus berkembang sementara mengekalkan kadar pengangguran yang rendah.

Dalam 48 tahun dari tahun 1963 hingga 2011, pertumbuhan tahunan ekonomi Malaysia telah melepasi Singapura hanya lima kali manakala Singapura mengalahkan kita sebanyak 43 kali.

Tetapi sejak tahun 2011, kita telah mengatasi Singapura selama enam tahun berturut-turut dan seperti mana yang diramalkan Bank Dunia, akan terus mengatasi jiran kita sekurang-kurangnya dalam tempoh dua tahun akan datang.

Lima kali dalam 48 tahun berbanding enam tahun daripada 6 (setakat ini). Anda kiralah sendiri. Keputusan tidak menipu.

Ini tidak berlaku secara tidak sengaja tetapi adalah hasil dari dasar yang betul dan transformasi ekonomi yang sukar tetapi perlu dan membetulkan banyak kesilapan dasar masa lalu dalam kerajaan Mahathir.

Tanpa memberi kesan kepada kebebasan akhbar, saya mendesak pasukan The Malaysian Insight menjadi lebih kritikal terhadap surat seperti itu dari pembaca pada masa akan datang untuk menghalang portal anda yang semakin berkembang itu daripada menjadi platform untuk "berita palsu" atau propaganda yang jelas mengelirukan.

Semua rakyat Malaysia harus membaca laporan Bank Dunia yang terbaru itu secara keseluruhan untuk membuat kesimpulan mereka sendiri sama ada laporan Bank Dunia adalah berita baik atau berita buruk bagi Barisan Nasional.

(pautan: https://openknowledge.worldbank.org/bitstream/handle/10986/28396/9781464812095.pdf?sequence=2&isAllowed=y "

Ia adalah berita baik dengan pujian yang hebat dari Bank Dunia ke atas ekonomi kita, pembaharuan dasar kita, dan prospek akan datang kita.

Link asal artikel:
https://www.themalaysianinsight.com/s/17930/

Kejayaan Malaysia Satu Fakta, Pembangkang Jangan Cuba Nafikan

Luahan Bilal Yang Rumahnya Kena Roboh Dengan Kerajaan Negeri Selangor

Lagi Jawapan Mengarut Dari Guan Eng

1) Awal awal lagi sudah diketahui umum DAP gagal adakan mesyuarat CEC, ahli ahli DAP yang membantah pemilihan CEC yang diadakan sebelum ini. 

2) Mengapa tidak buat awal sejak 2013 lagi? Mengapa tangguh dan tangguh sehingga dekat hendak PRU14 baru hendak buat? 

3)  DAP sudah jadi parti haram lama sudah. Kalau ikut peraturan lama sudah DAP layak diharamkan. 

4) Sama macam dua kes rasuah Guan Eng yang masih ada di mahkamah. Mengapa Guan Eng tidak mahu selesaikan segera?

5) Mahu tunggu November 2017 baru hendak selesaikan kes rasuah? Kalau tidak bersalah dan yakin ada bukti untuk membebaskan diri sendiri, Guan Eng tidak perlu tunggu lama. 

6) Alasan yang diberikan oleh Guan Eng di atas, satu lagi alasan yang memualkan dari Ketua Menteri DAP Pulau Pinang ini. Selepas alasan yang sama mengenai kes kilang haram, kes banjir dan isu kajian terowong. 

7) Rakyat Pulau Pinang masih mahu terima lagi Ketua Menteri DAP yang kuat kelentong ini?

Wednesday, October 11, 2017

7 Janji Pakatan Harapan Adalah Janji Untuk Dimungkiri


14 Julai 2017, pakatan pembangkang yang menggelarkan diri mereka sebagai Pakatan Harapan telah menawarkan 7 janji baru kepada rakyat untuk dilaksanakan dalam masa 100 hari jika mereka berjaya menakluk Putrajaya.

7 janji yang baru ini hanya dibentang tajuk sahaja tanpa ada penjelasan lanjut dan perincian yang jelas. Namun jika diteliti kembali satu persatu perkara ini, ada beberapa perkara yang boleh dipertikai dan diulas secara panjang lebar.

Janji untuk menghapuskan GST pun sudah kontradiks. Dalam dua kali bajet alternatif yang dibentang oleh pakatan pembangkang pada 2015 dan 2016, pembangkang mensasarkan GST adalah pada kadar 0%.

Bermakna tidak hapus terus. Pembangkang juga gagal menjelaskan di mana kekukarangan dana yang harus ditampung jika pendapatan menerusi GST dihapuskan.

Untuk tempoh 1 April 2015 hingga 31 Disember tahun sama, kutipan bersih GST ialah RM27.01 bilion, menurut Kementerian Kewangan. Sementara itu, sepanjang tahun 2016, kutipan cukai GST ialah sebanyak RM41.2 bilion.

Bermaksud jika hapus GST maka kerajaan akan kekurangan pendapatan sebanyak RM41.2 billion. Di mana pembangkang hendak ganti kekurangan ini? Hendak buang kakitangan awam?

Nurul Izzah juga pernah berkata GST akan kekal sifar jika pakatan pembangkang berkuasa dalam Malaysiakini pada 25 April 2017. Kekal sifar bermakna ianya tidak akan dihapuskan. Ini bertentangan sama sekali dengan janji yang dibuat oleh Pakatan Harapan sekarang ini iaitu mahu hapuskan terus GST.

Kita lihat pula janji kedua Pakatan Harapan iaitu menstabilkan harga petrol. Ini satu frasa ayat baru pembangkang gunakan bila bercakap tentang harga minyak. Satu ketika dahulu, pembangkang akan sebut, masuk sahaja Putrajaya, esok harga minyak akan turun. Kenapa sekarang cakap menstabilkan pula harga petrol?

Sewaktu minyak turun 5 minggu berturut turut, semua pembangkang diam. Tidak bercakap langsung bab harga minyak. Bila naik 4 sen, mereka barulah "keluar gua" menyalahkan pula kerajaan. Inilah perangai sebenar pembangkang, mereka hanya pandai bangkang sahaja tetapi tidak faham pun apa yang mereka bangkang.

Dulu kata kalau harga minyak turun, maka harga barang akan turun. Kali ini kalau harga minyak stabil, harga barang akan jadi bagaimana pula? Tidak habis habis dengan teori hanya untuk memujuk dan menghasut rakyat semata mata. Rafizi pun tidak bercakap hal harga petrol ini lagi dalam jelajah traknya.

Seterusnya janji ketiga pembangkang adalah untuk memberi fokus meringankan beban rakyat. Cara dan bagaimana ia akan dilakukan tidak diperincikan.

Dulu apa yang sudah ditulis dalam Buku Jingga pun tidak dilaksanakan pun di Pulau Pinang dan Selangor. Misalnya di Pulau Pinang, Guan Eng pada bulan Februari 2008, sebelum PRU12 menyatakan bahawa Tol Sungai Nyiur sejumlah 50 sen adalah mencekik darah rakyat. Namun bila DAP perintah, sudah hampir 10 tahun, tol itu tidak juga dimansuhkan.

Semasa buat Buku Jingga pada 19 Disember 2010 dalam Konvensyen Pakatan Rakyat ke-2 di Pulau Pinang, pembangkang ada buat janji 100 hari juga iaitu untuk menaikkan gaji guru, hapus tol, air yang lebih murah, pulangkan subsidi kepada rakyat, hapuskan ISA dan bebaskan institusi negara.

Lihatah betapa kontradiknya janji pada tahun 2010 ini dengan 7 janji baru yang dibuat sekarang.

Naik gaji guru tiada lagi dalam agenda mereka. Hapus tol sudah tiada lagi. Air yang lebih murah pun tiada. Malah di Pulau Pinang, sudah 4 kali tarif air dinaikkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang. Perjanjian 100 hari berkaitan air pada 2010 itu dibuat di Pulau Pinang, akhirnya DAP tidak tunai pun malah menaikkan lagi tarif air.

Beginikah cara pembangkang berjanji untuk ringankan kos sara hidup rakyat? Jangan percayalah kepada pembangkang. Mereka pandai mungkir janji sahaja.

Lihat sahaja kepada janji keempat iaitu untuk memulakan proses reformasi insitusi secara menyeluruh. Reformasi apa lagi yang hendak dibuat pembangkang? "Bapa Reformasi" pun sudah berbaik baik dengan "Mahafiraun". Reformasi apa lagi yang ada?

Hendak buat reformasi meletakkan kroni bagi menguasai insititusi tertentu agar semua benda boleh dilenyap dan disembunyikan? Lihat sahaja apa nasib yang sudah berlaku pada Perwaja, Pernas, MEC, Proton dan banyak lagi.

Dulu Kit Siang dan Anwar jadikan semua ini bahan untuk mereformasikan negara. Kini orang yang dikatakan korup dan zalim itu sudah bersama mereka.

Maka Kit Siang dan Anwar tampillah beri kenyataan sebenar bila disoal oleh RCI Skandal Forex nanti.

Hapuskan ISA dulu ada dalam agenda Buku Jingga pada 2010, kini bila Mahathir bersama dalam Pakatan Harapan, mengapa agenda untuk hapuskan ISA itu tiada lagi?

Janji Pakatan Harapan yang kelima iaitu Memerangi rasuah hingga ke akar umbi adalah yang paling lawak sekali. Pakatan Harapan tidak sedar yang Ketua Umum mereka sendiri adalah bekas banduan rasuah dan dipenjarakan 6 tahun kerana kes rasuah.

“Kesudahannya, bagi menghentikan semua tuduhan itu, saya terpaksa siarkan nama semua orang yang mendapat kontrak kerajaan sewaktu Anwar menjadi Menteri Kewangan. Senarai itu menunjukkan ramai daripada mereka yang mendapat kontrak secara rundingan adalah kawan-kawan dan anggota keluarga beliau” tulis Mahathir dalam buku Doktor Umum mengenai kes rasuah Anwar Ibrahim.

Samalah juga dengan Guan Eng, masih lagi berhadapan dengan kes rasuah yang belum lagi diselesaikan di mahkamah. Malah, hanya Selangor dan Pulau Pinang yang masih enggan tandatangan ikrar basmi rasuah dengan SPRM. Kenapa enggan? Ini sama sekali tersasar daripada niat pembangkang hendak basmi rasuah ke akar umbi.

Samalah juga dengan janji keenam yang dibuat oleh Pakatan Harapan iaitu untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja skandal 1MDB. 
Sudah ditubuhkan PAC mengenai 1MDB, Peguam Negara sudah menyiasat ribuan dokumen, pihak polis sudah menyiasat dan SPRM juga melakuan penyiasatan. Dalam PAC ada wakil pembangkang iaitu Tony Pua dan Tan Seng Giaw.

Semua dokumen telah diberikan kepada Jabatan Audit Negara dan PAC telah meminta agensi penguat kuasa yang berkaitan untuk menyiasat lanjut perkara-perkara tertentu. Wakil pembangkang tidak ada bukti baru untuk dibawa mengenai 1MDB, melainkan memainkan cerita persepsi yang dibuat dan direka oleh Sarawak Report, DoJ dan Malaysiakini.

Lebih baik Pakatan Harapan siasat dulu kerugian Skandal Forex yang bernilai USD $10 billion, ke mana wang itu pergi? 1MDB sudah selesaikan semua hutangnya, terbukti tiada wang dicuri dan tiada wang yang hilang. Tidak seperti wang dalam kes Skandal Forex yang masih kekal misteri sampai sekarang.

Seterusnya janji pembangkang yang ketujuh adalah untuk memulihkan Felda. Mazlan Aliman, AJK Parti PAN pula disaman kerana menerbitkan buku bertajuk ‘Felda...Dulu Tolong Sekarang Ah Long’.

Pada 11 November 2016, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Mazlan Aliman untuk mengenepikan arahan membayar ganti rugi RM350,000 kepada FELDA kerana memfitnah.

Sampai sekarang Mazlan Aliman masih belum membayar saman fitnah RM350,000 itu. Sebelum hendak pulihkan Felda, bayarlah saman fitnah terlebih dahulu. Sudah sudahlah membuat tuduhan Felda hendak bankrap dan sebagainya. Sedangkan Felda masih lagi untung dan memberi pulangan yang baik kepada semua peneroka.

Wan Azizah dan Suara Keadilan juga telah terbukti di mahkamah memfitnah Felda. Orang yang sudah terbukti di mahkamah kerana dosa fitnah tidak layak hendak bercakap dan berjanji hendak pulihkan Felda. Peneroka jangan cepat terpedaya dan tertipu dengan janji janji kosong pembangkang ini.

Pembangkang pernah sebut semasa menguasai Selangor bahawa “manifesto bukanlah janji”. Mereka sudah pun ingkar janji semasa menjadi kerajaan di Selangor dan Pulau Pinang. 51 projek rakyat gagal dilaksanakan di Pulau Pinang. Di Selangor, sekadar boleh berbangga dengan rizab tinggi sahajalah. Hendak baiki bumbung stadium pun minta bantuan kerajaan pusat.

Ini bukti pembangkang hanya pandai menabur tebu di bibir sahaja. Bila berkuasa mereka akan mungkir janji. Mereka hanya fikir kroni dan kepentingan sendiri sahaja bila berkuasa.

Jangan beri peluang pembangkang sebegini, rakyat perlu tunjuk kematangan dan kuasa pada kertas undi nanti. Ajar pembangkang yang suka mungkir janji ini.

Tulisan :
Beruang Biru
BB504, Selasa
18 Julai 2017

BN Dahului Pembangkang Dalam Media Sosial

BN Semakin Popular Di Media Sosial, Pembangkang Semakin Ketinggalan

Inilah realitinya, Barisan Nasional sudah mendahului pakatan pembangkang dalam media sosial. Bulan Februari lepas lagi, Lim Kit Siang sudah mengakui bahawa tentera media sosial pembangkang yang dikenali sebagai “Red Bean Army” sudah pun berkubur.

Menurut kajian terbaru Politweet, 5.8 juta pengguna media sosial Facebook (FB) berumur 21 tahun ke atas semakin berminat kepada Barisan Nasional (BN) berbanding hanya 3.1 juta yang berminat dengan Pakatan Harapan. Politweet adalah sebuah firma penyelidikan yang membuat kajian mengenai media sosial di Malaysia.

Menurut kajian yang dilakukan Politweet pada Julai 2017, 51.6% atau 3.3 juta pengguna Facebook berumur 21 tahun adalah peminat eksklusif kepada BN berbanding hanya 9.4% atau 600,000 yang dikenalpasti sebagai peminat eksklusif Pakatan Pembangkang manakala 39.1% atau 2.5 juta meminati kedua-duanya.

Bukan itu sahaja, menurut kajian bebas itu turut mengesan kecenderungan pengundi muda di Malaysia sekarang ini lebih minat kepada UMNO dengan jumlah sebanyak 4.4 juta orang (68.8%), PKR 1.8 juta (28.1%), DAP 1.3 juta (20.3%), PAS 950,000 (14.8%), MCA 740,000 (11.6%), Gerakan 150,000 (2.34%) dan MIC 81,000 (1.3%).

Mengikut data daripada SPR mengikut suku tahun 2/2016, jumlah pengundi muda yang dijangkakan mengundi pada PRU14 adalah sejumlah 5.1 juta orang. Pengundi muda berusia antara 21-29 tahun mencecah 1.9 juta pengundi. Mereka yang berumur 30-39 tahun pula sebanyak 3.2 juta orang.

Jumlah pengundi muda 5.1 juta ini adalah 37.5% daripada jumlah keseluruhan pengundi yang berjumlah 13.6 juta orang pada PRU14 nanti. Sejumlah 700,000 lagi pengundi yang menyokong BN mengikut kajian Politweet itu bolehlah dikategorikan sebagai mereka yang berusia 40 tahun ke atas.

Jika dibandingkan dengan kajian Politweet itu, 5.8 juta yang berminat kepada BN daripada keseluruhan 13.6 juta pengundi bermakna jumlahnya adalah 42.64%. Manakala pembangkang yang hanya ada 3.1 juta minat pada Pakatan Harapan atau sejumlah 22.7% sahaja.

Jika dibandingkan pula dengan minat rakyat terhadap Facebook Fan Page yang bersifat politik, Social Bakers pula menyenaraikan lima fan pages pro Barisan Nasional yang merupakan “Fastest-Growing Politics Pages in Malaysia” pada minggu lepas iaitu Fan Page Zahid Hamidi yang bertambah 44,273 fans, MCA yang bertambah 2,257 fans, Friends Of Barisan Nasional yang bertambah 2,240 fans, Irmohizam Ibrahim yang bertambah 805 fans dan Noh Omar yang bertambah 726 fans dalam masa seminggu lepas.

Menurut Politweet lagi, populariti Pakatan Harapan juga mencatatkan penurunan mendadak sebanyak 7% dari kalangan anak muda. Bermakna orang muda sekarang sudah mulai pandai menyemak dan menyaring sesuatu berita yang disampaikan oleh pemimpin pemimpin Pakatan Harapan.

Misalnya, cara pembohongan bersiri Guan Eng yang cukup memualkan rakyat. Jika rakyat boleh menilai semua jawapan yang Guan Eng terhadap isu banjir, isu rasuah, isu kajian terowong dan isu kilang haram, rakyat boleh tahu bahawa Guan Eng hanya berbohong semata mata.

Pada 22 Julai 2016, Politweet turut membuat kajian mengenai kes rasuah Lim Guan Eng. Menurut Politweet, hanya 27 sahaja dari 44 ahli politik DAP yang aktif dalam twitter mempertahankan Guan Eng dalam isu rasuah itu. Lagi 17 orang diam dan mungkin mempercayai Guan Eng benar benar terlibat dalam isu rasuah itu.

Dalam kajian mengenai Guan Eng itu juga, Politweet mendapati 10,627 pengguna twitter mahu Lim Guan Eng disiasat kerana kes rasuah itu. Malah kebanyakkan pengguna twitter juga mengkritik cara jawapan Guan Eng mengenai skandal rasuahnya itu.

Maka tidak hairanlah dalam kajian terbaru pada Julai lepas, Politweet menyatakan sokongan terhadap Barisan Nasional mencatatkan peningkatan sokongan sebanyak 5% daripada golongan anak muda.

Ini adalah impak kepada kerja-kerja ikhlas tanpa henti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada rakyat. Terus fokus menjaga ekonomi negara dan memberi khidmat terbaik kepada rakyat. Berbanding pembangkang yang hanya mahu anjur demo dan mengutuk apa sahaja usaha usaha baik kerajaan BN kepada rakyat.

Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional pada 30 September 2017, Datuk Seri Najib telah menyatakan ;

“Dengan perkembangan mutakhir ini, berikutan dengan pelancaran sistem pengangkutan yang canggih...MRT, kejayaan berganda Sukan Sea dan sambutan 60 tahun kemerdekaan banyak mempengaruhi suasana yang memberi momentum kepada Barisan Nasional”.

Kajian Politweet yang menyatakan bahawa Barisan Nasional makin popular di media sosial ini selari dengan momentum baik yang disebut oleh Datuk Seri Najib ini. Politweet kata 5.8 juta pengguna media sosial yang berumur 21 tahun ke atas minat kepada Barisan Nasional. Jika dibanding dengan undi Barisan Nasional pada PRU13, ianya sejumlah 5.2 juta atau 46.53%. Naik sejumlah 600,000.

Perlu diingat, itu belum lagi dikira pengundi tegar BN di luar bandar dan di kampung kampung. Data ini sudah pasti gerunkan pembangkang. Jadi, jangan marah kepada rakyat kalau demo pada 14 Oktober ini tidak mendapat sambutan. Memang rakyat secara majoritinya sudah menolak pembangkang pun. Cuma belum mengundi sahaja lagi.

BN semakin bertambah popular kerana hasil kerja keras Datuk Seri Najib dan pemimpin pemimpin BN. Berbanding Pakatan Harapan yang semakin bertelagah berebut kerusi, berebut jawatan dan bergaduh sesama sendiri.

Lebih teruk daripada itu pemimpin Pakatan Harapan penuh dengan skandal dan kudis kudis lama. Paling menarik dalam kajian Politweet itu, PPBM tidak masuk ranking langsung. Patutlah ahli PPBM tidak ramai, tidak layak langsung masuk carta.


Tulisan :
Beruang Biru
BB609, Rabu
11 Oktober 2017

Kerajaan BN Peruntuk RM6 Billion Untuk Rumah Rakyat


Tuesday, October 10, 2017

Monday, October 9, 2017

Bruce Gale Sekolahkan Pembangkang Yang Tidak Faham Ekonomi

Adakah Najibnomik bagus untuk Malaysia?

Oleh:
Bruce Gale, BFM, 2 Oktober 2017

DJ: Pagi ini di Breakfast Grill, tetamu kita adalah Bruce Gale, pengarang buku bertajuk Economic Reform in Malaysia: The Contribution of Najibnomik. Selamat pagi Bruce dan selamat datang ke Breakfast Grill.

Bruce: Terima kasih.

DJ: Bruce, dalam buku anda, anda menyebut bahawa anda bukan orang pertama yang membuat istilah Najibnomik.

Bruce: Ya, benar.

DJ: Tetapi anda mempunyai definisi anda sendiri.

Bruce: Ya, betul.

DJ: Jadi, apakah maksud Najibnomik pada anda?

Bruce: Baiklah, untuk tujuan buku ini, saya memutuskan bahawa Najibnomik benar-benar memerlukan definisi. Anda tidak boleh hanya memutuskan bahawa ini adalah istilah yang bagus dan comel untuk dibicarakan tentang. Jadi, saya memberikannya satu definisi. Kepada saya, Najibnomik adalah amalan untuk meningkatkan daya tahan ekonomi dengan meneruskan dengan pembaharuan makroekonomi dan pentadbiran tanpa mengira kos politik jangka pendek mereka. Saya suka mengatakan bahawa ia adalah satu ciri kerajaan semasa, terutamanya Najib, kerana ia amat sukar untuk mencari kerajaan yang kekal meneruskan dasar ekonomi yang tidak popular, walaupun hakikat bahawa mereka mungkin akan kalah pada pilihan raya akan datang. Biasanya apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah ia akan menangguhkan dasar sedemikian atau mencari jalan untuk mengurangkan keseriusannya. Najib tidak berbuat sedemikian malah terus dengan polisi yang asal.

DJ: Jadi, dalam cara pengendalian, definisi iaitu kekal meneruskan atau pembaharuan, yang mana yang anda letakkan penekanan yang lebih besar, hakikat bahawa beliau mempunyai pembaharuan sedemikian atau hakikat bahawa beliau kekal meneruskannya?

Bruce: Itu soalan yang sangat baik. Saya tidak tahu mana yang lebih penting, saya akan katakan bahawa kedua-duanya benar-benar penting. Pembaharuan adalah penting, sama ada perdana menteri lain mungkin melakukannya dengan cara yang berbeza, tetapi pada saya, Najib sangat bersungguh-sungguh dengan ini, jadi saya perlu mengatakan bahawa kedua-duanya adalah penting.

DJ: Kerana misalnya, GST. Idea itu telah ada sebelum pentadbiran Najib.

Bruce: Ya, betul.

DJ: Betul. Jadi hakikat bahawa beliau yang melancarkannya, barangkali itu adalah kredit untuk beliau? Adakah itu yang kamu katakan?

Brice: Ya, maksud saya kembali ke era Mahathir, mereka ada bercakap tentang itu, maksud saya mereka mempunyai cukai jualan pada masa itu. Jika anda masih ingat, GST sebenarnya menggantikan cukai jualan. Pentadbiran Abdullah mula bercakap tentang GST tetapi Najib yang melaksanakannya. Ya.

DJ: Jadi pendek kata anda berpendapat bahawa Najibnomik adalah baik untuk ekonomi Malaysia?

Bruce: Secara keseluruhan, ya kerana apa yang kita ada sekarang adalah ekonomi yang lebih kuat berbanding ketika beliau mula-mula mengambil alih. Terdapat banyak dimensi untuk perkara itu, tetapi kita akan membincangkannya nanti.

DJ: Mari kita bincangkan alasan mengapa anda menulis buku mengenai Najibnomik ini dan adakah ada orang yang mengarahkan untuk projek ini dijalankan?

Bruce: Tiada arahan. Tiada siapa yang memberitahu saya untuk menulis buku ini atau meminta saya menulis buku ini. Ia adalah idea yang bermula, saya tidak tahu bagaimana idea datang kadang-kadang. Seperti yang anda ketahui, saya telah menulis buku lain mengenai politik dan ekonomi Malaysia tetapi itu adalah tahun-tahun yang lalu. Dan saya fikir saya patut mula melihat semula keadaan Malaysia. Saya menyedari bahawa Najib telah melakukan sesuatu yang nampak unik, iaitu dengan kekal meneruskan pembaharuan ekonomi walaupun ia jelas tidak popular, satu tindakan yang dengan jelas mungkin mengakibatkan beliau digulingkan. Dan maka anda bertanya, mengapa beliau melakukan itu? Maksud saya, bagaimana beliau boleh meneruskannya? Maksud saya adakah ia sesuatu yang penting? Dan saya merasakan bahawa orang ramai tidak melihatnya dalam konteks yang betul. Salah satu masalah dengan Malaysia hari ini ialah, apabila kita bercakap tentang ekonomi Malaysia, semua orang bercakap mengenai 1MDB, mereka bercakap mengenai Felda Global Ventures. Masalahnya ialah orang ramai melihat segala-galanya di Malaysia, dalam apa-apa dasar ekonomi melalui lensa itu, dan segala apa yang mereka lihat dalam politik Malaysia diwarnakan olehnya. Dan walaupun benar bahawa 1MDB dan Felda Global Ventures adalah penting dalam beberapa aspek, jika anda melihat pada gambaran makroekonomi, mereka sebenarnya tidak begitu penting seperti yang anda fikirkan, hanya kerana jumlah publisiti yang diberikan kepadanya

DJ: Tetapi apa yang salah dengan melihat pemerintahan Najib melalui lensa 1MDB atau FGV kerana jika katakanlah kita mengambil kira skala kontroversi 1MDB, ia merangkumi banyak negara dan angka yang terlibat dalam skandal itu juga adalah dalam puluhan bilion, maka adakah ianya tidak adil untuk melihat itu sebagai petunjuk utama ke mana arah tujuan dasar Najib?

Bruce: Itu sama sekali bukan petunjuk utama. Maksud saya, lihat 1MDB dan kita tahu bahawa pada permulaan tahun lepas, saya rasalah, apabila kerajaan sendiri mengumumkan bahawa saya rasa 1MDB mempunyai liabiliti sekitar RM50 bilion dan RM53 bilion dalam aset, ia adalah dalam kedudukan yang serius. Tetapi jika kita melihat tindakan kerajaan ke atas 1MDB, dari segi apa yang wajib dilakukan oleh kerajaan, mereka telah menjamin RM5 bilion dalam pinjaman, iaitu pinjaman yang diambil 1MDB, kerajaan telah berjanji untuk menjamin ia akan membayar balik mereka jika 1MDB tidak boleh membayar RM5 bilion itu. Tetapi jika anda melihat jumlah pinjaman yang dijamin kerajaan dalam pelbagai sektor swasta berkaitan kerajaan, kita bercakap tentang RM177 bilion berbanding RM5 bilion 1MDB. Ia adalah bahagian yang sangat kecil. Sekiranya anda ingin bercakap tentang betapa seriusnya RM177 bilion, maka mungkin kita tidak patut bercakap tentang 1MDB sama sekali kerana ia adalah sangat kecil. Kita harus bercakap mengenai skim pinjaman pendidikan negara, dan kita akan bercakap tentang pinjaman yang dijamin sebanyak lebih kurang RM30 atau RM35 bilion. Dan organisasi itu sedang menghadapi masalah. Ini kerana kita tahu bahawa pelajar tidak membayar balik pinjaman mereka. Itu adalah masalah yang serius. Dan jika hanya melihat kepada skalanya, itu adalah lebih serius berbanding 1MDB. Tetapi 1MDB mendapat publisiti mungkin atas alasan politik.

DJ: Atas sebab-sebab politik dan juga dakwaan korupsi (Bruce: Sudah tentu.) pada skala besar dan malah terdapat beberapa kenyataan negatif yang dibuat misalnya, dari Jabatan Kehakiman AS, betul? Jadi, jika anda membandingkannya dengan PTPTN, iaitu sistem pinjaman pendidikan tinggi negara, sekurang-kurangnya ada rakyat Malaysia yang mendapat faedah daripadanya iaitu dengan mendapatkan pendidikan, sementara dengan 1MDB, rakyat Malaysia tidak mendapat manfaat daripadanya. Bukankah begitu? Itu adalah persepsi di luar sana. Adakah itu pandangan yang adil?

Bruce: Okay, saya boleh terima itu. Maksud saya, tidak mengapa. Maksud saya, saya menulis buku mengenai keadaan makroekonomi di Malaysia, bukan tentang rasuah di Malaysia, walaupun itu sudah pasti adalah faktornya. Ia bukanlah satu fakta yang begitu serius untuk mewujudkan krisis makroekonomi besar-besaran.

DJ: Dan merujuk kepada buku anda, anda membezakan antara dasar makroekonomi dan politik Perdana Menteri. Jadi mengapa perbezaan ini perlu dan bagaimanakah anda membezakan kedua-duanya?

Bruce: Sukar untuk memisahkan kedua-dua mereka kerana rakyat Malaysia biasa tidak berbuat sedemikian. Maksud saya jika anda benar-benar mahu memahami ekonomi Malaysia pada hari ini, anda perlu berusaha, kerana jika anda melihat segala-galanya melalui lensa 1MDB, anda akan mengatakan negara ini dalam keadaan yang kucar-kacir dan bahawa negara sedang menghadapi krisis. Tetapi realitinya adalah sebaliknya. Pertumbuhan KDNK tahunan negara ini jauh melebihi purata global. Anda banyak mendengar orang bercakap tentang inflasi. Inflasi di bawah Najib, purata inflasi adalah sekitar 2.5%, yang mana adalah lebih rendah daripada inflasi purata bagi 45 tahun sebelumnya di Malaysia. Masalah saya adalah bahawa orang ramai tidak melihat isu-isu ini dalam konteks sejarah. Dan kita boleh membincangkan mengapa ini benar, mengapa orang percaya bahawa negara sedang menghadapi krisis. Maksud saya itu sendiri adalah satu persoalan.

DJ: Atau mungkin ia tidak berkaitan. Mengapa anda merasakan tiada kaitan antara kebaikan dasar mikroekonomi ini, Najibnomik, berbanding dengan sentimen berkaitan dengannya?

Bruce: Saya rasa satu sebab penting adalah bagaimana politik Malaysia telah berubah sejak 2008. Maksud saya, pada tahun 2008, kita melihat kerajaan kehilangan dua pertiga majoriti melalui pilihan raya buat kali pertama sejak tahun 1969, dan kita mempunyai pembangkang yang kuat di parlimen. Pembangkang ini mula membangkitkan perkara-perkara yang menjadi kelemahan negara dan sebenarnya, 1MDB bukanlah satu-satunya kelemahan dalam ekonomi. Maksud saya, kita boleh membincangkannya nanti kerana saya tidak mengatakan bahawa ekonomi Malaysia dalam keadaan sempurna. Saya hanya mengatakan ia semakin baik. Jadi, anda mempunyai pembangkang yang kuat yang menimbulkan perkara ini supaya ianya didengari. Dan perkara kedua adalah bahawa kita kini mempunyai internet dan media sosial, dan kita juga mempunyai surat khabar dalam talian yang boleh membangkitkan perkara ini. Oleh itu, bukan sahaja anda mempunyai pembangkang yang kuat, anda juga mempunyai cara supaya suara pembangkang boleh didengari.

DJ: Dan itu mungkin telah menjadi kritikan dalam buku anda. Betulkah?

Bruce: Ya, mungkin juga. Maksud saya, seseorang boleh mengatakan bahawa Malaysia lebih demokratik sekarang berbanding semasa kemerdekaan.

DJ: Selepas ini, kita akan mendalami isi buku anda dan mungkin bercakap mengenai kebaikan Najibnomik. Saya kini sedang mewawancara Bruce Gale, pengarang Economic Reform in Malaysia: The Contribution of Najibnomics.

DJ: Terima kasih kerana masih bersama kami. Saya Tan Chung Han dan bersama saya di studio ini adalah Bruce Gale, pengarang Economic Reform in Malaysia: The Contribution of Najibnomics. Bruce, pada separuh pertama, anda bercakap tentang bagaimana melalui lensa anda, anda melihat ekonomi Malaysia menjadi lebih baik. Apakah hujah yang menyokongnya?

Bruce: Anda hanya perlu melihat kepada fakta-fakta. Orang ramai bercakap tentang defisit fiskal. Apabila kita bercakap mengenai defisit fiskal, kita perlu membincangkannya sebagai sebahagian daripada KDNK, kerana itu adalah satu-satunya cara ia akan benar-benar masuk akal dan bukan hanya nilai mutlak. Jika anda berbuat demikian, pada tahun 2009, dengan melihat defisit fiskal sebagai sebahagian daripada KDNK ia adalah 6.7%. Pada tahun 2016, ia turun kepada 3.1%. Sekiranya kita hanya melihat pada perdagangan antarabangsa, kita akan dapat melihat bahawa walaupun eksport sebenarnya telah bertambah baik dan kita masih mempunyai imbangan positif, namun begitu ekonomi secara keseluruhan telah menjadi kurang kebergantungan pada perdagangan antarabangsa berbanding ketika beliau mengambil alih. Jauh lebih kurang kebergantungan, yang bermaksud bahawa sebarang kemelesetan dalam perdagangan antarabangsa akan memberi impak yang lebih rendah sekarang terhadap ekonomi Malaysia berbanding dengan 18 tahun yang lalu.

DJ: Tetapi apakah kebaikan makronekonomi ini jika ia tidak memberi manfaat kepada rakyat Malaysia? Kerana, inflasi misalnya, inflasi telah memuncak pada kira-kira 5% pada bulan Mac tahun ini, peningkatan kos sara hidup, dan ini adalah isu-isu serius yang perlu dilalui oleh rakyat Malaysia setiap hari. Jadi, apakah yang bagusnya dengan eksport pada dua digit, apakah kebaikan pertumbuhan 4.5-5% KDNK jika rakyat Malaysia tidak mendapat faedah daripadanya?

Bruce: Saya rasa mereka akan mendapat manfaatnya kelak. Anda bercakap mengenai pertumbuhan sebanyak 5.7% ini. Itu bukan fenomena tahun ke tahun. Tahun ke tahun adalah lebih baik daripada itu. Saya juga ingin menegaskan bahawa kita membincangkan tentang GST apabila kita bercakap tentang kos hidup dan GST disalahkan untuk inflasi ini terutamanya apabila kita bercakap tentang segmen masyarakat yang lebih miskin, dan ini keranamereka yang banyak membayar untuknya. Tetapi jika anda melihat dengan lebih dekat, anda akan mendapati bahawa sebenarnya terdapat banyak perkara yang tidak tertakluk kepada GST. Maksud saya tidak ada GST ke atas beras, atau buah-buahan segar, atau daging dan sayur-sayuran, tidak ada GST ke atas tepung, gula, kopi, teh, formula bayi, semua jenis buku, dan semua ubat-ubatan yang disenaraikan dalam Senarai Ubat Nasional, tiada GST ke atas perkhidmatan roaming Telekom, tidak ada GST ke atas akhbar dalam talian, sekurang-kurangnya buat masa ini. Tetapi jika harga barang-barang itu naik, dan saya tidak akan menafikan bahawa kenaikan itu ada, ia bukanlah kerana tindakan kerajaan memperkenalkan GST.

DJ: Sekarang dalam program ini, kita telah mendengar banyak merit GST dan kami memahaminya. Tetapi kerap kali kebimbangan itu berpunca dari bagaimana hasil kutipan GST itu digunakan, dan ini membawa kita kembali ke tanah milik 1MDB, FGV kerana jika inisiatif ini, di bawah pentadbiran Najib, 1MDB khususnya, jika ini boleh berlaku, apa lagi korupsi atau pembaziran yang akan berlaku kerana dasar Najib? Pada asasnya, adakah dasar makroekonomi Najib bebas daripada risiko yang serupa memandangkan salah urus yang kita lihat dengan 1MDB, dengan FGV?

Bruce: Kami telah melihat salah urus dalam masyarakat Malaysia sejak lama dahulu. Ia bukanlah sesuatu yang baru. Ia hanyalah kerana ia mendapat lebih banyak publisiti sekarang. Saya tidak menafikan itu. Maksud saya sudah tentu kita harus melihat dan membincangkan kelemahan-kelemahan ini. Kita boleh bercakap tentang masalah dan korupsi dan pentadbiran Mahathirbahkan juga sebelum itu. Adakah anda tahu pada tahun 1957, sebelum kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman mempunyai masalah dengan Ahli Parlimennya kerana beliau memperkenalkan kepada mereka bajet defisit dan beberapa ahli Parlimen kerajaan mengancam untuk mengundi menentangnya dan menggulingkan kerajaan, namun Tunku Abdul Rahman berkata jika anda melakukan itu, saya akan meletak jawatan. Dan jika anda membaca surat khabar pada masa itu, anda akan melihat perbincangan mengenai pembaziran dalam kerajaan dan korupsi. Sebenarnya terdapat pemeriksaan rasmi kerajaan terhadap korupsi pada tahun 1955. Semua isu ini bukanlah perkara baru.

DJ: Betul, tetapi skalanya berbeza, saya rasa itulah yang paling merunsingkan orang sekarang. Walaupun korupsi mungkin berlaku lama dahulu, skala kontroversi 1MDB berbeza. Jadi ianya tidak adil...

Bruce: Tetapi sebelum kita bercakap mengenai 1MDB, saya ingin bercakap tentang RM5 bilion, iaitu tahap pendedahan formal kerajaan berbanding dengan keseluruhan ekonomi yang tidak sampai pun 0.01% itu. Biar saya beri contoh kepada anda. Pada bulan April tahun ini, apabila 1MDB menumpukan kepada orang-orang Timur Tengah, ada pertikaian di sana, agensi penarafan antarabangsa tidak terkesan pun. Mereka tidak mengubah penilaian mereka terhadap keupayaan Malaysia untuk membayar balik hutangnya kerana mereka tahu bahawa jumlah wang itu sangat kecil dalam gambaran keseluruhan. Saya bercakap tentang kesuluruhan gambaran. Terdapat buku mengenai 1MDB, tapi itu bukan buku saya.

DJ: Sudah tentu anda dapat melihat bahawa agensi penarafan antarabangsa ini, jelas mereka melihatnya melalui lensa yang berbeza.

Bruce: Mereka melihat pada keupayaan kerajaan untuk membayar balik kewajipannya.

DJ: Betul, bertentangan dengan rakyat Malaysia yang melihat dasar-dasar ini dan nampak adanya tekanan besar terhadap kos sara hidup. Jadi, sekali lagi, apakah bukti Najibnomik benar-benar bagus?

Bruce: 1MDB tidak ada kaitan dengan kos sara hidup. Ia tidak ada kaitan dengan kos sara hidup. Ini adalah percubaan kerajaan yang gagal untuk menggalakkan beberapa jenis pembangunan ekonomi.

DJ: Jadi anda menggambarkannya sebagai kekecewaan yang mahal.

Bruce: Ya.

DJ: Tetapi anda masih boleh menegaskan bahawa Najibnomik baik?

Bruce: Dalam konteks keseluruhan, ya. Kerana isu-isu ini kecil berbanding dengan yang lain. Maksud saya, anda sering juga mendengar orang berkata, anda tahu angka RM177 bilion yang saya rujuk sebelum ini, apa yang akan berlaku sekiranya semua syarikat itu bankrup dan kerajaan terpaksa membayar mereka, apa yang akan berlaku? RM177 bilion adalah bersamaan dengan 16% daripada KDNK negara. Kerajaan semasa mempunyai pinjaman hutang secara langsung bersamaan dengan sekitar 54% daripada KDNK. Anda menambah kedua-duanya, dan anda masih mempunyai jumlah yang jauh lebih rendah dari segi KDNK berbanding dengan apa yang Malaysia ada pada tahun 1990. Mereka mempunyai nisbah hutang kepada KDNK sebanyak 80% yang tidak termasuk liabiliti kontingen yang baru saja ditambah. Pada tahun 1980-an, hutang kepada KDNK Malaysia melebihi 100%. Apabila orang bercakap mengenai hutang hari ini di Malaysia, mereka tidak mempunyai konteks sejarah ekonomi. Dan jadi mereka fikir keadaaan sekarang tidak baik.

DJ: Namun pada masa yang sama, jika kita melihat dengan lebih dekat angka-angka itu, anda lihat beberapa ‘accounting gymnastics’ misalnya, pentadbiran Najib telah memindahkan beberapa hutangnya, pinjaman perumahan oleh penjawat awam, ke entiti berasingan supaya ada penelitian yang lebih dekat pada kenaikan item bajet.

Bruce: Itulah liabiliti kontingen. Itulah angka yang saya berikan kepada anda sebelum ini.

DJ: Selain itu ada kenaikan emolumen, gaji dan pencen, dan lain-lain untuk penjawat awam yang sentiasa meningkat. Kembali pada tahun 2010, sekurang-kurangnya bajet 2010, ia berjumlah RM42 bilion. Bajet 2017, tahun ini naik sehingga lebih RM77 bilion. Itu adalah peningkatan lebih daripada 80% dalam 8 tahun. Bagaimanakah ini dasar fiskal yang kukuh?

Bruce: Sekali lagi, anda lihat gambaran keseluruhan. Anda perlu melihat defisit fiskal sebagai sebahagian daripada KDNK. Dan sebagai sebahagian daripada KDNK, ianya menurun. Jadi gambaran keseluruhannya, tidak mengatakan bahawa angka tertentu telah meningkat dengan jumlah tertentu, anda perlu melihatnya dalam konteks betapa besarnya ekonomi sekarang, berapa banyak wang yang diterima oleh kerajaan dan berapa banyak yang sebenarnya dibelanjakan .

DJ: Mari kita beralih kepada dasar lain. Dalam bab 4 buku anda, anda menulis tentang usaha Najib untuk meliberalisasikan ekonomi Malaysia (Bruce: Itu adalah beberapa langkah awalnya, ya.), lebih banyak pemilikan asing syarikat insurans domestik. Tetapi kita mula melihat ia mula terungkai. Sebagai contoh, Bank Negara nampaknya mahu mengehadkan pemilikan asing di dalam sektor insurans. Mereka dilaporkan bercadang untuk mengenakan kuota Bumiputera sebanyak 30% untuk pengimport daging lembu. Adakah ini menunjukkan bahawa dasar Perdana Menteri, Najibnomik, adalah dasar dengan niat yang baik tetapi dengan pelaksanaan yang tidak begitu baik?

Bruce: Saya tidak akan pergi sejauh ini. Mungkin benar untuk mengatakan dengan pilihan raya yang akan datang beliau perlu mengubah beberapa aspek dasar untuk menggembirakan pangkalan politiknya. Ya.

DJ: Mungkin terpaksa tunduk kepada kepentingan mereka?

Bruce: Itu mungkin betul. Tetapi ini adalah orang yang melancarkan GST walaupun terdapat peningkatan besar dalam protes awam, beliau terlibat dengan perkongsian Transpacifik, sekali lagi, menghadapi protes yang serius, walaupun itu munkin tidak lagi akan berkesan. Beliau mengumumkan GST sebelum pilihan raya dan melaksanakannya selepas pilihan raya walaupun kerajaan-kerajaan lain telah mempertimbangkan perkara yang sama dan menolaknya. Mereka memerlukan wang untuk mengimbangi belanjawan. Beliau menghapuskan subsidi bahan bakar walaupun bantahan daripada orang ramai, kerana sebelum itu semasa bahan bakar disubsidi, 20% perbelanjaan kerajaan dibelanjakan untuk subsidi ini. 20%, yang bermaksud semua wang yang tidak dapat dibelanjakan untuk pendidikan, tidak boleh dibelanjakan untuk kesihatan, tidak boleh dibelanjakan untuk infrastruktur. Sekarang angka itu turun kepada sekitar 10% kerana masih terdapat beberapa subsidi yang sedang berjalan.

DJ: Mari kita tamatkan perbincangan dengan ini. Semasa saya membaca buku anda, nampaknya ia lebih bersifat kewartawanan daripada sesuatu yang merupakan analisis yang lebih kasar terhadap Najibnomik. Malah Ahli Parlimen Ong Kian Ming meminta untuk "pemeriksaan Najibnomik yang lebih kritikal dan komprehensif". Bagaimana anda menjawab itu?

Bruce: Jika beliau memberitahu saya dengan tepat apa yang beliau tidak suka, saya boleh tampil dengan edisi kedua. Pada saya, apa yang saya sesali adalah mungkin saya tidak menerangkan secara terperinci dalam buku ini mengapa saya fikir 1MDB tidak akan dibincangkan secara terperinci. Mungkin saya patut menambahkan beberapa halaman lagi untuk membincangkan mengapa 1MDB benar-benar penting secara politik dan mungkin secara moral, ianya tidak begitu penting secara makroekonomi, dan saya fikir mungkin jika ada edisi kedua, saya perlu menangani isu itu.

DJ: Dan barangkali kita dapat menjangkakan perbincangan berkaitan itu dalam buku anda yang seterusnya. Itu sahaja masa yang kita ada. Terima kasih kerana membincangkan topik ini dengan kami. Itu adalah Bruce Gale, penulis buku Economic Reform in Malaysia: The Contribution of Najibnomics. Saya Tan Chung Han dan ini adalah BFM 89.9.

Link asal:
https://www.bfm.my/bg-bruce-gale-author-is-Najibnomik-good-for-malaysia.html

Friday, October 6, 2017

Najib Lebih Pandai Jaga Ekonomi Daripada Mahathir




Ekonomi Malaysia kini berada pada tahap yang baik. Semalam, Bank Dunia telah naikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia untuk tahun ini kepada 5.2 peratus daripada 4.9 peratus pada Jun. Sebelum itu, Bank Dunia unjur 4.3 peratus. Ini bermakna, dua kali Bank Dunia naikkan unjuran ini, dari 4.3 peratus kepada 4.9 peratus dan kemudian kepada 5.2 peratus.

Pada bulan Ogos 2017 lagi, Datuk Seri Najib sudah menyatakan bahawa keadaan ekonomi negara berada dalam keadaan betul dan tidak sepertimana tuduhan negara hendak bankrup yang dibuat oleh pembangkang. Kedudukan rizab antarabangsa adalah RM429.76 billion manakal Standard & Poor telah meletakkan Malaysia pada rating yang kuat iaitu “A-“.

“Tidak banyak negara yang mendapat rating A- ini. Pada tahun 1997, kita telah kehilangan separuh daripada rizab antarabangsa, tetapi negara kita tidak bankrup. Hari ini, rizab antarabangsa negara berada lebih dari RM400 billion, jadi bagaimana negara kita dituduh hendak bankrup?” kata Datuk Seri Najib pada 25 Ogos 2017, ketika merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Johor Bharu.

"Politik hari ini adalah berkenaan dengan persepsi dan bukannya realiti. Mereka (pembangkang) tidak perlu membuktikan apa apa yang berdasarkan realiti. Mereka hanya perlu reka cerita palsu terhadap kerajaan, itu sudah cukup bagi mereka” kata Datuk Seri Najib.

Dekat lima kali, Tun Mahathir dan Tun Daim berkata ekonomi Malaysia hendak bankrup. 11 September 2016, Mahathir kata “Malaysia akan muflis seperti Argentina”. 17 Ogos 2015, Mahathir kata “Ekonomi Malaysia akan jatuh teruk”. 26 Ogos 2015, Daim berkata “Malaysia akan bankrap Disember ini”. 3 September 2015, Daim kata “Satu malapetaka ekonomi sedang dihadapi Malaysia”. 31 Disember 2015, Mahathir kata “Malaysia akan bankrap”.

Semua tuduhan Mahathir dan Daim ini tidak menjadi kenyataan. Ianya terbukti bahawa tuduhan itu hanyalah cerita persepsi semata mata, bukannya realiti.

“Secara keseluruhannya ekonomi bawah pentadbiran Najib nampak bagus kerana ekonomi Malaysia semakin kukuh sejak Najib mula jadi Perdana Menteri...” kata Bruce Gale dalam satu tembubual bersama BRM Radio pada 3 September 2017. Sebelum itu, Bruce Gale yang merupakan penulis kanan di Straits Times Singapura telah menulis artikel mengenai “Najibnomics has been good for Malaysia's economy”.

Puak pembangkang yang tidak boleh menerima realiti akan cuba mematahkan fakta sebenar ini dengan mengatakan Bruce Gale “makan dedak”. Itu sahajalah yang boleh dijawab oleh puak puak pembangkang bila berhadapan dengan fakta sebenar.

Bukan Bruce Gale dan Bank Dunia sahaja yang akui keadaan baik ekonomi negara, Bank Pembangunan Asia (ADB) juga mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Malaysia lebih baik lagi iaitu dari 4.7 peratus kepada 5.4 peratus.

Di rantau Asia, ADB meletakkan Malaysia dan Hong Kong sebagai negara di Asia yang menunjukkan peningkatan besar dalam pertumbuhan ekonomi.

"Jadi jangan mendengar kata-kata pihak tertentu yang cuba untuk menjatuhkan negara ini demi kepentingan agenda politik mereka. Bukti cukup jelas bahawa (ekonomi) kita berkembang pada landasan tepat," kata Datuk Seri Najib.

Bukan itu sahaja, mengikut laporan World Economic Forum (WEF), Global Competitiveness Report 2017-2018, kerajaan Malaysia adalah yang ke 15 yang efisien dalam berbelanja, mengalahkan negara negara seperti  Finland (16), Norway (18), China (19), Iceland (23), Sweden (26) dan Jepun (29).

Malah secara keseluruhannya, kedudukan Malaysia yang berada di tangga ke 25 dalam laporan World Economic Forum itu adalah lebih baik berbanding negara negara lain seperti Korea Selatan (26), China (28), Saudi Arabia (29), Thailand (32), Indonesia (37), India (39), Russia (45), Turki (51), Brazil (75), Pakistan (126). Malaysia berada pada kedudukan yang baik berbanding negara negara dalam teori ekonomi BRIC iaitu Brazil, Russia, India, China.

Argentina yang disebut oleh Mahathir berada jauh di kedudukan ke 106.  Jauh rankingnya ke belakang berbanding Malaysia yang berada di tangga ke 25. Jadi bagaimana Mahathir boleh buat andaian Malaysia akan jadi bankrup macam Argentina? Andaian yang tersasar jauh sama sekali.

Semua data dan kedudukan Malaysia ini dibuat berdasarkan pencapaian ekonomi Malaysia, ianya bukan direka reka dan dibuat buat sebagaimana persepsi yang dibuat oleh Pengerusi Pembangkang sekarang iaitu Mahathir. Ini bukti Datuk Seri Najib lebih pandai menjaga ekonomi negara berbanding Mahathir.

Bawah hidung dia pun boleh hilang RM32 billion tanpa dia sedar. Kemudian cakap tidak tahu sebagai alasan. Dari tahun 1981 hingga 1988, pada akhir 7 tahun pertama Mahathir berkuasa, Mahathir telah menggandakan kadar pengangguran, mengharung defisit bajet tertinggi dalam sejarah Malaysia, menggandakan hutang  melebihi 100% nisbah hutang kepada KDNK dan menggandakan hutang luar Malaysia. Ini faktanya.

Membandingkan 6 tahun pertama era Mahathir dan Najib, hutang negara berdasarkan pendapatan negara pada zaman Mahathir adalah 138.7%, pada era Najib hanya 74% sahaja. Begitu juga dengan pertumbuhan ekonomi, zaman Mahathir hanya sekitar 24.6% berbanding pencapaian era Najib yang jauh lebih baik iaitu 62.5%, 3 kali ganda lebih baik dari zaman Mahathir. Kadar pengangguran zaman Mahathir juga adalah dua kali berbanding era Najib.

Kadar hutang 138.7% ketika zaman Mahathir ini sama dengan kadar hutang beberapa buah negara yang mengalami bankrap seperti  Greece, 167.9%, Italy 132.7% dan Portugal 129%. Kalau rindu zaman Mahathir, maka inilah fakta faktanya. Kesimpulannya, terimalah realitinya, Najib lebih pandai menjaga ekonomi berbanding Mahathir.


Tulisan:
Beruang Biru
BB603, Jumaat
6 Oktober 2017

Thursday, October 5, 2017

Gelap Masa Depan Kakitangan Awam Jika Pakatan Harapan Perintah Putrajaya

Pembangkang Mahu Buang 700,000  Penjawat Awam Untuk Tampung GST

Pada 3 Oktober 2017, Datuk Seri Najib telah mengumumkan beberapa berita baik akan diterima oleh penjawat awam untuk seluruh 1.6 juta penjawat awam dalam Bajet 2018 yang akan dibentangkan pada 27 Oktober ini.

Datuk Seri Najib juga menyatakan pembangkang di Malaysia menuduh penjawat awam di negara ini sebagai “bloated civil service’ atau terlebih bilangannya berbanding negara lain.

Pada 24 Oktober 2016, Tony Pua, Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara menyarankan agar kerajaan membenarkan sebahagian penjawat awam terus dibayar gaji, tetapi mereka tidak perlu bekerja bagi mengurangkan masalah lambakan penjawat awam.

Tony Pua menyifatkan jumlah penjawat awam di Malaysia adalah terlebih berbanding negara lain. Ahli Parlimen DAP itu bercakap demikian dalam satu forum berbahasa Mandarin bertajuk ‘Menganalisis Bajet 2017” di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur.

Kalau penjawat awam yang sedia ada mahu disuruh duduk dirumah, siapa yang akan jadi penjawat awam kalau Pakatan Harapan berkuasa? Sudah pasti salah seorang yang akan masuk adalah Ustaz Wan Ji yang baru berkhidmat dengan Guan Eng di Pulau Pinang.

Inilah cadangan yang dibuat oleh DAP. Anggap penjawat awam di Malaysia yang jumlahnya 1.6 juta sebagai membebankan. Anggap peruntukan RM76 billion setiap tahun bagi gaji dan elaun kakitangan awam sebagai membebankan.

Malah Penang Institute yang dibiayai oleh kerajaan DAP Pulau Pinang pernah mencadangkan agar penjawat awam dibuang sejumlah 1.2 juta orang.  Pada 22 Oktober 2016, ketika menganalisis “Bajet 2017”, Penang Institute menyatakan terlalu banyak wang diperuntukkan untuk perkhidmatan awam.

“Menggunakan nisbah KDNK kepada penjawat awam seperti di Jerman, ini bermakna Malaysia, yang mempunyai KDNK AS$375 bilion, hanya perlukan 430,000 penjawat awam,” kata Penang Institute.

Bermakna jika mahu kekalkan hanya 430,000 sahaja, maka sejumlah 1.2 juta orang penjawat awam akan kena buang kalau Pakatan Harapan berjaya masuk ke Putrajaya.

Antara perjuangan retorik dan 'umpan' undi dari Pakatan Harapan adalah mahu menggantikan 6 peratus kadar GST. Namun mereka tidak berani untuk hapuskan keseluruhan sistem cukai itu kerana mereka tiada plan kontigensi yang lebih baik.

Bila ditanya bagaimana hendak menggantikan hasil GST sejumlah RM41.2 bilion yang dikutip pada tahun 2016 kalau Pakatan Harapan memerintah, pembangkang gagal untuk memberikan sebarang alternatif.

Kalau dilihat dalam Bajet Alternatif yang dibentang pembangkang pada tahun lepas, semuanya ditulis “tiru” bajet yang dibuat oleh Barisan Nasional. Lihat pautan ini, bagaimana pembangkang membuat bajet yang fantasi dan menipu rakyat semata mata ;

https://beruangbiru1.blogspot.my/2016/10/bajet-beza-fantasi-pembangkang-dengan.html#.WdXgC8Zx3IU

Menurut sebuah laman blog pro pembangkang Suara Pakatan Harapan, setiap tahun kerajaan membayar sehingga RM72 bilion untuk gaji dan pencen seramai 1.7 juta orang. Jika 700,000 penjawat awam dipecat serta merta, kiraan kasar menunjukkan sejumlah RM36 Bilion boleh dijimatkan.

Mungkin inilah alternatif  pembangkang mahu menampung hasil pendapatan negara melalui GST dengan mengorbankan hampir separuh penjawat awam yang ada pada hari ini. Dalam kiraan ini, tidak mustahil beberapa agensi yang sudah 'dalam senarai' pembangkang mungkin akan terus dibubarkan.

Agensi yang membuatkan Pakatan 'panas' adalah seperti JASA, JPAM, BTN, MARA, KEMAS, JAKIM, RELA dan beberapa lagi agensi akan dibubarkan untuk tampung kekurangan hasil GST. Jabatan Penerangan mungkin tidak akan dihapus kerana Ustaz Wan Ji akan duduk disitu menjadi Ketua Pengarahnya.

“Kakitangan awam tertinggi di dunia” kata Lim Kit Siang pada 24 Oktober 2013. Dalam Sinchew Daily News pada 1 November 2011, Tony Pua pernah berkata jika pembangkang dapat perintah kerajaan pusat, maka satu projek yang dinamakan “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam” akan dilaksanakan bagi mengurangkan kakitatangan awam pada setiap tahun.

Betapa bencinya DAP terhadap kakitangan awam yang berada di Malaysia. Benarlah apa yang disebut oleh Datuk Seri Najib, “Bayangkanlah apa akan terjadi kepada untung nasib sebahagian besar penjawat awam, jika pembangkang dibiarkan memerintah negara?”

“Sanggupkah anda mempertaruhkan masa depan sekalian dan anak cucu keturunan kita kepada pihak sedemikian” kata Datuk Seri Najib. Sudah pasti rakyat Malaysia tidak sanggup melihat kegilaan DAP untuk membuang penjawat amam ini menjadi kenyataan.

Ada yang cadang buang sampai 1.2 juta, ada yang cadang buang 700,000 orang dan ada yang kata suruh penjawat awam duduk rumah sahaja dan kemudian buang mereka. Hanya semata mata hendak tampung kekurangan hasil GST, maka penjawat awam kena buang oleh pembangkang. Jangan biar hasrat DAP ini tercapai.


Tulisan :
Beruang Biru
BB602, Khamis
5 Oktober 2017

Wednesday, October 4, 2017

Oxford Nafi Jumlah Biasiswa Yang Disebut Syed Saddiq

Akhirnya Universiti Oxford mengesahkan Syed Saddiq seorang penipu. Syed Saddiq cakap nilai biasiswa dia dapat berjumlah dalam RM400,000. Tidak sampai pun jumlah itu.

Universiti Oxford berkata ia memang menawarkan Syed Saddiq Abdul Rahman biasiswa pascasiswazah, tetapi berkata jumlah itu tidak lebih dari bayaran £40,000 (RM224,000) yang dikenakan untuk kursusnya.

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu sebelum ini mengumumkan bahawa beliau menerima biasiswa sebanyak RM400,00 dari universiti British itu, selain daripada mendakwa beliau ditawarkan rasuah RM5 juta untuk keluar dari partinya dan meninggalkan Malaysia.

Menurut The Star Online, Oxford juga berkata bahawa biasiswa Syed Saddiq hanya separuh sahaja, mencadangkan bahawa jumlah itu adalah kurang dari £40,000 yang disenaraikan untuk kursus Sarjana dalam Pengajian Dasar Awam.

Syed Saddiq kemudiannya memberitahu portal berita itu bahawa tajaannya adalah tambahan kepada yuran pengajian universiti, tetapi enggan menyatakan siapa yang membayar untuk tambahan itu.

Siapa yang hendak bayar itu? Dari sibuk bercakap hal RM5 juta. Lebih baik sebut siapa hendak tolong bayar tambahan yuran itu?

"Secara keseluruhannya, saya menerima £70,000, termasuk biasiswa dari fakulti saya," beliau dipetik sebagai berkata.

Sumber : Malay Mail

Keamanan Jadi Faktor Pelancong Datang Melawat Malaysia


Tuesday, October 3, 2017

Pijak Kaki Ke Pejabat DAP Yang Gelarkannya Rasis No. 1

Kit Siang pernah panggil Mahathir sebagai orang nombor 1 paling rasis di Malaysia. 

“Our beloved former Prime Ministrer Tun Dr Mahathir Mohamad said that in the next general election, the Malays would lose power if the PR forms the government.

“Imagine, a former Prime Minister, who ruled us for 22 long years, returning to politics as the number one racist in Malaysia,” kata Kit Siang pada September 2010 dalam satu ceramah kumpulkan dana kempen DAP di Bandar Menjalara di hadapan 1000 orang (baca sini).

Mahathir juga berkali kali panggil Kit Siang dengan gelaran yang sama. Rasis. Mahathir juga ikrar tidak akan tarik balik kenyataan rasis itu dalam ceramah di Shah Alam pada 2013 (baca sini). 

Itu dulu. Semalam, 2 Oktober 2017, Mahathir sudah pecah rekod. Jejak kaki buat pertama kali ke pejabat DAP. Pejabat yang dikatanya dihuni oleh orang orang yang rasis. 

Menariknya, DAP tidak pernah tarik balik dan minta maaf kepada Mahathir mengenai kenyataan rasis dan sebagainya. Mahathir yang terpaksa menyerah diri kepada DAP. 

Dalam situasi ini, nampak tidak siapa yang peralatkan siapa? 


Monday, October 2, 2017

Video Penuh Sambutan Hari Pahlawan 2017


Lepas Kantoi Jadi Rafizi Pecat Rafizi

Rafizi Pecat Rafizi, Selepas Kantoi Rafizi Bayar Rafizi

Apa lagi boleh dibuat Rafizi selepas kantoi membayar dirinya sendiri. Derma saman NFC yang dikutip daripada orang ramai sejumlah RM1.5 juta disalurkan kepada Rafizi juga menerusi KEIP Resources. Kemudian dari KEIP Resources disalurkan pula ke Invoke yang juga dipunyai oleh Rafizi.

Bertukar tukar poket dari poket baju di atas yang juga berada di badan Rafizi masuk ke poket kiri dan kemudian masuk ke poket kanan. Semuanya masuk poket Rafizi sahaja.

Pihak yang kena tipu dan kena perdaya adalah orang ramai yang sanggup memberi derma kepada Rafizi itu. Kena tipu hidup hidup dengan Rafizi. Inilah yang dinamakan “Keip-Tokrasi Rafizi”.

Mengikut carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), di KEIP Resources, Rafizi ada saham sejumlah 10,500 unit dan di Invoke ada saham sejumlah 250,000 unit.

18 April 2017, Rafizi bukan main lagi tunjuk satu carta alir mempertikaikan tentang 1MDB. Mencetus persepsi yang tidak baik terhadap 1MDB sedangkan isu itu telah pun diselesaikan oleh PAC dan Peguam Negara. 1MDB sendiri pun sudah selesai membayar semua hutangnya.

Carta alir  tipu yang dibuat oleh Rafizi itu tidak ke mana, tidak ada bukti dan asas pembuktian pun. Hanya tuduhan semata mata. Hari ini aliran carta wang itu kena balik kepada batang hidungnya sendiri.

Pakar ekonomi kesayangan Anwar Ibrahim yang kuat memfitnah ini berdepan cemuhan dan kutukan daripada orang ramai bila  menyalahguna wang hasil derma orang ramai untuk bayar saman NFC kepada  membayar gaji sukarelawan yang berkerja di bawah INVOKE.

Rafizi terkantoi bila KEIP Resources Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dilantik untuk menguruskan pembayaran gaji tenaga pekerja dalam INVOKE juga dimiliki oleh Rafizi sendiri. KEIP juga dipunyai oleh Rafizi.

Mengikut senarai yang didedahkan sendiri oleh Ahli Parlimen Pandan itu, INVOKE tidak membuat sebarang pembayaran kepada KEIP pada bulan Julai.

Hanya selepas Rafizi berjaya mengutip derma RM1.5 juta dari orang ramai pada Ogos, INVOKE  didapati membayar kepada KEIP sebanyak dua kali pada 28 Ogos lalu. Pembayaran pertama RM160,349.95 dan pembayaran kedua RM156,132.10.

Kemudian invois untuk gaji pekerja INVOKE pada bulan Oktober sudah pun dikeluarkan oleh KEIP pada 11 September 2017. Invois bernilai RM175,304.32. Bermakna sesatunya perniagaan yang  dijalankan oleh KEIP adalah bayar gaji kepada INVOKE.

Malah turut mengenakan caj pengurusan sebanyak 5% iaitu sejumlah RM8,347.82. Caj pengurusan ini pun masuk poket Rafizi juga. Pelik sungguh, syarikat Rafizi bayar kepada syarikat Rafizi pun kena caj pengurusan. Hendak urus apalah sangat kalau keluar poket kiri masuk poket kanan Rafizi. Orang yang sama juga tandatangan cek. Ini berniaga cara “Keip-tokrasi Rafizi”.

Jika dikumpul semua jumlah ini, jumlahnya terkumpulnya adalah RM491,786.37 nilainya hanya untuk tiga bulan sahaja. Kalau caj 5% pengurusan sudah jadi RM24,589.31. Duit ini berlegar masuk dari poket Rafizi sahaja. Dekat setengah juta, patutlah Laathefa Koya cakap Rafizi kaya raya.

Maksudnya, duit derma hampir setengah juta dari orang ramai telah digunakan untuk bayar gaji pekerja-pekerja Rafizi sahaja. Rafizi mendedahkan dalam tempoh 10 hari dia berjaya mengumpul RM1,585,014.49. Maknanya ada lagi baki sejuta duit derma orang awam.

Ke mana baki wang sejuta ini hendak disalurkan? Disalurkan untuk ceramah atas trak dan cakap sorang sorang atau masuk poket sendiri juga? Hampir setengah juta duit derma rakyat digunakan untuk bayar gaji pekerja untuk membantu Rafizi buat fitnah setiap bulan.

Bila terkantoi, Rafizi mula gelabah. Mulanya dalam blog rasminya, Rafizi sendiri mendedahkan perincian gaji yang Invoke terima dari orang awam dalam satu artikel di blognya pada 21 September 2017. Senarai sejumlah 194 muka surat dana derma dari orang awam itu telah pun dipadam oleh Rafizi bila terkantoi “Rafizi Bayar Rafizi”.

Terbaru carian yang dibuat mendapati nama Rafizi sudah dikeluarkan daripada KEIP Resources. Invoke juga sudah tidak lagi menggunakan KEIP sebagai syarikat sumber manusianya. Bermakna Invoke sudah pecat KEIP, Rafizi sudah pecat Rafizi sendiri.

“Rafizi Bayar Rafizi’ adalah sesatunya teori ekonomi Rafizi yang menjadi. Duit rakyat termasuklah ada kakitangan awam yang menderma sudah disapu oleh Rafizi untuk bayar gaji pekerjanya dalam Invoke. Bukannya sedikit wang itu, RM1.5 juta. Ada lagi baki sejuta. Ke mana pergi duit itu?

Inilah “Keip-trokrasi” sebenar yang sedang berlaku dalam pembangkang. Dulu Rafizi pernah kata Mahathir macam macam mengenai syarikat arak dan rasuah. Kini bila Rafizi terang terang songlap duit rakyat untuk Invoke, Mahathir sepatah pun tidak berani tegur atau jentik Rafizi.

Kes rasuah Guan Eng pun, Mahathir tidak berani jentik sikit pun. Takut sungguh dengan PKR dan DAP. Ini bukti Mahathir bukan sesiapa pun dalam pembangkang. Hanyalah alat sahaja bagi PKR dan DAP. Isu rasuah Rafizi dan Guan Eng, Mahathir tidak berani kata apa apa.

Penyelewengan yang dibuat terang terang oleh Rafizi ini adalah bukti bahawa PKR adalah parti yang langsung tiada integriti. Tidak layak lagi pembangkang cakap soal hipokrasi, kleptokrasi dan demokrasi. Cakaplah soal “Rafizi Bayar Rafizi” ini, bila dah kantoi jadilah “Rafizi Pecat Rafizi”. Inilah dia “Keip-Tokrasi Rafizi”.

Bila Mahathir terkantoi hilang RM32 billion di Bank Negara, dia kata ‘tidak tahu’, pakar ekonomi Mahathir pun kata ‘tidak tahu” sebanyak 15 kali semasa perbicaraan RCI Forex. Bila pakar ekonomi Anwar Ibrahim terkantoi “Rafizi Bayar Rafizi”, dia cakap “bodoh” dekat 50 kali.

Rafizi kata bodoh dekat siapa sebenarnya. Telinga Rafizi yang dengar dulu apa yang Rafizi sebut itu. Ayat bodoh itu sebenarnya kena pada Rafizi balik. Rafizi lah bodoh itu.


Tulisan:
Beruang Biru
BB596, Isnin
2 Oktober 2017

Sunday, October 1, 2017

Saturday, September 30, 2017

Parti Pembangkang Takut Serah Nama Pada SPRM


Hanya BN yang berani serah nama untuk tapisan SPRM. Parti pembangkang takut kerana calon calon mereka penuh dengan hipokrasi, keip-tokrasi dan Rafizi Bayar Rafizi.