Saturday, December 31, 2016

Friday, December 30, 2016

Detik Bermakna Dato Seri @NajibRazak Pada 2016



YAB PM NAJIB RAZAK:-
30 Disember 2016
Banyak detik bermakna yang telah kita kongsi dan lalui bersama sepanjang 2016. Saya kongsikan beberapa daripadanya dalam video, semoga tahun baru 2017 yang akan tiba bawa lebih banyak detik bermakna sebegini, Insya-Allah.

Thursday, December 29, 2016

Wednesday, December 28, 2016

Saturday, December 24, 2016

Mahathir Sudah Maafkan Anwar Ibrahim & Kit Siang


Bila ini sudah berlaku, bukti bahawa Tun Mahathir sudah pergi terlalu jauh untuk berpolitik melawan Dato Seri Najib. 

Tun Mahathir sudah ada agenda lain bila sanggup memaafkan orang yang beliau panggil sebagai peliwat dan perasuah. 

Boleh memaafkan orang yang beliau panggil sebagai bapa rasis suatu ketika dahulu. 

Ada agenda lain yang ingin Mahathir bawakan. Cara politik Tun Mahathir sudah tidak boleh lagi diikuti oleh orang Melayu. Ianya amat merbahayakan.

Thursday, December 22, 2016

Wednesday, December 21, 2016

Tuesday, December 20, 2016

Gambar Gambar Ini Jadi Saksinya, Rapatnya Mahathir Dan Kit Siang



Dulu bukan main lagi Tun Mahathir berkata begitu pada DAP. Bersungguh sunguh betul Tun Mahathir mengingatkan orang Melayu mengenai bahayanya berpakat dengan DAP. 

Mengenai bahayanya kalau kalau Kit Siang menjadi Perdana Menteri. Itu dulu, kini Mahathir sudah maafkan Kit Siang dan DAP. Duduk bersama dan satu agenda bersama Kit Siang. 

Apa yang Mahathir dan DAP cuba perjuangkan hari ini amat amat bahaya sekali kepada bangsa dan negara. Orang Melayu dipecah belahkan dan menjadi taksub pada Mahathir. 

Mereka sokong Mahathir sebab taksub dan beremosi bukan berlandas fakta sebenar.  Kalau dikaji fakta dan prinsip sebenar, Mahathir tidak boleh disokong lagi. Agendanya sudah jadi peribadi dan sudah khianati bangsanya sendiri.

Bukan sekali Mahathir bersama dengan Kit Siang. Sudah berkali kali dan sudah nampak macam sebati. Melayu yang sedar tidak boleh membiarkan bangsanya dijual beli oleh Kit Siang ini. 


Mahathir bersama Kit Siang dalam Konvensyen PAN di Shah Alam pada 11 Disember 2016


 Mahathir bersama Kit Siang dalam Konvensyen DAP di IDCC, Shah Alam pada 4 Disember 2016

 Mahathir bersama Kit Siang dalam demo BERSIH 5 di Kuala Lumpur pada 19 November 2016


Mahathir bersama Kit Siang dalam satu video temubual eksklusif pada 14 November 2016


Mahathir dan Kit Siang bersama sama masuk ke parlimen pada 8 November 2016 untuk mesyuarat khas membincangkan hak dan kebebasan Ahli Parlimen.

Mahathir bersama Kit Siang dalam kempen PRK Sungai Besar menyokong calon PAN pada 17 Jun 2016
 Mahathir bersama Kit Siang dalam kempen PRK Sungai Besar menyokong calon PAN di Dewan Restoran Hao Xiang Chi pada 11 Jun 2016

 Mahathir bersama Kit Siang berceramah sepentas di
Pentas Muafakat Selamatkan Malaysia di Pandan pada 28 Mac 2016.




Mahathir bersama Kit Siang dalam Kongres Rakyat di
Pusat Konvensyen Shah Alam pada 27 Mac 2016


 Mahathir bersama Kit Siang di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti (UM) Kuala Lumpur pada 4 Mac 2016 dalam Program tandatangan Deklarasi Selamatkan Malaysia.

Sunday, December 18, 2016

Thursday, December 15, 2016

Pakatan Pembangkang Akan Berebut Kerusi Sesama Sendiri Dalam PRU14 Nanti


Nik Amar awal awal sudah meramalkan perebutan kerusi akan berlaku dalam kumpulan pembangkang semasa PRU14 nanti. PAS sudah kena dipermainkan oleh DAP dan PAN. 

PAS sudah serik dan tidak mahu lagi berpakat dengan DAP dan PAN. Oleh sebab itulah DAP menggunakan screw baru iaitu parti bunga untuk mendapatkan undi orang Melayu.

Berapa lama perjanjian mereka ini mampu bertahan? Tidak akan sampai ke mana? Kerana mereka berpakat hanya untuk jangka pendek dan penuh dengan sandiwara.


Perdana Menteri India @narendramodi Puji Pentadbiran Dato Seri @NajibRazak


Wednesday, December 14, 2016

Monday, December 12, 2016

Friday, December 9, 2016

Kad Pengenalan Forest City : Dakwaan Tun Mahathir Tidak Berasas, Berniat Jahat




Saya ingin merujuk entri terbaru Tun Dr. Mahathir dalam blog beliau, bertarikh 6 Disember 2016.

Saya kekal konsisten dengan pendirian tegas dan kenyataan saya sebelum ini mengenai dakwaan Tun Mahathir berkaitan 700,000 warga asing di Johor yang kononnya akan diberi Kad Pengenalan (IC) untuk menjadi pengundi - sebagai tidak berasas, tidak bertanggung jawab dan berniat untuk mengeliru serta menakut-nakutkan rakyat.

Untuk rekod, dakwaan Tun Mahathir tersebut dibuat dalam satu siri ceramah anjuran PPBM di Pasir Gudang, Johor baru-baru ini.

Dakwaan melulu Tun Mahathir tersebut bukan sahaja tidak logik dan berasas. Malah sangat tersasar dari bersandarkan sebarang fakta dari mana-mana sumber yang sahih.

Kedudukan Semasa Pemilikan Hartanah oleh Kepentingan Asing di Johor

Bagi tempoh 2003 sehingga 30 November 2016, jumlah kelulusan permohonan kebenaran perolehan hartanah oleh kepentingan asing dalam rekod Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Johor adalah sebanyak 29,218 unit.

Angka ini mewakili pemilikan hartanah jenis bertanah dan strata. Jumlah pemilikan asing itu hanyalah 2.01 peratus daripada jumlah keseluruhan hak milik hartanah di Johor iaitu sebanyak 1,452,931 unit.

Sekiranya kita mengambil kira anggaran empat orang bagi setiap unit hartanah oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), sekurang-kurangnya 116,872 orang sahaja yang mengisi unit-unit hartanah yang dimiliki oleh orang asing itu.

Dan kesemua angka ini sangat jauh dan ternyata meleset daripada angka 700,000 seperti yang didakwa oleh Tun Mahathir.

Malah dalam entri terbarunya, Tun Mahathir menggangarkan pula bahawa Johor Bahru akan didiami oleh 1.5 juta warganegara asing. Jelas Tun Mahathir tidak konsisten dalam angka yang digunakannya.

Percanggahan angka ini dengan sendirinya menjawab bahawa dakwaan Tun Mahathir ternyata sangat tidak berasas dan dilakukan dengan niat untuk mengelirukan rakyat.

Pemberian Kerakyatan Malaysia

Tun Mahathir yang pernah menjadi seorang Perdana Menteri sudah semestinya arif mengenai proses keluhuran undang-undang serta prosedur ketat berkaitan permohonan seseorang individu untuk mendapat kerakyatan sesebuah negara.

Proses memohon dan mendapatkan status warganegara Malaysia oleh orang asing adalah proses yang sukar, ketat dan memerlukan pertimbangan teliti oleh Kerajaan dalam pelbagai aspek.

Malaysia adalah negara yang sangat tegas dan sukar untuk memberikan kerakyatan kepada mana-mana warga asing. Malah ratusan ribu lagi mereka yang telah dilahirkan di Malaysia dan telah tinggal di Malaysia sebegitu lama tetapi masih belum diberikan kerakyatan.

Malaysia juga tidak mempunyai dasar yang membolehkan sesiapa yang memiliki hartanah di Malaysia layak memohon kerakyatan Malaysia. Yang jelas, pemilikan hartanah di Malaysia tidak memberi kelebihan dalam proses memohon status kewarganegaraan.

Adalah diharapkan Tun dapat berlaku objektif dalam perkara ini. Iaitu membuka peluang untuk pemilikan hartanah di Malaysia kepada warga asing adalah sama sekali berbeza dengan memberi kewarganegaraan Malaysia kepada mereka.

Jika sekalipun Tun Mahathir mempunyai bukti sahih dari sumber yang jelas bahawa terdapat sehingga 700,000 warga China akan diberikan kerakyatan warganegara Malaysia dalam masa terdekat, Tun Mahathir bolehlah merujuk perkara ini kepada Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang masih lagi merupakan seorang Ahli Parlimen untuk membawa usul tergempar ke sidang Parlimen mengenai perkara ini.

Laporan Negatif Media Barat

Saya amat kesal dengan sanjungan tinggi dan sikap pilih bulu (double standard) Tun Mahathir terhadap segala laporan media barat. Apabila Bloomberg melaporkan sesuatu yang negatif mengenai negara, Tun Mahathir memilih untuk merujuk dan mempercayai laporan berkenaan tanpa usul periksa.

Sebagai negarawan yang membidani Malaysia yang moden ini, Tun Mahathir pasti ingat betapa agresif dan konsistennya media Barat dalam memburuk dan memperkecil-kecilkan segala inisiatif pembangunan yang beliau perkenalkan.

Apakah Tun Mahathir lupa tentang serangan sistematik media Barat terhadap pembangunan besar-besaran Putrajaya dan Cyberjaya dan pembinaan Petronas Twin Tower. Semuanya digambarkan sebagai pembaziran wang rakyat.

Begitu juga sewaktu Malaysia mengambil keputusan untuk tidak menerima preskripsi Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan sewaktu Tun Mahathir menyingkirkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Maka amatlah wajar untuk Tun Mahathir, seorang yang sangat patriotik pada tanahair ini, mengambil pendirian untuk meminta penjelasan objektif dari Kerajaan Johor. Benarkah ada 60 projek yang boleh diduduki seramai 1.5 juta warganegara asing.

Malah, sekalipun terdapat sehingga 60 projek pembangunan hartanah di Johor Bahru seperti yang didakwan Tun, mana mungkin dapat diterima oleh akal yang ia akan dihuni oleh 1.5 juta warganegara asing. Untuk makluman Tun, jumlah kependudukan Johor Bahru sendiri pun hanyalah dalam lingkungan 1 juta sahaja.

Dan kalau mengikut perkiraan Tun, ini bermakna setiap satu daripada 60 projek hartanah tersebut harus memuatkan sekurang-kurangnya 25,000 penghuni. Dan jumlah ini adalah amat tidak masuk akal. Ini kerana, setiap projek hartanah yang ada selalunynya memuatkan hanya setakat 2000 hingga 2500 penghuni sahaja.

Hakikat yang perlu diterima oleh Tun Mahathir ialah media asing akan terus skeptikal dengan apa jua kemajuan yang terlihat di Johor dan Malaysia. Bagi mereka, Malaysia yang berjaya adalah di luar kelaziman.

Keperluan Johor Meneroka Peluang Pertumbuhan Baharu

Sebagai sebuah negeri yang pesat membangun, Johor perlu terus meneroka serta membongkar peluang pertumbuhan baharu dalam pelbagai sektor, termasuklah sektor hartanah dan perumahan.

Ini bagi memastikan pertumbuhan pesat ini dapat disokong dengan pelbagai kemudahan sekaligus memastikannya dapat berlaku dengan terancang dan mapan.

Malah inilah juga yang telah dilakukan oleh Tun Mahathir semasa memimpin Malaysia suatu waktu dulu. Tun Mahathir melawat i ke seanterio dunia, meyakinkan pelabur asing untuk melabur di Malaysia dalam pelbagai bidang dan projek.

Jadi apa yang kami lakukan di Johor adalah meneruskan formula pertumbuhan yang ditunjukkan oleh Tun Mahathir sendiri.

Pada masa yang sama, dasar kemasukan pelaburan terus asing kita tidak pernah bersifat selektif. Tidak ada ada negara yang menjadi keutamaan. Mana-mana pelaburan yang boleh menyumbang kepada pembangunan Malaysia amatlah dialu-alukan, termasuklah dari China.

Suka saya menjelaskan kenapa pelaburan dari China sangat terlihat di Johor.
Pertama ialah kerana China adalah kuasa ekonomi kedua terbesar dunia. Malah dalam sedikit masa lagi, ia akan menjadi kuasa ekonomi utama global.

Maka, adalah munasabah bila pelaburan China di Malaysia dilihat terserlah. Malah pergilah ke mana jua, termasuk di Afrika dan Latin Amerika, pelaburan dari Chinalah yang telah menjadikan ekonomi mereka tumbuh dengan dinamik.

Kedua, China mempunyai kelas menengah seramai 250 juta orang. Ini adalah jumlah kelas menegah yang terbesar di dunia, malah hampir menyamai jumlah penduduk Amerika.

Peningkatan secara sangat mendadak semenjak 10 tahun lepas telah mewujudkan keinginan dan minat yang tinggi di kalangan rakyat China untuk mempelbagaikan pelaburan mereka di luar negara China.

Malah rakyat China adalah pelabur dalam hartanah yang paling besar di Australia, Singapura, Portugal, Paris, California, Dubai, Abu Dhabi dan pelbagai lagi kota raya terbesar di dunia.

Ini adalah fenomena global dan adalah wajar untuk pelbagai usaha dilakukan oleh pelbagai pihak, lebih-lebih lagi pihak swasta untuk menarik pelaburan dari negara China, khususnya ke negeri Johor. Terutama sekali bila Johor hanyalah bersebelahan dengan Singapura.

Tetapi adalah juga sangat tersasar untuk menyatakan hartanah di Johor hanya untuk pelabur dari China. Sedangkan semua pemaju yang beroperasi di Johor tidak menetapkan rakyat China sahaja sebagai sasaran.

Malah strategi pemasaran mereka sangat bersifat global, termasuk pengiklanan melalui stesen penyiaran paling berpengaruh dunia, CNN. Sasaran mereka pastinya turut mengambil kira potensi pelaburan dari pelbagai kewarganeraan, terutama sekali Indonesia, India, Korea, Jepun dan Australia.

Pada saya, telahan Tun Mahathir dalam isu ini, tidak ubah seperti kecaman tidak berasas yang sering dilakukan oleh DAP dan Singapura ke atas Johor. Semuanya kelihatan seakan tidak senang untuk melihat kejayaan dan kemajuan yang sedang diusahakan oleh seluruh warga Johor.

Dasar ‘Malaysia My Second Home Program’

Malaysia juga memperkenalkan program Malaysia MySecond Home yang menggalakkan kedatangan warga asing untuk bercuti, bekerja atau menetap di sini.

Dasar ini turut menganjurkan pemilikan hartanah oleh warga asing mengikut kadar dan syarat-syarat ketat tertentu yang telah ditetapkan dan disemak dari semasa ke semasa.

Hasratnya ialah menjadikan Malaysia itu lebih kosmopolitan, kerana ia berupaya menawarkan kualiti kehidupan yang setanding dengan negara maju, tetapi dengan kelainan yang unik.

Malah, dasar ini sudah diperkenalkan sejak era pentabiran Tun Mahathir sendiri. Dan ia kini hanya diteruskan oleh pentadbira semasa negara.

Jadi, apa yang berlaku di Johor adalah sebahagian dari realisasi dasar ini. Kita mahu menjadikan Johor Bahru, destinasi kediaman dengan citra moden bagi masyarat global.

Bukan destinasi untuk mendapat kewarganegaraan ataupun kelayakan untuk mengundi!

Lihat sahaja ratusan ribu pemilik hartanah di Abu Dhabi, Dubai, Doha, Singapura, Bangkok, Melborune, Sydney. Mereka hadir dengan memberi nilai tambah kepada semua kota-kota besar tersebut.

Mereka menjadikan kota-kota tersebut maju dan berdaya saing, bukan sahaja melalui pelaburan mereka, tetapi melalui kehadiran mereka, dengan pengetahuan mereka, dengan gaya hidup mereka, dengan keperluan pendidikan dan kesihatan mereka.

Johor Bahru mesti menjadi sebahagian dari cerita kejayaan global ini. Dan ia tidak akan sekali-kali digagalkan oleh rakusnya permainan politik Tun Mahathir dan rakan sekutunya.

Untuk Tun Mahathir, berilah ruang untuk Johor menjayakan cita-cita menjadikan selatan Malaysia ini moden, sejahtera dan maju. Seperti mana kami memberi ruang, suatu ketika dulu, untuk Tun menjadikan Malaysia ini, sebuah negara yang berjaya.

Mohamed Khaled Nordin

Video Penuh Edisi Khas Soal Jawab Bersama @NajibRazak Sempena #PAU2016


Thursday, December 8, 2016

Video Pengakuan DAP Mahu Perkudakan Mahathir


Dengar Baik Baik Bagaimana DAP Mahu Screw Melayu


Perlembagaan DAP Menceritakan Apa Agenda Sebenar DAP


Mahu terus berjuang untuk apa? DAP selama ini berjuang untuk apa dan untuk mendapatkan apa? Ini persoalan yang harus ditanya. Mahathir hanyalah alat baru DAP untuk meneruskan agenda mereka. Jika mahu tahu perjuangan sebenar DAP, kena tahu apa yang ada dalam Perlembagaan parti DAP.

Ini adalah perlembagaan Parti Tindakan Demokratik atau DAP. Berikut adalah matlamat matlamat yang tertulis dalam perlembagaan DAP. Apa maksudnya mahu "memulihkan" Perlembagaan Malaysia kepada "rangka kerja sekular"? 

Apakah itu bermakna DAP mahu meminda 188 Perkara yang sudah tertulis dan termaktub dalam perlembagaan sekarang agar lebih sekular?  

Dalam matlamat keempat DAP, tertulis mahu iktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi mereka. DAP tidak menulis mengiktiraf Islam sebagai Agama bagi Persekutuan dalam Perlembagaan mereka. 

Ini perkara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sekarang : 
 
"Perkara 3. Agama bagi Persekutuan
(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan."

Atas maksud hak asasi, DAP seolah olah mahu kebebasan agama secara mutlak dan lihat juga ayat "undang undang yang menindas dan akta yang berunsur diskrminasi". Apa maksud tersirat "menindas dan diskriminasi" itu? Sudah pastinya, inilah agenda tersirat DAP. 

Perlembagaan DAP ini sudah jelas menceritakan secara tersirat apa niat dan kehendak DAP yang sebenar. Amat merbahaya bekerjasama dengan parti yang berselindung di sebalik nama demokratik tetapi mahu mencapai matlamat menggunakan cara anarki iaitu menerusi demonstrasi jalanan dalam BERSIH 5. 

DAP ada agenda lain. Tidak boleh membiarkan parti DAP menjadi begitu monopoli dan dominan sebagaimana yang berlaku di Penang. Sekarang DAP sedang mempergunakan Mahathir untuk mendapatkan undi orang Melayu. 

Berhati hatilah bangsaku, DAP penuh tipu muslihat. Lihat pada perlembagaan mereka ini, di sini sudah tertulis apa agenda besar mereka. Mahathir pun tidak mampu mengubah dan meminda perlembagaan DAP ini. Usah sesekali percaya pada DAP


Tuesday, December 6, 2016

Ramai Pemimpin DAP Tidak Tahu Berbahasa Kebangsaan


Apa ertinya menjadi warganegara Malaysia jika tidak tahu berbahasa kebangsaan? Di beberapa negara lain jika tidak tahu berbahasa kebangsaan negara tersebut maka seseorang itu mungkin tidak layak diberi keistimewaan menjadi warganegara. 

DAP patut buka kelas berbahasa kebangsaan bukan beli alat terjemah bahasa. Lagu DAP sudah dipuji oleh Mahathir. Alangkah baik kalau DAP ajak semua ahli ahli PPBM mengajar DAP berbahasa Melayu.

Tidak ada guna kalau lagu sahaja berbahasa Melayu tetapi ahli ahli DAP dan pemimpinnya tidak pandai bercakap dan faham bahasa Melayu. Lagu itu hanyalah alat propaganda semata mata. Lagu itu hanyalah alat untuk dapat undi sahaja.

Kalau sekadar beli alat terjemah, itu sesuatu yang memalukan. Bagaimana ahli ahli parlimen DAP hendak bercakap dalam Dewan Rakyat? Bahasa kebangsaan harus diucap dalam Dewan Rakyat bukan menggunakan alat terjemah bahasa.

Bukan sekadar tidak boleh bercakap, malah tidak faham bahasa kebangsaan. Ini sesuatu yang serius untuk seseorang yang bergelar warganegara Malaysia. Bahasa adalah jambatan perpaduan. 

Ini buktinya DAP tidak berminat untuk belajar bahasa kebangsaan. Tidak minat untuk bercakap dan bertutur bahasa kebangsaan. Memalukan sungguh. Tidak layak seseorang itu menjadi ahli dewan rakyat jika tidak tahu bahasa kebangsaan. 

Parlimen harus tidak membenarkan mereka yang tidak tahu bercakap dalam bahasa kebangsaan menjadi ahli parlimen. Undang undang dan syarat kelayakan menjadi calon parlimen harus dipinda.  Apa guna jadi rakyat Malaysia, kalau tidak boleh bercakap bahasa kebangsaan.

#PAU2016 : Malaysia Tegas Mengenai Isu Rohingya

Monday, December 5, 2016

Video Penuh Ucapan Dato Seri Najib, Himpunan Selamatkan Rohingnya Di Stadium Titiwangsa

Demi Umat Islam, UMNO & PAS Bersatu Atas Satu Pentas


Dato Seri Najib dan Hadi Awang bersama sama atas satu platform demi umat Islam di Myanmar di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, 4 Disember 2016. Pada hari yang sama, Tun Mahathir datang untuk bersama sama dalam konvensyen DAP di IDCC, Shah Alam. 

Di pentas stadium Titiwangsa, nasib umat Islam dibela dan dipertahankan. Di IDCC Shah Alam, Mahathir merelakan dirinya dipergunakan oleh DAP. Lebih teruk lagi Tun Mahathir telah mempersenda Nabi Muhammad SAW dalam  konvensyen DAP itu bila mengatakan zaman Nabi Muhammad SAW dulu tiada RM2.6 billion dan 1MDB. 

Kenyataan Tun Mahathir itu adalah tidak wajar sama sekali. Mengapa perlu buat perumpamaan seperti itu? Untuk apa? Malah ketika Tun M berkata begitu, perwakilan DAP semua dilihat gelak ketawa. Tun M sudah terlalu lebih. Memuji DAP dan menyatakan pandangannya terhadap DAP dulu adalah silap adalah satu tindakan yang amat memalukan sekali. 

Lihat gambar di bawah ini, Tun M sudah jadi hamba pada DAP. Biarkan DAP gunakan dirinya untuk dapatkan undi Melayu. Malu sungguh. 



Sunday, December 4, 2016

Saturday, December 3, 2016

Thursday, December 1, 2016