>

Monday, July 25, 2016

Tun Mahathir Sanggup Minta Campur Tangan Asing Untuk Jatuhkan Kerajaan


 

"Kekacauan yang berlaku ini bagi peluang pada negara asing untuk masuk ke sini" kata Tun Mahathir dalam satu sidang akhbar pada tahun 2012 membidas himpunan Bersih yang dianjurkan oleh Ambiga. 

Itu dulu, sekarang sudah jadi lain. Tun Mahathir sendiri telah bercakap pada akhbar Australia, The Weekend Australia pada 9 April 2016 seperti berikut :

"Kebiasaanya saya tidak suka campur tangan asing dalam urusan Malaysia tetapi saluran untuk kami membetulkan keadaan telah ditutup sepenuhnya. Jadi sekarang kita kena beri laluan kepada campur tangan asing dalam urusan domestik kita" kata Tun Mahathir (rujuk sini

Apakah apa yang difailkan oleh Department Of Justice pada 21 Julai 2016 juga ada kaitan dengan seruan Mahathir untuk minta campur tangan asing? Siapa sumber DOJ ambil untuk failkan siasatan tersebut?. Harus diingat, apa yang DOJ sebut itu masih lagi dalam keraguan, masih lagi belum dibuktikan dan masih lagi dalam siasatan. 

Ianya berbeza sama sekali dengan kes banglo Guan Eng yang mana SPRM sudah pun mendakwa dan membebaskan Guan Eng dengan ikat jamin. Mengapa Tun Mahathir diam dalam isu Ketua Menteri DAP ini?

 
“Kebiasaannya saya tidak suka campur tangan asing dalam urusan Malaysia tetapi saluran untuk kami membetulkan keadaan telah ditutup sepenuhnya.
“Jadi sekarang kita kena beri laluan kepada campur tangan ­asing dalam urusan domestik kita. Jika ia sah, ya. Jika mereka ada maklumat, mereka mesti memberikan maklumat dan jika ada penggubahan wang haram, jika kerana membabitkan Najib, itu tidak bermakna mereka mesti menangguhkan undang-undang itu,” katanya kepada The Weekend Australian.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/dr-mahathir-minta-campur-tangan-asing-1.231207#sthash.QmJ0gS60.dpuf
“Kebiasaannya saya tidak suka campur tangan asing dalam urusan Malaysia tetapi saluran untuk kami membetulkan keadaan telah ditutup sepenuhnya.
“Jadi sekarang kita kena beri laluan kepada campur tangan ­asing dalam urusan domestik kita. Jika ia sah, ya. Jika mereka ada maklumat, mereka mesti memberikan maklumat dan jika ada penggubahan wang haram, jika kerana membabitkan Najib, itu tidak bermakna mereka mesti menangguhkan undang-undang itu,” katanya kepada The Weekend Australian.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/dr-mahathir-minta-campur-tangan-asing-1.231207#sthash.QmJ0gS60.dpuf
Tun Mahathir wajib malu dengan PAS dalam soal campur tangan asing. PAS konsisten tolak campur tangan asing. PAS masih percaya hanya sistem demokrasi sebagai satu cara untuk peralihan kerajaan bukan menerusi campur tangan asing. 

Selama 22 tahun, Tun Mahathir mengajar agar rakyat tolak campur tangan asing dan tolak demo jalanan, tetapi kini Tun Mahathir lupa apa yang dipesannya itu. 

Institusi kerajaan, kelangsungan perjuangan parti dan sistem yang sedia ada perlu diteruskan demi kemakmuran rakyat dan negara. Tidak boleh menjadikan sentimen peribadi Tun Mahathir untuk menghalalkan semuanya. 

Orang Melayu kena bersatu mempertahankan kerajaan yang sedia ada, yang sah dipilih menerusi undang undang negara. 

Friday, July 22, 2016

Penjelasan Peguam Negara Berkaitan Dakwaan DOJ


Rakyat Malaysia cepat sangat menjadi pakar. Bila musim bola, jadi pakar bola. Bila kapal terbang hilang, semua jadi pakar kapal terbang. Bila musim hujan, semua jadi pakar cuaca. 

Pantang ada kes, semuanya hendak diulas dan diolah dalam Facebook dan Whatsapp. Ada kalanya pengulas  ijazahnya berlainan bidang dengan subjek yang diulasnya. 

Biarlah yang pakar dan memahami mengulas sesuatu isu. Masyarakat boleh jadi tunggang terbalik kalau semua orang jadi pakar mengulas. 

Hanya sedap di bibir tetapi hakikatnya belum tentu betul. Dalam kes dakwaan oleh Department Of Justice ini, rakyat Malaysia perlulah mendengar penjelasan daripada yang pakar. Peguam Negara telah berikan kenyataan. 

Usah jadi macam ramalan MOF hendak bankrup pada 11 Julai 2016 yang lepas. Akhirnya, cerita pendakwaan di LCIA itu juga pun satu cerita tidak tepat. 

Oleh itu, jangan cepat melatah. Mainkanlah peranan sebagai rakyat Malaysia. Banyak lagi perkara yang boleh dilakukan untuk kebaikan rakyat Malaysia secara bersama daripada bergosip dalam bidang yang bukan kepakaran kita.

Wednesday, July 20, 2016

"Snap Poll" Hanya Gimik Tutup Isu Guan Eng


Sebenarnya Pakatan Harapan yang dikatakan satu pakatan itu bukanlah pakatan. Mereka tiada kata sepakat. 19 Julai 2016, Lim Guan Eng tidak hadir untuk memberi taklimat dalam mesyuarat Biro Politik PKR. 

Sedangkan menurut Laporan The Star pada 19 Julai 2016, Lim Guan Eng akan hadir untuk memberi penerangan kepada rakan sekutunya PKR dalam mesyuarat tersebut. Bila tidak hadir, ianya menampakkan DAP dan PKR sudah lagi tidak berpakat. 

Jika ada pilihan raya sekali pun, mereka akan bergaduh awal mengenai pembahagian kerusi dan kawasan. Siapa yang hendak bertanding dan parti mana hendak bertanding? Itu belum ambil kira lagi soal PAN dan PAS. 

Itu belum lagi diambil kira wakil parti pembangkang baharu pimpinan Mahathir, apakah mereka tidak mahu bertanding di Penang?

Sudah dua penggal rakyat Pulau Pinang kerugian di bawah kerajaan DAP. Tidak mendapat apa yang diharap dan dijanji dalam manifesto. Rakyat Pulau Pinang yang perlu lakukan perubahan. 

Usah terpedaya dengan taktik "diversion issue" rasuah Guan Eng ini. "Snap Poll hanyalah gimik politik sahaja.  Semuanya untuk menutup dan meredakan cerita kes rasuah Guan Eng.

Bloomberg Iktiraf Guan Eng Didakwa Kes Rasuah


Pada 20 Julai 2016, akhbar Bloomberg telah menulis ayat "Lim Guan Eng was charged last month with graft and abuse of power over property deals". 

Ini bermakna Bloomberg sendiri percaya Guan Eng terlibat dalam kes rasuah dan bukannya kes bermotifkan politik sebagaimana yang cuba didendangkan oleh DAP. 

Kalau berita Bloomberg ini tidak benar, mengapa tidak saman sahaja akhbar tersebut? Bloomberg jelas jelas sebut nama Guan Eng sebagai pesalah yang telah didakwa. 
 
DAP masih lagi tidak mahu menerima kenyataan ini. Orang Pulau Pinang sendiri perlu bertindak menentukan nasib mereka bukan lagi menentukan kesinambungan legasi Guan Eng di Penang. 

Apa yang Guan Eng dan Kit Siang mahu adalah legasi mereka dijamin menerusi "snap poll" sebelum Guan Eng didakwa. Apakah itu sesuatu yang demokratik dan adil buat rakyat Pulau Pinang? 

Kerana kes rasuah seorang, seluruh negeri terpaksa berbelanja besar untuk pilihanraya kecil. Lebih baik wang itu digunakan untuk membina lebih banyak rumah rakyat di Penang.