>

Thursday, March 31, 2016

Bukti Taman Manggis Adalah Tapak Untuk Perumahan Rakyat


Surat pada 10 Mac 2009 ini jelas membuktikan bahawa Lot 314 dan 305 di Taman Manggis adalah sebahagian daripada tapak untuk Projek Perumahan Rakyat. 

Di sebelah tapak itu adalah pangsapuri PPR yang sudah pun didiami oleh rakyat. 

Mengapa perlu bina hotel mewah di sebelah pangsapuri milik rakyat? Bukankah itu nampak agak kontradik sekali?  

Surat kedua ini lebih jelas menyatakan bahawa tapak kosong itu adalah tapak untuk rumah PPR. Sila lihat frasa "baki tapak dicadangkan pembangunan masa hadapan" pada perenggan tiga.


 18 blok bangunan PPR yang sudah disiapkan pada 2004 (gambar bawah).   Dalam keadaan 28 buah kampung rakyat Pulau Pinang telah dilenyapkan untuk tujuan pembangunan oleh kerajaan DAP Penang, DAP boleh lagi bina hotel mewah di sebelah rumah PPR? 

Sewajarnya yang diutamakan adalah rumah rakyat, bukan hotel. Inilah dia kerajaan DAP yang dipilih dahulu oleh pengundi Pulau Pinang. 

Bila sudah jadi begini, siapa yang hendak dipersalahkan? Undilah mereka lagi selama dua penggal. Inilah balasan yang mereka beri. Masih tidak serik hendak undi pembangkang?


Tuesday, March 29, 2016

Siapakah Sebenarnya Miss Phang? Mengapa Hanya Kenal Pada 2008?


Alasan Skandal Banglo Guan Eng : Dulu Anai-Anai, Semut Api dan Musang, Kini Swimming Pool, Minum Kopi & Feng Shui



Bila Teresa Kok beri alasan Guan Eng beli harga rumah murah kerana Feng Shui tidak baik maka kita lihat kembali isu rumah Guan Eng ini kira kira 7 tahun yang lalu.

Persoalannya, kenapa Guan Eng tidak duduk di banglo yang disediakan untuk Ketua Menteri?

Dalam artikel di bawah ini, pada masa itu Guan Eng beri alasan : 
1) semut api
2) anai anai
3) musang

Tiga binatang ini katanya ada di kediaman rasmi maka Guan Eng pindahlah ke banglo milik Miss Phang. Jika lihat balik artikel di bawah, Guan Eng berkata banglo itu akan diduduki kembali oleh Miss Phang. Sekarang apa sudah jadi? Siapa yang duduk selepas itu?

Sekarang apa pula alasan yang diberi oleh Guan Eng?
1) Saya tidak tahu nilai hartanah
2) Feng Shui tidak baik
3) Tiada swimming pool
4) Ajak wartawan masuk tengok rumah
5) Ajak minum kopi
6) Tuduh orang lain sebagai salah

Kalau 7 tahun dulu Guan Eng jadikan semut api, anai anai dan musang sebagai alasan kini datang pula alasan lain. Persoalannya apa sudah jadi pada kediaman rasmi yang sedang dibaiki oleh JKR itu? 

Masih ada masalah semut api, anai anai dan musang selepas 7 tahun dibaiki? 

Berapa kos pembaikan rumah kediaman rasmi tersebut? Jika sudah dibaiki mengapa tidak digunakan? Perkara perkara ini perlu dijelaskan kepada rakyat Pulau Pinang.
 

"Pada 3 Julai 2009, Guan Eng berpindah dari Seri Teratai ke sebuah banglo mewah di Jalan Pinhorn atas alasan mempunyai banyak semut api, anai-anai dan musang.
Pemindahan itu dilakukan dengan dengan alasan memberi laluan kepada pembaikan besar dan rawatan anai-anai oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

 Sebelum ini, sebuah akhbar mendakwa kediaman baru itu hanya sebuah banglo biasa namun selepas proses pengubahsuaian, ia menjadi kediaman mewah.
Bagaimanapun, Guan Eng menafikannya dengan mendakwa kos pembaikan dan pengubahsuaian rumah sewa itu ditanggung oleh pemiliknya.

Memandangkan pemiliknya ingin menduduki rumah itu suatu masa nanti, Guan Eng bersetuju tidak mendedahkan butiran lanjut ini kerana ia melibatkan hak peribadi pemiliknya.

Mempertahankan tindakannya, Guan Eng berkata beliau tidak membelanjakan wang awam sebaliknya hanya menggunakan elaun perumahan yang diperuntukkan kepadanya mengikut undang-undang, seperti pernah dinikmati Tan Sri Dr Koh Tsu Koon sebelum itu". (sumber)

Saturday, March 26, 2016

Friday, March 25, 2016

Diskan Rumah Bumiputera Hendak Mansuh, Diskaun Banglo Ketua Menteri DAP Boleh Pula


Video Dokumen Taman Manggis Ini Amat Menakutkan Guan Eng


Karier Guan Eng Sebagai Ketua Menteri Tamat Dalam Mesyuarat DAP Malam Ini?


  
  
Apakah Karier Guan Eng bakal ditamatkan dalam mesyuarat tergempar DAP malam ini? Apakah ada calon lain yang akan digantikan sebagai Ketua Menteri DAP Pulau Pinang? Nampaknya Guan Eng sudah semakin buntu menjawab. 

Tindakan gelojohnya menjawab isu ini dengan memberikan contoh hadiah perkahwinan, ajak minum kopi, ajak wartawan masuk rumah, sifatkan rumah itu sebagai berhantu, menjawab tidak tahu, tidak tahu nilai hartanah dan tiada swimming pool akhirnya menjerat diri sendiri. 

Apa sebabnya Guan Eng bersifat sedemikian?

Semua ini ada puncanya. Iaitu sikap gelojoh para penyampai media LGE khususnya dari pasukan Buletin Mutiara. Memandangkan latar belakang Salah seorang pekerja Buletin Mutiara bernama Zainulfaqar Yaakob bawah LGE adalah PAS ( Kini PAN) 

Skandal Banglo : Video Ini Jelas Lihat Sikap Sebenar Guan Eng


Berani kerana benar, takut kerana salah.

Tuesday, March 22, 2016

Exco Tanah Tidak Tahu Nilai Harga Hartanah? Realiti Atau Auta?



Nampak sangat alasan itu telah memakan diri sendiri. Rakyat sedang menilai, satu persatu helah, dalih dan alasan yang kurang cerdik dari pemimpin pemimpin DAP. Mahu pilih DAP lagi?

Guan Eng Kantoi Lagi Dalam Hal Tanah Taman Manggis

Monday, March 21, 2016

Bukan Dengan Cara Minum Kopi, Bila Guan Eng Mahu Menjawab Skandal Banglo Dalam Parlimen?



Khabarnya Guan Eng seminggu ke luar negara. Bila Guan Eng hendak jawab video ini dalam parlimen?. 

Gimik jawapan hadian perkahwinan, tiada "swimming pool", ajak buat lawatan di rumah dan ajak minum kopi bukannya cara menjawab soalan yang ditanya. 

Rakyat sedang menilai. Jika ikan mahu hidup dalam air, usah anggap air seolah tidak tahu apa sebenarnya perangai ikan. 

Lama lama, bila air itu tidak akan menerima ikan yang suka menipu. Sepandai pandai ikan melompat akhirnya tersekat juga di air deras.

Sunday, March 20, 2016

Friday, March 18, 2016

Friday, March 11, 2016

Sudah Tersongsang Jauh Bila Pejuang LGBT Dianggap Sebagai Heroin


Amat memalukan buat seorang mahasiswa Islam mengangkat seorang yang mendukung pluralisme, pembela kes murtad, penentang mahkamah syariah dan penganjur kebebasan seks sebagai seorang heroin.  

Sudah terlupa siapa Ambiga? Atau sengaja mahu bersekutu dengan Ambiga semata semata untuk menjatuhkan kerajaan Islam yang sedia ada.
 

Lunyai Rafizi Kena Balun Di Parlimen


Thursday, March 10, 2016

Wednesday, March 9, 2016

Dendam Anwar Terbalas, Wan Azizah Kenakan Mahathir Dalam Deklarasi Mahathir


Apakah Tun Mahathir tidak membaca habis isi isi Deklarasi tersebut? Mengapa turunkan tandatangan dan bersetuju untuk agenda membebaskan Anwar Ibrahim dalam deklarasi itu?

Nilai Ringgit Semakin Mengukuh


Syed Saddiq Kalah Debat Di Facebook




Seorang bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) kepada syarikat minyak dan gas, Azmi Arshad yang dikenali di laman sosial Facebook antara yang sering mempertahankan kerajaan dan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan fakta serta rujukan kepada sumber sahih, menarik perhatian netizen apabila turut berdebat dengan seorang remaja, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dikenali sebagai juara debat Asia di laman sosial Facebook.

Dengan jawapan dan persoalan berbelit-belit, remaja yang dipercayai masih lagi belum bekerja dan tinggal bersama ibunya, gagal menghamparkan bukti sokongan kepada dakwaannya.

Berikut adalah terjemahan perdebatan itu yang dilakukan dalam Bahasa Inggeris ;
Oleh Azmi Arshad
Saudara Syed Saddiq:

Anda telah menerima cabaran saya untuk berdebat mengenai 1MDB (dan sepatutnya kemudian nanti mengenai Tabung Haji) tetapi rantaian debat yang diwujudkan hanya menerima jawapan senyap daripada saudara.
Saya tahu anda boleh mengambil seberapa lama masa anda untuk menjawab tetapi anda tidak mempersoalkan biar satupun daripada 11 tuduhan yang saya senaraikan. Saya telah memberi peluang kepada saudara untuk menyatakan sama ada anda bersetuju atau sebaliknya terhadap tuduhan tersebut dan pertikaian saudara boleh datang kemudian.

Saya juga memberi ruang kepada saudara untuk mengubah, memadam atau menambah kepada tuduhan itu. Namun tiada di rantaian debat itu.

Apapaun, sementara menanti anda, saya berfikir lebih baik saya menjawab ‘persoalan dan kebimbangan’ yang secara ketara adalah bagi melencong daripada tuduhan yang saya sudah senaraikan. Melencong pun melenconglah.

Saya harus katakan ia adalah persoalan yang penat untuk dijawab kerana apa yang jelas, anda hanya menembak membuta-tuli dan berpaut pada dahan tuduhan yang rapuh serta gagal membuktikannya.

Selepas ini saya harap saudara dapat memperjelaskan kedudukan saudara pada setiap tuduhan dan mempertikaikannya bersandarkan kepada fakta, logik dan akal.

Saya harap tiada lagi taktik melengahkan daripada saudara. Hormati masyarakat yang mahu anda benar-benar berdebat.

Baca lanjut di sini.


Tuesday, March 8, 2016

Oksigen DAP Adalah Perpecahan Orang Melayu



DAP tetap dengan matlamatnya. Tidak pernah bertukar dan tidak mahu pun menukar prinsipnya itu. Yang bertukar prinsip adalah seorang bekas Presiden UMNO, beliau memberi oksigen untuk DAP bernafas bagi hadapi PRU14. 

Seronok DAP. Malah Wan Azizah juga memperlekehkan bekas Presiden UMNO itu dengan kenyataan bahawa beliau yang perlukan pembangkang bukan pembangkang perlukan beliau. 

Apakah ini belum cukup lagi untuk menyedarkan kalangan penyokong totok bahawa perjuangan parti adalah penting daripada perjuangan individu? 

Jika orang Melayu bersatu, maka DAP sudah tentu merasa bermasalah untuk mengekalkan kemenangan 38 kerusi parlimen atau menambah kerusi parlimen baru dalam PRU14. 

DAP hanya mahu gunakan orang Melayu untuk undi. Mereka sudah gunakan seorang orang Melayu di Perak untuk jadi Menteri Besar, gunakan wanita Melayu muda di Perak untuk jadi calon dan kini gunakan bekas Presiden UMNO untuk serang UMNO sendiri. 

Apakah itu masih lagi belum memberi gambaran jelas kepada mereka yang totok dan keliru?


Wan Azizah Sifatkan Tun Mahathir Sebagai Lemah

Monday, March 7, 2016

Tun Mahathir Gadai Prinsip Bila Kerjasama Dengan DAP

DAP tidak pernah gadai prinsipnya. DAP tetap sama, matlamatnya masih sama. Lihatlah apa yang telah DAP kerjakan di Pulau Pinang terhadap PAS dan PKR, penggal yang pertama PAS kena, penggal seterusnya PKR pula kena. DAP tetap DAP. 

Jika seorang bekas Presiden UMNO bertindak keluar parti untuk bekerjasama dengan DAP membuat deklarasi untuk jatuhkan pemimpin itu adalah satu tindakan yang amat memalukan sama sekali. DAP tetap DAP. Mereka akan terus dengan agenda mereka. 

Cuba Tun Mahathir tanya DAP, apakah mereka mahu mengorbankan prinsip mereka terhadap negara Islam? Jika jawapannya tidak, bermakna DAP masih begitu juga. Yang berubah adalah Mahathir. 

Oleh kerana itu, kenapa Tun M tidak menyerang dan menghentam DAP dalam isu RM1.2 billion dana dari Israel. Bukankah perkara itu lebih besar ancaman dan bahayanya terhadap umat Islam negara ini.

Mahathir sanggup membiarkan dirinya diperkuda DAP untuk membolehkan pakatan itu tawan Putrajaya? 

Bila DAP Hendak Saman Razali Isu Dana Israel?

Saturday, March 5, 2016

Tuesday, March 1, 2016