Tuesday, December 6, 2016

Ramai Pemimpin DAP Tidak Tahu Berbahasa Kebangsaan


Apa ertinya menjadi warganegara Malaysia jika tidak tahu berbahasa kebangsaan? Di beberapa negara lain jika tidak tahu berbahasa kebangsaan negara tersebut maka seseorang itu mungkin tidak layak diberi keistimewaan menjadi warganegara. 

DAP patut buka kelas berbahasa kebangsaan bukan beli alat terjemah bahasa. Lagu DAP sudah dipuji oleh Mahathir. Alangkah baik kalau DAP ajak semua ahli ahli PPBM mengajar DAP berbahasa Melayu.

Tidak ada guna kalau lagu sahaja berbahasa Melayu tetapi ahli ahli DAP dan pemimpinnya tidak pandai bercakap dan faham bahasa Melayu. Lagu itu hanyalah alat propaganda semata mata. Lagu itu hanyalah alat untuk dapat undi sahaja.

Kalau sekadar beli alat terjemah, itu sesuatu yang memalukan. Bagaimana ahli ahli parlimen DAP hendak bercakap dalam Dewan Rakyat? Bahasa kebangsaan harus diucap dalam Dewan Rakyat bukan menggunakan alat terjemah bahasa.

Bukan sekadar tidak boleh bercakap, malah tidak faham bahasa kebangsaan. Ini sesuatu yang serius untuk seseorang yang bergelar warganegara Malaysia. Bahasa adalah jambatan perpaduan. 

Ini buktinya DAP tidak berminat untuk belajar bahasa kebangsaan. Tidak minat untuk bercakap dan bertutur bahasa kebangsaan. Memalukan sungguh. Tidak layak seseorang itu menjadi ahli dewan rakyat jika tidak tahu bahasa kebangsaan. 

Parlimen harus tidak membenarkan mereka yang tidak tahu bercakap dalam bahasa kebangsaan menjadi ahli parlimen. Undang undang dan syarat kelayakan menjadi calon parlimen harus dipinda.  Apa guna jadi rakyat Malaysia, kalau tidak boleh bercakap bahasa kebangsaan.

No comments: