Thursday, December 8, 2016

Perlembagaan DAP Menceritakan Apa Agenda Sebenar DAP


Mahu terus berjuang untuk apa? DAP selama ini berjuang untuk apa dan untuk mendapatkan apa? Ini persoalan yang harus ditanya. Mahathir hanyalah alat baru DAP untuk meneruskan agenda mereka. Jika mahu tahu perjuangan sebenar DAP, kena tahu apa yang ada dalam Perlembagaan parti DAP.

Ini adalah perlembagaan Parti Tindakan Demokratik atau DAP. Berikut adalah matlamat matlamat yang tertulis dalam perlembagaan DAP. Apa maksudnya mahu "memulihkan" Perlembagaan Malaysia kepada "rangka kerja sekular"? 

Apakah itu bermakna DAP mahu meminda 188 Perkara yang sudah tertulis dan termaktub dalam perlembagaan sekarang agar lebih sekular?  

Dalam matlamat keempat DAP, tertulis mahu iktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi mereka. DAP tidak menulis mengiktiraf Islam sebagai Agama bagi Persekutuan dalam Perlembagaan mereka. 

Ini perkara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sekarang : 
 
"Perkara 3. Agama bagi Persekutuan
(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan."

Atas maksud hak asasi, DAP seolah olah mahu kebebasan agama secara mutlak dan lihat juga ayat "undang undang yang menindas dan akta yang berunsur diskrminasi". Apa maksud tersirat "menindas dan diskriminasi" itu? Sudah pastinya, inilah agenda tersirat DAP. 

Perlembagaan DAP ini sudah jelas menceritakan secara tersirat apa niat dan kehendak DAP yang sebenar. Amat merbahaya bekerjasama dengan parti yang berselindung di sebalik nama demokratik tetapi mahu mencapai matlamat menggunakan cara anarki iaitu menerusi demonstrasi jalanan dalam BERSIH 5. 

DAP ada agenda lain. Tidak boleh membiarkan parti DAP menjadi begitu monopoli dan dominan sebagaimana yang berlaku di Penang. Sekarang DAP sedang mempergunakan Mahathir untuk mendapatkan undi orang Melayu. 

Berhati hatilah bangsaku, DAP penuh tipu muslihat. Lihat pada perlembagaan mereka ini, di sini sudah tertulis apa agenda besar mereka. Mahathir pun tidak mampu mengubah dan meminda perlembagaan DAP ini. Usah sesekali percaya pada DAP


No comments: