>

Thursday, October 27, 2016

Murysidul Am PAS Ulas Hubungan PAS Dengan UMNO



PAS bersama dengan UMNO dalam perkara kebajikan dan syariat Islam, ini penjelasan Mursyidul Am PAS

Video Ini Punca Ahli Parlimen Pembangkang Keluar Dewan



Tidak sebut pun nama sesiapa, sampai keluar dewan terus buktikan mereka terasa pedasnya. "Sampai ke mahkamah dia cari orang yang pernah dia benci" kata Dato Seri Najib. 

Wednesday, October 26, 2016

Tiada Fakta Baru Yang Husni Sebut Dalam Parlimen

Harga Minyak Masak Kekal Tidak Berubah

Lim Lip Eng, Ahli Parlimen DAP Biadap Di Parlimen



Tengoklah bagaimana biadapnya Lim Lip Eng dalam parlimen. Orang macam ini tidak layak diundi lagi masuk sebagai ahli parlimen oleh rakyat Malaysia. Bukan masuk parlimen hendak memperjuang isu rakyat, tetapi berkelakuan biadap dan kurang ajar. 

Thursday, October 20, 2016

DAP Tiada "Locus Stand" Untuk Arah UM

"Adalah jelas bahawa tindakan dan keputusan Universiti Malaya ini adalah dipengaruhi dengan interpretasi politik yang memihak kepada pihak pemerintah.

"Perhimpunan Tangkap MO1 telah disempurnakan dengan aman dan damai, tanpa melibatkan sebarang perkara negatif," ini ayat yang dikeluarkan oleh Wong Kah Woh, Ketua Pemuda DAP pada 19 Oktober 2016. 

Apa kuasa dan hak Wong Kah Woh cakap begitu? Beliau bercakap atas kapasiti Pemuda DAP dan "arahan" yang dibuat itu sebenarnya tidak laku pun di sisi undang undang.  Tiada "locus standi" untuk bercakap begitu. 

Amat memalukan Universiti Malaya yang dahulunya dikuasai oleh kumpulan pro islamik dari pembangkang kini sudah menjadi kubu puak puak DAP. Lebih teruk lagi pelajar pembangkang Melayu ini mendapatkan bantuan DAP untuk mencampuri urusan pelajar di universiti. 

"Trust" yang menjadi motto kumpulan pelajar pembangkang UM dalam PRK yang lepas rupa rupanya sama dengan "Amanah" yang juga dipercayai mendapat tajaan DAP daripada luar.  Jadi pelajar pelajar Melayu nilaikanlah sendiri. 

Siapa sebenarnya pelajar pelajar pembangkang di UM sekarang? Siapa sebenarnya di belakang mereka? Sanggup mereka ini membiarkan diri dipergunakan oleh DAP. Malu sungguh. 

Tuesday, October 18, 2016

Wael Ghonim Menyesal Cetuskan Revolusi Di Mesir


Berikut adalah video penceritaan Wael Ghonim tentang apa yang berlaku di Mesir. Beliau menceritakan perkara ini di satu konferen TED di New York pada Januari 2016. Masa yang ditunjukkan dalam setiap terjemahaan itu adalah minit dalam video tersebut. 

Kesimpulannya, Wael Ghonim sendiri mengakui bahawa revolusi yang beliau cetuskan sendiri menerusi Facebook dan Twitter pada 2011 di Mesir bukannya membawa perubahan sebenar pada masyarakat Mesir. Malah meninggalkan kesan sampingan yang beliau sendiri tidak duga dan mahu. 


00:12
Saya pernah berkata, "Jika anda mahu membebaskan masyarakat, apa yang anda perlukan hanyalah Internet." Saya salah.

00:21
Saya berkata sedemikian pada tahun 2011, semasa halaman Facebook tanpa nama yang saya cipta membantu mencetuskan revolusi Mesir. Arab Spring mendedahkan potensi media sosial yang paling dasyat, tetapi ia juga mendedah kelemahan yang paling besar. Alat yang sama yang menyatukan kami untuk menjatuhkan diktator akhirnya menghancurkan kami. Saya ingin berkongsi pengalaman saya sendiri dalam menggunakan media sosial untuk aktivisme, dan bercakap mengenai beberapa cabaran yang saya lalui secara peribadi dan apa yang kita boleh lakukan tentangnya.

00:58
Pada awal tahun 2000-an, orang-orang Arab telah membanjiri web. Dahaga untuk pengetahuan, untuk peluang, untuk berhubung dengan orang lain di seluruh dunia, kami melarikan diri daripada realiti politik kami yang mengecewakan dan hidup dalam kehidupan alternatif iaitu dalam dunia maya. Sama seperti kebanyakkan daripada mereka, saya benar-benar tidak terlibat dalam politik sehingga tahun 2009. Pada masa itu, apabila saya log masuk ke dalam media sosial, saya mula melihat semakin ramai orang-orang Mesir yang bercita-cita untuk merubah politik di negara itu. Saya merasakan seperti saya tidak keseorangan.

01:39
Pada bulan Jun 2010, Internet mengubah hidup saya selama-lamanya. Semasa melayari Facebook, saya melihat sekeping gambar yang menakutkan, gambar mayat lelaki Mesir yang masih muda yang telah diseksa. Namanya ialah Khaled Said. Khaled berusia 29 tahun daripada Alexandria dan ditembak mati oleh polis. Saya melihat diri saya dalam gambarnya. Saya berfikir, "Saya mungkin boleh menjadi seperti Khaled."

02:11
Saya tidak dapat tidur pada malam itu, dan saya memutuskan untuk melakukan sesuatu. Saya mencipta halaman Facebook tanpa nama dan memanggilnya "We are all Khaled Said." Dalam masa tiga hari sahaja, halaman itu mempunyai lebih 100,000 orang, rakyat Mesir yang berkongsi kebimbangan yang sama. Apa-apa yang berlaku perlu dihentikan.

02:35
Saya melantik admin bersama saya, Abdelrahman Mansour. Kami bekerja bersama-sama untuk berjam-jam lamanya. Kami mengumpul idea daripada orang ramai. Kami telah melibatkan mereka. Kami secara kolektif menuntut untuk tindakan diambil, dan berkongsi berita yang mana rejim tidak mahu rakyat Mesir tahu. Halaman ini menjadi halaman paling banyak diikuti di Arab. Ia mempunyai lebih ramai peminat daripada organisasi media yang kukuh dan juga selebriti terkemuka.

03:05
Pada 14 Januari 2011, Ben Ali melarikan diri daripada Tunisia selepas begitu banyak bantahan yang dibuat terhadap rejimnya. Saya melihat satu percikan harapan. Orang Mesir di media sosial tertanya-tanya, "Jika Tunisia boleh melakukannya, mengapa tidak kita?" Saya membuat satu catatan peristiwa (event) di Facebook dan memanggilnya "A Revolution against Corruption, Injustice and Dictatorship." Saya mengajukan soalan kepada 300,000 pengguna halaman pada masa itu: "Hari ini adalah 14 Januari. 25 Januari adalah Hari Polis. Ia merupakan cuti umum. Jika 100,000 daripada kita melakukan protes di Kaherah, tiada siapa yang akan menghalang kita. Saya tertanya-tanya jika kita boleh melakukannya."

03:53
Dalam hanya beberapa hari, jemputan itu mencecah lebih satu juta orang, dan lebih 100,000 orang mengesahkan kehadiran mereka. Media sosial adalah penting untuk kempen ini. Ia membantu satu pergerakan tidak berpusat untuk naik. Ia membuatkan orang ramai sedar bahawa mereka tidak bersendirian. Dan ia membuatkan perkara ini mustahil untuk dihentikan oleh rejim. Pada masa itu, mereka bahkan tidak memahaminya. Dan pada 25 Januari, orang-orang Mesir membanjiri jalan-jalan di Kaherah dan bandar-bandar lain, menuntut perubahan, memecahkan halangan ketakutan dan mengumumkan era baru.

04:32
Kemudian datang akibatnya. Beberapa jam sebelum rejim memotong Internet dan telekomunikasi, saya sedang berjalan di sebatang jalan yang gelap di Kaherah, sekitar tengah malam. Saya baru sahaja ‘tweet’, "Pray for Egypt. The government must be planning a massacre tomorrow." (“Berdoalah untuk Mesir. Kerajaan pasti merancang pembunuhan beramai-ramai pada hari esok.”)

04:52
Saya telah dipukul dengan kuat di kepala saya. Saya hilang imbangan dan jatuh ke bawah, dan melihat terdapat empat lelaki bersenjata mengepung saya. Satu menutup mulut saya dan yang lain memegang saya supaya saya tidak boleh bergerak. Saya tahu saya sedang diculik oleh keselamatan negeri.

05:09
Saya mendapati diri saya dalam penjara, digari, ditutup mata. Saya terkejut. Begitu juga dengan keluarga saya, yang mula mencari saya di hospital, balai polis dan juga rumah mayat.

05:25
Selepas kehilangan saya, beberapa rakan-rakan saya yang tahu bahawa saya adalah admin halaman itu memberitahu kepada media mengenai hubungan saya dengan laman tersebut, dan bahawa saya mungkin ditahan oleh keselamatan negeri. Rakan-rakan saya di Google memulakan kempen untuk cuba untuk mencari saya, dan sekalian penunjuk perasaan di dataran mendesak pembebasan saya.

05:47
Selepas 11 hari dalam kegelapan, saya telah dibebaskan. Dan tiga hari kemudian, Mubarak dipaksa berundur. Ia adalah detik yang paling memberi inspirasi dan berkuasa dalam hidup saya. Ia merupakan detik pengharapan yang sangat agung. Orang Mesir hidup bahagia selama 18 hari semasa revolusi itu. Mereka semua berkongsi kepercayaan bahawa kita sebenarnya boleh hidup bersama-sama walaupun berbeza, bahawa Mesir selepas Mubarak adalah untuk semua.

06:18
Tetapi malangnya, peristiwa-peristiwa pasca-revolusi adalah seperti satu tamparan hebat. Keghairahan menjadi pudar, kami gagal untuk membina konsensus, dan perjuangan politik membawa kepada polarisasi yang dasyat. Media sosial hanya menambahkah minyak kepada api, dengan memudahkan penyebaran maklumat yang salah, khabar angin, dan menggemakan kata-kata kebencian. Keadaan sekitar menjadi toksik. Dunia dalam talian saya menjadi medan pertempuran yang penuh dengan helah, pembohongan, ucapan kebencian. Saya mula bimbang tentang keselamatan keluarga saya. Tetapi sudah tentu, ini bukan mengenai saya sahaja. Polarisasi mencapai kemuncaknya antara kedua-dua kuasa utama - penyokong tentera dan ‘Islamists’. Orang di tengah, seperti saya, mula berasa tidak berdaya. Kedua-dua kumpulan mahu anda menyebelahi mereka; anda sama ada dengan mereka atau menentang mereka. Dan pada 3 Julai 2013, tentera menggulingkan presiden pertama Mesir yang dipilih secara demokrasi, selepas tiga hari protes popular yang menuntut peletakan jawatannya. 

07:33
Hari itu saya membuat keputusan yang sangat sukar. Saya mengambil keputusan untuk berdiam diri sepenuhnya. Ia adalah detik kekalahan. Saya berdiam selama lebih daripada dua tahun, dan saya menggunakan masa itu untuk memikirkan semua yang berlaku, cuba untuk memahami mengapa ia berlaku. Ia menjadi jelas kepada saya bahawa walaupun ianya benar bahawa polarisasi adalah sebahagian besarnya didorong oleh tingkah laku manusia, media sosial membentuk tingkah laku ini dan membesarkan kesannya. Katakanlah anda mahu mengatakan sesuatu yang tidak berdasarkan fakta, memulakan pergaduhan atau mengabaikan seseorang yang anda tidak suka. Ini semua adalah dorongan semula jadi manusia, tetapi kerana teknologi, bertindak atas dorongan ini adalah hanya dengan satu klik sahaja.

08:23
Pada pandangan saya, terdapat lima cabaran kritikal yang dihadapi oleh media sosial hari ini.

08:29
Pertama, kita tidak tahu bagaimana untuk berurusan dengan khabar angin. Khabar angin yang mengesahkan ketidakadilan orang kini dipercayai dan tersebar di kalangan berjuta-juta orang.

08:41
Kedua, kita mewujudkan ‘echo chamber’ kita sendiri. Kita cenderung untuk hanya berkomunikasi dengan orang yang kita setujui, dan kerana media sosial, kita boleh ‘mute’, ‘un-follow’ dan ‘block’ orang lain.

08:57
Ketiga, perbincangan dalam talian dengan cepat bertukar kepada sekumpulan yang memprotes. Kita semua mungkin tahu perkara ini. Ia seolah-olah kita lupa bahawa orang-orang di belakang skrin adalah orang sebenar dan bukan hanya avatar.

09:12
Dan keempat, ia menjadi benar-benar sukar untuk mengubah pendapat kita. Oleh kerana kepantasan dan keringkasan media sosial, kita terpaksa membuat kesimpulan dan menulis pendapat yang ringkas dan mendadak dalam 140 aksara tentang urusan dunia yang kompleks. Dan apabila kita berbuat demikian, ia hidup selama-lamanya dalam Internet, dan kita menjadi kurang bermotivasi untuk mengubah pandangan ini, walaupun apabila bukti baru timbul.

09:39
Kelima - dan dalam pandangan saya, ini adalah yang paling kritikal - hari ini, pengalaman media sosial kita direka dengan cara yang menyukai penyiaran daripada penglibatan, ‘post’ daripada perbincangan, komen cetek berbanding perbualan mendalam. Ia seolah-olah kita bersetuju bahawa kita berada di sini untuk bercakap tentang satu sama lain dan bukannya bercakap dengan satu sama lain.

10:04
Saya menyaksikan bagaimana cabaran kritikal ini menyumbang kepada masyarakat Mesir yang telah berpecah belah, tetapi ini bukan sahaja tentang Mesir. Polarisasi semakin meningkat di seluruh dunia. Kita perlu bekerja keras untuk memikirkan bagaimana teknologi boleh menjadi sebahagian daripada penyelesaian, bukan sebahagian daripada masalah.

10:26
Terdapat banyak perdebatan hari ini bagaimana untuk memerangi gangguan atas talian dan memerangi ‘trolls’. Ini adalah sangat penting. Tiada siapa yang boleh menidakkannya. Tetapi kita juga perlu berfikir tentang bagaimana caranya untuk mereka pengalaman media sosial yang menggalakkan adab sopan dan menggalakkan timbang rasa. Saya tahu hakikatnya jika saya menulis post yang lebih sensasi, lebih berat sebelah, kadang-kadang marah dan agresif, lebih ramai orang akan melihat post itu. Saya akan mendapat perhatian yang lebih. 

10:58
Tetapi bagaimana jika kita meletakkan lebih tumpuan kepada kualiti? Apa yang lebih penting: jumlah bilangan pembaca post yang anda tulis, atau siapakah orang-orang yang mempunyai kesan yang membaca apa yang anda tulis? Tidak bolehkah kita hanya memberi orang lebih banyak insentif untuk melibatkan diri dalam perbualan, dan bukannya hanya menyiarkan pendapat sepanjang masa? Atau memberi ganjaran kepada orang yang membaca dan membalas terhadap pandangan yang tidak mereka setujui? Dan juga, jadikannya diterima masyarakat bahawa kita mengubah minda kita, atau mungkin juga memberi ganjaran untuk itu? Bagaimana jika kita mempunyai matriks yang mengatakan berapa ramai orang mengubah fikiran mereka, dan itu menjadi sebahagian daripada pengalaman media sosial? Jika saya boleh menjejaki berapa ramai orang yang menukar fikiran mereka, saya mungkin akan menulis dengan lebih teliti, daripada merayu kepada orang ramai yang telah bersetuju dengan saya dan "liking" kerana saya hanya mengesahkan ketidakadilan mereka.

11:54
Kita juga perlu berfikir tentang mekanisme ‘crowdsourcing’ yang berkesan, dan maklumat yang telah disemak yang tersebar meluas dalam talian, dan memberi ganjaran kepada orang-orang yang mengambil bahagian dalam perkara itu. Pada dasarnya, kita perlu memikirkan semula ekosistem media sosial hari ini dan mereka semula pengalamannya untuk memberi ganjaran kepada timbang rasa, adab sopan dan persefahaman.

00:16
Sebagai seorang yang percaya pada Internet, saya bekerjasama dengan beberapa orang kawan, memulakan satu projek baru, cuba untuk mencari jawapan dan meneroka kemungkinan. Produk pertama kami adalah platform media baru untuk perbualan. Kami menjadi hos kepada perbualan yang menggalakkan persefahaman dan dengan harapan dapat mengubah fikiran. Kami tidak mendakwa bahawa kami mempunyai jawapan, tetapi kami mula bereksperimen dengan perbincangan yang berbeza mengenai isu-isu yang pelbagai, seperti bangsa, kawalan senjata api, perdebatan pelarian, hubungan antara Islam dan keganasan. Ini adalah perbualan yang penting.

00:53
Hari ini, sekurang-kurangnya satu daripada tiga orang di planet ini mempunyai akses kepada Internet. Tetapi sebahagian daripada menggunakan Internet adalah menjadi tawanan kepada aspek kurang mulia dalam tingkah laku manusia.

13:09
Lima tahun yang lalu, saya berkata, "Jika anda mahu membebaskan masyarakat, apa yang anda perlukan hanyalah Internet."

13:18
Hari ini, saya percaya jika kita mahu membebaskan masyarakat, kita perlu terdahulu membebaskan Internet.

13:26
Terima kasih banyak-banyak.

Video Ini Jadi Bukti Pembangkang Gemar Viralkan Cerita Tidak Betul

Shafie Apdal Benarkan DAP & PKR Pergunakan Masjid Untuk Politik


17 Oktober 2016, Shafie Apdal mendaftar parti barunya iaitu Parti Warisan Sabah. Hari yang sama juga, dengan platform parti baru itu juga, Shafie Apdal berkempen di masjid bersama rakan rakannya dari DAP dan PKR di dalam masjid. 

Jelas kelihatan di gambar adalah Christina Liew, Ahli Parlimen PKR Sabah yang turut sama berkempen dalam masjid dengan Shafie. Sebagai seorang Islam, apakah Shafie langsung tidak rasa bersalah?

Nampaknya Shafie sudah menjadi "political desperado". Sanggup dipergunakan dan menggunakan apa sahaja untuk mencapai tujuan politik. Hukum agama sudah diletak ke tepi demi mencapai cita cita politiknya. 



Monday, October 17, 2016

Luahan Rakyat Libya, Apa Yang Terjadi Selepas Revolusi




Libya berakhir dengan kematian Gaddafi. Rakyat Libya tidak pernah lebih teruk daripada sekarang ini.

Mahommed, seorang rakyat Libya berusia 31 tahun telah menuturkan kata-kata yang mencerminkan perasaan negaranya secara umum.

Dia berkata, "Saya menyertai revolusi pada hari pertama dan menentang Gaddafi. Sebelum tahun 2011, saya sangat membenci Gaddafi. Tetapi sekarang, hidup menjadi jauh lebih sukar, dan saya telah menjadi peminat nombor 1 beliau."

Negara ini telah menyaksikan peningkatan sebanyak lima kali ganda dalam kos makanan, gaji tidak berbayar untuk beberapa bulan, kebangkitan keganasan IS dan gangguan elektrik yang semakin teruk.

Tiada apa-apa yang bertambah baik selepas Gaddafi dan negara dapat melihatnya sekarang. Mahmoud, seorang lagi rakyat Libya menyuarakan kekecewaannya dengan kesan negatif daripada revolusi itu.

 "Kami telah mempunyai tujuh kerajaan sejak 2011 dan apakah yang telah mereka capai? Satu-satunya perkara yang kami boleh lihat ialah tong sampah baru kerana salah satu kerajaan awal telah meletakkan tong besar baru di seluruh Tripoli. Kami masih mentertawakan tong sampah itu dengan mengatakan bahawa ia adalah satu-satunya pencapaian revolusi itu."

Libya yang sebenar berakhir dengan kematian Gaddafi

Seorang pekerja minyak yang bernama Harun berkata penyingkiran Gaddafi "jelas merupakan satu kesilapan kerana kami tidak bersedia untuk demokrasi dan kami memerlukan sokongan daripada masyarakat antarabangsa, yang sebenarnya tidak ada.

"Orang Barat tidak sabar-sabar untuk mengebom tetapi memberhentikan misi untuk membina semula runtuhan yang ditinggalkan selepas pengeboman itu. Rakyat Libya dibiarkan untuk memikirkan demokrasi yang telah lebih daripada empat dekad tidak mereka miliki yang mengakibatkan pelbagai kumpulan cuba merebut kuasa menggunakan cara ketenteraan.

Aktivis politik, Fadiel memberitahu Dailymail, walaupun "ia kini sepatutnya menjadi lebih baik daripada masa Gaddafi," semua yang tinggal hanyalah "huru-hara dan pergaduhan antara satu sama lain, keadaan menjadi kacau-bilau."

Seorang lagi rakyat Libya yang bercakap mengenai keadaan di negara itu dengan berani berkata, "Libya berakhir dengan kematian Gaddafi. Kami bukanlah sebuah negara lagi, kami telah menjadi hanya kumpulan suku kaum, dan bandar-bandar yang berperang. Sebelum ini, hanya terdapat satu Gaddafi tetapi kini kita mempunyai enam juta Gaddafi kecil."

Negara ini mempunyai tiga kerajaan yang semuanya tidak bersedia untuk berkompromi. Terdapat dua kerajaan tetapi satu lagi telah diwujudkan dalam negara ini oleh Barat melalui PBB.

Negara ini sangat terbahagi sehingga seorang bekas diplomat Libya direkodkan berkata, "Negara ini telah terbahagi. Kami mempunyai dua kerajaan negeri, dua parlimen, dua bank Pusat dan dua Syarikat Minyak Negara. "

Seolah-olah ini tidak mencukupi, IS juga telah memegang teguh bandar Sirte untuk beberapa ketika menyebabkan kebimbangan bahawa ini akan menjadi kilang aktiviti pengganas menghasilkan pejuang pelampau jihad yang tegar.

Barat bagaimanapun telah bertindak membantu mendapatkan kembali beberapa tanah dari pejuang IS.

Serangan terkini oleh Amerika Syarikat adalah satu bentuk serangan udara pada 1 Ogos.

Kuasa-kuasa lain sangat berahsia tentang campur tangan mereka tetapi kumpulan militan baru, Benghazi Defence Brigades telah membunuh tiga rakyat Perancis pada Julai 2016.

Anggapan yang salah tentang revolusi

Bekas diplomat Abdusalem bukanlah seorang yang objektif tetapi maksud kata-kata beliau adalah sukar untuk dibidas.

Beliau berkata, "Apa yang dipanggil revolusi adalah dusta semata-mata. Kami rakyat Libya tidak tahu pun apa yang dimaksudkan dengan perkataan revolusi. Kami telah berlindung di bawah Gaddafi selama 42 tahun. Ia bukanlah revolusi Libya, ia adalah revolusi NATO kerana mereka mahu menyingkirkan Gaddafi."

Walaupun ia adalah sedikit keterlaluan kerana ada beberapa orang yang benar-benar mahu Gaddafi digulingkan, ia adalah benar bahawa NATO telah memutarbelitkan tujuan sebenarnya dan menggunakan alasannya sendiri tanpa mengambil kira masa depan negara ini.

Obama mengakui ia bukan lagi campur tangan atas sebab-sebab yang betul tetapi telah menjadi satu keadaan yang diakibatkan oleh agenda Sarkozy (dari Perancis) dan Cameron (dari Britain).

Cameron juga diperintah untuk bertanggungjawab ke atas huru-hara di Libya yang berlaku disebabkan laporan baru-baru ini oleh badan perundangan negara itu.

Walaupun NATO berkata ia campur tangan untuk melindungi orang awam, Salem, seorang pelajar perubatan berusia 26 tahun daripada Tripoli telah berkata, "Jauh lebih ramai orang telah terbunuh sejak 2011 daripada semasa revolusi atau di bawah 42 tahun pemerintahan Gaddafi jika digabungkan. Kami tidak pernah mempunyai masalah seperti ini di bawah Gaddafi. "

Dianggarkan terdapat lebih 1,700 kumpulan bersenjata yang meningkat akibat daripada "revolusi"; kini politik di Libya tidak boleh ditentukan dengan undi tetapi dengan senjata api dan bom. Rakyat Libya tidak pernah lebih teruk daripada sekarang ini.

Demokrasi yang mereka harapkan masih belum tiba dan lebih teruk lagi, tidak ada kedamaian dan organisasi pengganas yang paling besar ketika ini cuba untuk menubuhkan pangkalannya di negara ini.

Memetik kata-kata seorang rakyat, "Libya berakhir dengan kematian Gaddafi".

Menyesal dahul pendapatan, menyesal kemudian tiada berguna. Usah terikut ikut dengan budaya "Arab Spring" yang telah berlaku di Timur Tengah dan Afrika Utara. Tiada apa yang hebatnya selepas Revolusi, melainkan tinggalan sejarah yang lebih teruk daripada itu. 

Moga pengalaman ini boleh dijadikan iktibar dan pedoman buat rakyat Malaysia. Usah mudah terpengaruh dengan demo jalanan yang cuba diadakan pada 19 November 2016 ini. Tolak demo haram Bersih di Malaysia.

Petikan artikel daripada Daily Mail, UK
16 September 2016

Sambutan Jelajah Bersih Hambar, Mat Sabu Bercakap Dalam Dewan Kosong