Thursday, September 1, 2016

Konsep Sama Rata Di Selangor, DAP Sudah Kuasai Pemerintahan Azmin?


Akhirnya, dasar sama rata, sama rasa sudah pun dilaksanakan di Selangor. Azmin Ali nampaknya sudah mengalah pada dasar "Malaysian Malaysia" yang dipopularkan olah DAP.


(Apakah DAP sudah kuasa Azmin Ali?)

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, rumah mampu milik dan kos rendah adalah perkara yang melangkaui bangsa, agama, warna kulit dan latar belakang.

”Miskin dan kurang kemampuan dari segi kewangan berlaku dalam semua kaum dan agama. Prinsip negeri ini adalah untuk membantu mereka yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah.


28 Ogos 2016, akhbar Nan Yang Siang Pau, mukasurat pertama melaporkan bahawa diskaun 10% untuk bumiputera membeli hartanah di Selangor akan dihapuskan.

Mampukah orang miskin membeli rumah berharga lebih RM500,000 ke atas? Sebulan perlu komitmen sampai RM2,000 atau RM3,000? Selama ini, Melayu di Pulau Pinang mengadu perkara yang sama, lebih 20 kampung Melayu lenyap di Pulau Pinang. 

Kini di Selangor, Menteri Besarnya nampaknya tunduk pada DAP. Bagaimana pula nasib peniaga gerai Melayu ini? Apakah akan ada pembelaan daripada Azmin Ali? Sila lihat sendiri bagaimana gerai mereka dirobohkan sebegitu sahaja, mana dia Menteri Besar Selangor?

No comments: