Friday, July 22, 2016

Penjelasan Peguam Negara Berkaitan Dakwaan DOJ


Rakyat Malaysia cepat sangat menjadi pakar. Bila musim bola, jadi pakar bola. Bila kapal terbang hilang, semua jadi pakar kapal terbang. Bila musim hujan, semua jadi pakar cuaca. 

Pantang ada kes, semuanya hendak diulas dan diolah dalam Facebook dan Whatsapp. Ada kalanya pengulas  ijazahnya berlainan bidang dengan subjek yang diulasnya. 

Biarlah yang pakar dan memahami mengulas sesuatu isu. Masyarakat boleh jadi tunggang terbalik kalau semua orang jadi pakar mengulas. 

Hanya sedap di bibir tetapi hakikatnya belum tentu betul. Dalam kes dakwaan oleh Department Of Justice ini, rakyat Malaysia perlulah mendengar penjelasan daripada yang pakar. Peguam Negara telah berikan kenyataan. 

Usah jadi macam ramalan MOF hendak bankrup pada 11 Julai 2016 yang lepas. Akhirnya, cerita pendakwaan di LCIA itu juga pun satu cerita tidak tepat. 

Oleh itu, jangan cepat melatah. Mainkanlah peranan sebagai rakyat Malaysia. Banyak lagi perkara yang boleh dilakukan untuk kebaikan rakyat Malaysia secara bersama daripada bergosip dalam bidang yang bukan kepakaran kita.

No comments: