Monday, March 7, 2016

Tun Mahathir Gadai Prinsip Bila Kerjasama Dengan DAP

DAP tidak pernah gadai prinsipnya. DAP tetap sama, matlamatnya masih sama. Lihatlah apa yang telah DAP kerjakan di Pulau Pinang terhadap PAS dan PKR, penggal yang pertama PAS kena, penggal seterusnya PKR pula kena. DAP tetap DAP. 

Jika seorang bekas Presiden UMNO bertindak keluar parti untuk bekerjasama dengan DAP membuat deklarasi untuk jatuhkan pemimpin itu adalah satu tindakan yang amat memalukan sama sekali. DAP tetap DAP. Mereka akan terus dengan agenda mereka. 

Cuba Tun Mahathir tanya DAP, apakah mereka mahu mengorbankan prinsip mereka terhadap negara Islam? Jika jawapannya tidak, bermakna DAP masih begitu juga. Yang berubah adalah Mahathir. 

Oleh kerana itu, kenapa Tun M tidak menyerang dan menghentam DAP dalam isu RM1.2 billion dana dari Israel. Bukankah perkara itu lebih besar ancaman dan bahayanya terhadap umat Islam negara ini.

Mahathir sanggup membiarkan dirinya diperkuda DAP untuk membolehkan pakatan itu tawan Putrajaya? 

No comments: