Wednesday, March 9, 2016

Syed Saddiq Kalah Debat Di Facebook




Seorang bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) kepada syarikat minyak dan gas, Azmi Arshad yang dikenali di laman sosial Facebook antara yang sering mempertahankan kerajaan dan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan fakta serta rujukan kepada sumber sahih, menarik perhatian netizen apabila turut berdebat dengan seorang remaja, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dikenali sebagai juara debat Asia di laman sosial Facebook.

Dengan jawapan dan persoalan berbelit-belit, remaja yang dipercayai masih lagi belum bekerja dan tinggal bersama ibunya, gagal menghamparkan bukti sokongan kepada dakwaannya.

Berikut adalah terjemahan perdebatan itu yang dilakukan dalam Bahasa Inggeris ;
Oleh Azmi Arshad
Saudara Syed Saddiq:

Anda telah menerima cabaran saya untuk berdebat mengenai 1MDB (dan sepatutnya kemudian nanti mengenai Tabung Haji) tetapi rantaian debat yang diwujudkan hanya menerima jawapan senyap daripada saudara.
Saya tahu anda boleh mengambil seberapa lama masa anda untuk menjawab tetapi anda tidak mempersoalkan biar satupun daripada 11 tuduhan yang saya senaraikan. Saya telah memberi peluang kepada saudara untuk menyatakan sama ada anda bersetuju atau sebaliknya terhadap tuduhan tersebut dan pertikaian saudara boleh datang kemudian.

Saya juga memberi ruang kepada saudara untuk mengubah, memadam atau menambah kepada tuduhan itu. Namun tiada di rantaian debat itu.

Apapaun, sementara menanti anda, saya berfikir lebih baik saya menjawab ‘persoalan dan kebimbangan’ yang secara ketara adalah bagi melencong daripada tuduhan yang saya sudah senaraikan. Melencong pun melenconglah.

Saya harus katakan ia adalah persoalan yang penat untuk dijawab kerana apa yang jelas, anda hanya menembak membuta-tuli dan berpaut pada dahan tuduhan yang rapuh serta gagal membuktikannya.

Selepas ini saya harap saudara dapat memperjelaskan kedudukan saudara pada setiap tuduhan dan mempertikaikannya bersandarkan kepada fakta, logik dan akal.

Saya harap tiada lagi taktik melengahkan daripada saudara. Hormati masyarakat yang mahu anda benar-benar berdebat.

Baca lanjut di sini.


No comments: