Tuesday, March 8, 2016

Oksigen DAP Adalah Perpecahan Orang Melayu



DAP tetap dengan matlamatnya. Tidak pernah bertukar dan tidak mahu pun menukar prinsipnya itu. Yang bertukar prinsip adalah seorang bekas Presiden UMNO, beliau memberi oksigen untuk DAP bernafas bagi hadapi PRU14. 

Seronok DAP. Malah Wan Azizah juga memperlekehkan bekas Presiden UMNO itu dengan kenyataan bahawa beliau yang perlukan pembangkang bukan pembangkang perlukan beliau. 

Apakah ini belum cukup lagi untuk menyedarkan kalangan penyokong totok bahawa perjuangan parti adalah penting daripada perjuangan individu? 

Jika orang Melayu bersatu, maka DAP sudah tentu merasa bermasalah untuk mengekalkan kemenangan 38 kerusi parlimen atau menambah kerusi parlimen baru dalam PRU14. 

DAP hanya mahu gunakan orang Melayu untuk undi. Mereka sudah gunakan seorang orang Melayu di Perak untuk jadi Menteri Besar, gunakan wanita Melayu muda di Perak untuk jadi calon dan kini gunakan bekas Presiden UMNO untuk serang UMNO sendiri. 

Apakah itu masih lagi belum memberi gambaran jelas kepada mereka yang totok dan keliru?


No comments: