Thursday, March 31, 2016

Bukti Taman Manggis Adalah Tapak Untuk Perumahan Rakyat


Surat pada 10 Mac 2009 ini jelas membuktikan bahawa Lot 314 dan 305 di Taman Manggis adalah sebahagian daripada tapak untuk Projek Perumahan Rakyat. 

Di sebelah tapak itu adalah pangsapuri PPR yang sudah pun didiami oleh rakyat. 

Mengapa perlu bina hotel mewah di sebelah pangsapuri milik rakyat? Bukankah itu nampak agak kontradik sekali?  

Surat kedua ini lebih jelas menyatakan bahawa tapak kosong itu adalah tapak untuk rumah PPR. Sila lihat frasa "baki tapak dicadangkan pembangunan masa hadapan" pada perenggan tiga.


 18 blok bangunan PPR yang sudah disiapkan pada 2004 (gambar bawah).   Dalam keadaan 28 buah kampung rakyat Pulau Pinang telah dilenyapkan untuk tujuan pembangunan oleh kerajaan DAP Penang, DAP boleh lagi bina hotel mewah di sebelah rumah PPR? 

Sewajarnya yang diutamakan adalah rumah rakyat, bukan hotel. Inilah dia kerajaan DAP yang dipilih dahulu oleh pengundi Pulau Pinang. 

Bila sudah jadi begini, siapa yang hendak dipersalahkan? Undilah mereka lagi selama dua penggal. Inilah balasan yang mereka beri. Masih tidak serik hendak undi pembangkang?


No comments: