Saturday, December 31, 2016

Friday, December 30, 2016

Detik Bermakna Dato Seri @NajibRazak Pada 2016



YAB PM NAJIB RAZAK:-
30 Disember 2016
Banyak detik bermakna yang telah kita kongsi dan lalui bersama sepanjang 2016. Saya kongsikan beberapa daripadanya dalam video, semoga tahun baru 2017 yang akan tiba bawa lebih banyak detik bermakna sebegini, Insya-Allah.

Thursday, December 29, 2016

Wednesday, December 28, 2016

Saturday, December 24, 2016

Mahathir Sudah Maafkan Anwar Ibrahim & Kit Siang


Bila ini sudah berlaku, bukti bahawa Tun Mahathir sudah pergi terlalu jauh untuk berpolitik melawan Dato Seri Najib. 

Tun Mahathir sudah ada agenda lain bila sanggup memaafkan orang yang beliau panggil sebagai peliwat dan perasuah. 

Boleh memaafkan orang yang beliau panggil sebagai bapa rasis suatu ketika dahulu. 

Ada agenda lain yang ingin Mahathir bawakan. Cara politik Tun Mahathir sudah tidak boleh lagi diikuti oleh orang Melayu. Ianya amat merbahayakan.

Thursday, December 22, 2016

Wednesday, December 21, 2016

Tuesday, December 20, 2016

Gambar Gambar Ini Jadi Saksinya, Rapatnya Mahathir Dan Kit Siang



Dulu bukan main lagi Tun Mahathir berkata begitu pada DAP. Bersungguh sunguh betul Tun Mahathir mengingatkan orang Melayu mengenai bahayanya berpakat dengan DAP. 

Mengenai bahayanya kalau kalau Kit Siang menjadi Perdana Menteri. Itu dulu, kini Mahathir sudah maafkan Kit Siang dan DAP. Duduk bersama dan satu agenda bersama Kit Siang. 

Apa yang Mahathir dan DAP cuba perjuangkan hari ini amat amat bahaya sekali kepada bangsa dan negara. Orang Melayu dipecah belahkan dan menjadi taksub pada Mahathir. 

Mereka sokong Mahathir sebab taksub dan beremosi bukan berlandas fakta sebenar.  Kalau dikaji fakta dan prinsip sebenar, Mahathir tidak boleh disokong lagi. Agendanya sudah jadi peribadi dan sudah khianati bangsanya sendiri.

Bukan sekali Mahathir bersama dengan Kit Siang. Sudah berkali kali dan sudah nampak macam sebati. Melayu yang sedar tidak boleh membiarkan bangsanya dijual beli oleh Kit Siang ini. 


Mahathir bersama Kit Siang dalam Konvensyen PAN di Shah Alam pada 11 Disember 2016


 Mahathir bersama Kit Siang dalam Konvensyen DAP di IDCC, Shah Alam pada 4 Disember 2016

 Mahathir bersama Kit Siang dalam demo BERSIH 5 di Kuala Lumpur pada 19 November 2016


Mahathir bersama Kit Siang dalam satu video temubual eksklusif pada 14 November 2016


Mahathir dan Kit Siang bersama sama masuk ke parlimen pada 8 November 2016 untuk mesyuarat khas membincangkan hak dan kebebasan Ahli Parlimen.

Mahathir bersama Kit Siang dalam kempen PRK Sungai Besar menyokong calon PAN pada 17 Jun 2016
 Mahathir bersama Kit Siang dalam kempen PRK Sungai Besar menyokong calon PAN di Dewan Restoran Hao Xiang Chi pada 11 Jun 2016

 Mahathir bersama Kit Siang berceramah sepentas di
Pentas Muafakat Selamatkan Malaysia di Pandan pada 28 Mac 2016.




Mahathir bersama Kit Siang dalam Kongres Rakyat di
Pusat Konvensyen Shah Alam pada 27 Mac 2016


 Mahathir bersama Kit Siang di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti (UM) Kuala Lumpur pada 4 Mac 2016 dalam Program tandatangan Deklarasi Selamatkan Malaysia.

Sunday, December 18, 2016

Thursday, December 15, 2016

Pakatan Pembangkang Akan Berebut Kerusi Sesama Sendiri Dalam PRU14 Nanti


Nik Amar awal awal sudah meramalkan perebutan kerusi akan berlaku dalam kumpulan pembangkang semasa PRU14 nanti. PAS sudah kena dipermainkan oleh DAP dan PAN. 

PAS sudah serik dan tidak mahu lagi berpakat dengan DAP dan PAN. Oleh sebab itulah DAP menggunakan screw baru iaitu parti bunga untuk mendapatkan undi orang Melayu.

Berapa lama perjanjian mereka ini mampu bertahan? Tidak akan sampai ke mana? Kerana mereka berpakat hanya untuk jangka pendek dan penuh dengan sandiwara.


Perdana Menteri India @narendramodi Puji Pentadbiran Dato Seri @NajibRazak


Wednesday, December 14, 2016

Monday, December 12, 2016

Friday, December 9, 2016

Kad Pengenalan Forest City : Dakwaan Tun Mahathir Tidak Berasas, Berniat Jahat




Saya ingin merujuk entri terbaru Tun Dr. Mahathir dalam blog beliau, bertarikh 6 Disember 2016.

Saya kekal konsisten dengan pendirian tegas dan kenyataan saya sebelum ini mengenai dakwaan Tun Mahathir berkaitan 700,000 warga asing di Johor yang kononnya akan diberi Kad Pengenalan (IC) untuk menjadi pengundi - sebagai tidak berasas, tidak bertanggung jawab dan berniat untuk mengeliru serta menakut-nakutkan rakyat.

Untuk rekod, dakwaan Tun Mahathir tersebut dibuat dalam satu siri ceramah anjuran PPBM di Pasir Gudang, Johor baru-baru ini.

Dakwaan melulu Tun Mahathir tersebut bukan sahaja tidak logik dan berasas. Malah sangat tersasar dari bersandarkan sebarang fakta dari mana-mana sumber yang sahih.

Kedudukan Semasa Pemilikan Hartanah oleh Kepentingan Asing di Johor

Bagi tempoh 2003 sehingga 30 November 2016, jumlah kelulusan permohonan kebenaran perolehan hartanah oleh kepentingan asing dalam rekod Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Johor adalah sebanyak 29,218 unit.

Angka ini mewakili pemilikan hartanah jenis bertanah dan strata. Jumlah pemilikan asing itu hanyalah 2.01 peratus daripada jumlah keseluruhan hak milik hartanah di Johor iaitu sebanyak 1,452,931 unit.

Sekiranya kita mengambil kira anggaran empat orang bagi setiap unit hartanah oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), sekurang-kurangnya 116,872 orang sahaja yang mengisi unit-unit hartanah yang dimiliki oleh orang asing itu.

Dan kesemua angka ini sangat jauh dan ternyata meleset daripada angka 700,000 seperti yang didakwa oleh Tun Mahathir.

Malah dalam entri terbarunya, Tun Mahathir menggangarkan pula bahawa Johor Bahru akan didiami oleh 1.5 juta warganegara asing. Jelas Tun Mahathir tidak konsisten dalam angka yang digunakannya.

Percanggahan angka ini dengan sendirinya menjawab bahawa dakwaan Tun Mahathir ternyata sangat tidak berasas dan dilakukan dengan niat untuk mengelirukan rakyat.

Pemberian Kerakyatan Malaysia

Tun Mahathir yang pernah menjadi seorang Perdana Menteri sudah semestinya arif mengenai proses keluhuran undang-undang serta prosedur ketat berkaitan permohonan seseorang individu untuk mendapat kerakyatan sesebuah negara.

Proses memohon dan mendapatkan status warganegara Malaysia oleh orang asing adalah proses yang sukar, ketat dan memerlukan pertimbangan teliti oleh Kerajaan dalam pelbagai aspek.

Malaysia adalah negara yang sangat tegas dan sukar untuk memberikan kerakyatan kepada mana-mana warga asing. Malah ratusan ribu lagi mereka yang telah dilahirkan di Malaysia dan telah tinggal di Malaysia sebegitu lama tetapi masih belum diberikan kerakyatan.

Malaysia juga tidak mempunyai dasar yang membolehkan sesiapa yang memiliki hartanah di Malaysia layak memohon kerakyatan Malaysia. Yang jelas, pemilikan hartanah di Malaysia tidak memberi kelebihan dalam proses memohon status kewarganegaraan.

Adalah diharapkan Tun dapat berlaku objektif dalam perkara ini. Iaitu membuka peluang untuk pemilikan hartanah di Malaysia kepada warga asing adalah sama sekali berbeza dengan memberi kewarganegaraan Malaysia kepada mereka.

Jika sekalipun Tun Mahathir mempunyai bukti sahih dari sumber yang jelas bahawa terdapat sehingga 700,000 warga China akan diberikan kerakyatan warganegara Malaysia dalam masa terdekat, Tun Mahathir bolehlah merujuk perkara ini kepada Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang masih lagi merupakan seorang Ahli Parlimen untuk membawa usul tergempar ke sidang Parlimen mengenai perkara ini.

Laporan Negatif Media Barat

Saya amat kesal dengan sanjungan tinggi dan sikap pilih bulu (double standard) Tun Mahathir terhadap segala laporan media barat. Apabila Bloomberg melaporkan sesuatu yang negatif mengenai negara, Tun Mahathir memilih untuk merujuk dan mempercayai laporan berkenaan tanpa usul periksa.

Sebagai negarawan yang membidani Malaysia yang moden ini, Tun Mahathir pasti ingat betapa agresif dan konsistennya media Barat dalam memburuk dan memperkecil-kecilkan segala inisiatif pembangunan yang beliau perkenalkan.

Apakah Tun Mahathir lupa tentang serangan sistematik media Barat terhadap pembangunan besar-besaran Putrajaya dan Cyberjaya dan pembinaan Petronas Twin Tower. Semuanya digambarkan sebagai pembaziran wang rakyat.

Begitu juga sewaktu Malaysia mengambil keputusan untuk tidak menerima preskripsi Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan sewaktu Tun Mahathir menyingkirkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Maka amatlah wajar untuk Tun Mahathir, seorang yang sangat patriotik pada tanahair ini, mengambil pendirian untuk meminta penjelasan objektif dari Kerajaan Johor. Benarkah ada 60 projek yang boleh diduduki seramai 1.5 juta warganegara asing.

Malah, sekalipun terdapat sehingga 60 projek pembangunan hartanah di Johor Bahru seperti yang didakwan Tun, mana mungkin dapat diterima oleh akal yang ia akan dihuni oleh 1.5 juta warganegara asing. Untuk makluman Tun, jumlah kependudukan Johor Bahru sendiri pun hanyalah dalam lingkungan 1 juta sahaja.

Dan kalau mengikut perkiraan Tun, ini bermakna setiap satu daripada 60 projek hartanah tersebut harus memuatkan sekurang-kurangnya 25,000 penghuni. Dan jumlah ini adalah amat tidak masuk akal. Ini kerana, setiap projek hartanah yang ada selalunynya memuatkan hanya setakat 2000 hingga 2500 penghuni sahaja.

Hakikat yang perlu diterima oleh Tun Mahathir ialah media asing akan terus skeptikal dengan apa jua kemajuan yang terlihat di Johor dan Malaysia. Bagi mereka, Malaysia yang berjaya adalah di luar kelaziman.

Keperluan Johor Meneroka Peluang Pertumbuhan Baharu

Sebagai sebuah negeri yang pesat membangun, Johor perlu terus meneroka serta membongkar peluang pertumbuhan baharu dalam pelbagai sektor, termasuklah sektor hartanah dan perumahan.

Ini bagi memastikan pertumbuhan pesat ini dapat disokong dengan pelbagai kemudahan sekaligus memastikannya dapat berlaku dengan terancang dan mapan.

Malah inilah juga yang telah dilakukan oleh Tun Mahathir semasa memimpin Malaysia suatu waktu dulu. Tun Mahathir melawat i ke seanterio dunia, meyakinkan pelabur asing untuk melabur di Malaysia dalam pelbagai bidang dan projek.

Jadi apa yang kami lakukan di Johor adalah meneruskan formula pertumbuhan yang ditunjukkan oleh Tun Mahathir sendiri.

Pada masa yang sama, dasar kemasukan pelaburan terus asing kita tidak pernah bersifat selektif. Tidak ada ada negara yang menjadi keutamaan. Mana-mana pelaburan yang boleh menyumbang kepada pembangunan Malaysia amatlah dialu-alukan, termasuklah dari China.

Suka saya menjelaskan kenapa pelaburan dari China sangat terlihat di Johor.
Pertama ialah kerana China adalah kuasa ekonomi kedua terbesar dunia. Malah dalam sedikit masa lagi, ia akan menjadi kuasa ekonomi utama global.

Maka, adalah munasabah bila pelaburan China di Malaysia dilihat terserlah. Malah pergilah ke mana jua, termasuk di Afrika dan Latin Amerika, pelaburan dari Chinalah yang telah menjadikan ekonomi mereka tumbuh dengan dinamik.

Kedua, China mempunyai kelas menengah seramai 250 juta orang. Ini adalah jumlah kelas menegah yang terbesar di dunia, malah hampir menyamai jumlah penduduk Amerika.

Peningkatan secara sangat mendadak semenjak 10 tahun lepas telah mewujudkan keinginan dan minat yang tinggi di kalangan rakyat China untuk mempelbagaikan pelaburan mereka di luar negara China.

Malah rakyat China adalah pelabur dalam hartanah yang paling besar di Australia, Singapura, Portugal, Paris, California, Dubai, Abu Dhabi dan pelbagai lagi kota raya terbesar di dunia.

Ini adalah fenomena global dan adalah wajar untuk pelbagai usaha dilakukan oleh pelbagai pihak, lebih-lebih lagi pihak swasta untuk menarik pelaburan dari negara China, khususnya ke negeri Johor. Terutama sekali bila Johor hanyalah bersebelahan dengan Singapura.

Tetapi adalah juga sangat tersasar untuk menyatakan hartanah di Johor hanya untuk pelabur dari China. Sedangkan semua pemaju yang beroperasi di Johor tidak menetapkan rakyat China sahaja sebagai sasaran.

Malah strategi pemasaran mereka sangat bersifat global, termasuk pengiklanan melalui stesen penyiaran paling berpengaruh dunia, CNN. Sasaran mereka pastinya turut mengambil kira potensi pelaburan dari pelbagai kewarganeraan, terutama sekali Indonesia, India, Korea, Jepun dan Australia.

Pada saya, telahan Tun Mahathir dalam isu ini, tidak ubah seperti kecaman tidak berasas yang sering dilakukan oleh DAP dan Singapura ke atas Johor. Semuanya kelihatan seakan tidak senang untuk melihat kejayaan dan kemajuan yang sedang diusahakan oleh seluruh warga Johor.

Dasar ‘Malaysia My Second Home Program’

Malaysia juga memperkenalkan program Malaysia MySecond Home yang menggalakkan kedatangan warga asing untuk bercuti, bekerja atau menetap di sini.

Dasar ini turut menganjurkan pemilikan hartanah oleh warga asing mengikut kadar dan syarat-syarat ketat tertentu yang telah ditetapkan dan disemak dari semasa ke semasa.

Hasratnya ialah menjadikan Malaysia itu lebih kosmopolitan, kerana ia berupaya menawarkan kualiti kehidupan yang setanding dengan negara maju, tetapi dengan kelainan yang unik.

Malah, dasar ini sudah diperkenalkan sejak era pentabiran Tun Mahathir sendiri. Dan ia kini hanya diteruskan oleh pentadbira semasa negara.

Jadi, apa yang berlaku di Johor adalah sebahagian dari realisasi dasar ini. Kita mahu menjadikan Johor Bahru, destinasi kediaman dengan citra moden bagi masyarat global.

Bukan destinasi untuk mendapat kewarganegaraan ataupun kelayakan untuk mengundi!

Lihat sahaja ratusan ribu pemilik hartanah di Abu Dhabi, Dubai, Doha, Singapura, Bangkok, Melborune, Sydney. Mereka hadir dengan memberi nilai tambah kepada semua kota-kota besar tersebut.

Mereka menjadikan kota-kota tersebut maju dan berdaya saing, bukan sahaja melalui pelaburan mereka, tetapi melalui kehadiran mereka, dengan pengetahuan mereka, dengan gaya hidup mereka, dengan keperluan pendidikan dan kesihatan mereka.

Johor Bahru mesti menjadi sebahagian dari cerita kejayaan global ini. Dan ia tidak akan sekali-kali digagalkan oleh rakusnya permainan politik Tun Mahathir dan rakan sekutunya.

Untuk Tun Mahathir, berilah ruang untuk Johor menjayakan cita-cita menjadikan selatan Malaysia ini moden, sejahtera dan maju. Seperti mana kami memberi ruang, suatu ketika dulu, untuk Tun menjadikan Malaysia ini, sebuah negara yang berjaya.

Mohamed Khaled Nordin

Video Penuh Edisi Khas Soal Jawab Bersama @NajibRazak Sempena #PAU2016


Thursday, December 8, 2016

Video Pengakuan DAP Mahu Perkudakan Mahathir


Dengar Baik Baik Bagaimana DAP Mahu Screw Melayu


Perlembagaan DAP Menceritakan Apa Agenda Sebenar DAP


Mahu terus berjuang untuk apa? DAP selama ini berjuang untuk apa dan untuk mendapatkan apa? Ini persoalan yang harus ditanya. Mahathir hanyalah alat baru DAP untuk meneruskan agenda mereka. Jika mahu tahu perjuangan sebenar DAP, kena tahu apa yang ada dalam Perlembagaan parti DAP.

Ini adalah perlembagaan Parti Tindakan Demokratik atau DAP. Berikut adalah matlamat matlamat yang tertulis dalam perlembagaan DAP. Apa maksudnya mahu "memulihkan" Perlembagaan Malaysia kepada "rangka kerja sekular"? 

Apakah itu bermakna DAP mahu meminda 188 Perkara yang sudah tertulis dan termaktub dalam perlembagaan sekarang agar lebih sekular?  

Dalam matlamat keempat DAP, tertulis mahu iktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi mereka. DAP tidak menulis mengiktiraf Islam sebagai Agama bagi Persekutuan dalam Perlembagaan mereka. 

Ini perkara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sekarang : 
 
"Perkara 3. Agama bagi Persekutuan
(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan."

Atas maksud hak asasi, DAP seolah olah mahu kebebasan agama secara mutlak dan lihat juga ayat "undang undang yang menindas dan akta yang berunsur diskrminasi". Apa maksud tersirat "menindas dan diskriminasi" itu? Sudah pastinya, inilah agenda tersirat DAP. 

Perlembagaan DAP ini sudah jelas menceritakan secara tersirat apa niat dan kehendak DAP yang sebenar. Amat merbahaya bekerjasama dengan parti yang berselindung di sebalik nama demokratik tetapi mahu mencapai matlamat menggunakan cara anarki iaitu menerusi demonstrasi jalanan dalam BERSIH 5. 

DAP ada agenda lain. Tidak boleh membiarkan parti DAP menjadi begitu monopoli dan dominan sebagaimana yang berlaku di Penang. Sekarang DAP sedang mempergunakan Mahathir untuk mendapatkan undi orang Melayu. 

Berhati hatilah bangsaku, DAP penuh tipu muslihat. Lihat pada perlembagaan mereka ini, di sini sudah tertulis apa agenda besar mereka. Mahathir pun tidak mampu mengubah dan meminda perlembagaan DAP ini. Usah sesekali percaya pada DAP


Tuesday, December 6, 2016

Ramai Pemimpin DAP Tidak Tahu Berbahasa Kebangsaan


Apa ertinya menjadi warganegara Malaysia jika tidak tahu berbahasa kebangsaan? Di beberapa negara lain jika tidak tahu berbahasa kebangsaan negara tersebut maka seseorang itu mungkin tidak layak diberi keistimewaan menjadi warganegara. 

DAP patut buka kelas berbahasa kebangsaan bukan beli alat terjemah bahasa. Lagu DAP sudah dipuji oleh Mahathir. Alangkah baik kalau DAP ajak semua ahli ahli PPBM mengajar DAP berbahasa Melayu.

Tidak ada guna kalau lagu sahaja berbahasa Melayu tetapi ahli ahli DAP dan pemimpinnya tidak pandai bercakap dan faham bahasa Melayu. Lagu itu hanyalah alat propaganda semata mata. Lagu itu hanyalah alat untuk dapat undi sahaja.

Kalau sekadar beli alat terjemah, itu sesuatu yang memalukan. Bagaimana ahli ahli parlimen DAP hendak bercakap dalam Dewan Rakyat? Bahasa kebangsaan harus diucap dalam Dewan Rakyat bukan menggunakan alat terjemah bahasa.

Bukan sekadar tidak boleh bercakap, malah tidak faham bahasa kebangsaan. Ini sesuatu yang serius untuk seseorang yang bergelar warganegara Malaysia. Bahasa adalah jambatan perpaduan. 

Ini buktinya DAP tidak berminat untuk belajar bahasa kebangsaan. Tidak minat untuk bercakap dan bertutur bahasa kebangsaan. Memalukan sungguh. Tidak layak seseorang itu menjadi ahli dewan rakyat jika tidak tahu bahasa kebangsaan. 

Parlimen harus tidak membenarkan mereka yang tidak tahu bercakap dalam bahasa kebangsaan menjadi ahli parlimen. Undang undang dan syarat kelayakan menjadi calon parlimen harus dipinda.  Apa guna jadi rakyat Malaysia, kalau tidak boleh bercakap bahasa kebangsaan.

#PAU2016 : Malaysia Tegas Mengenai Isu Rohingya

Monday, December 5, 2016

Video Penuh Ucapan Dato Seri Najib, Himpunan Selamatkan Rohingnya Di Stadium Titiwangsa

Demi Umat Islam, UMNO & PAS Bersatu Atas Satu Pentas


Dato Seri Najib dan Hadi Awang bersama sama atas satu platform demi umat Islam di Myanmar di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, 4 Disember 2016. Pada hari yang sama, Tun Mahathir datang untuk bersama sama dalam konvensyen DAP di IDCC, Shah Alam. 

Di pentas stadium Titiwangsa, nasib umat Islam dibela dan dipertahankan. Di IDCC Shah Alam, Mahathir merelakan dirinya dipergunakan oleh DAP. Lebih teruk lagi Tun Mahathir telah mempersenda Nabi Muhammad SAW dalam  konvensyen DAP itu bila mengatakan zaman Nabi Muhammad SAW dulu tiada RM2.6 billion dan 1MDB. 

Kenyataan Tun Mahathir itu adalah tidak wajar sama sekali. Mengapa perlu buat perumpamaan seperti itu? Untuk apa? Malah ketika Tun M berkata begitu, perwakilan DAP semua dilihat gelak ketawa. Tun M sudah terlalu lebih. Memuji DAP dan menyatakan pandangannya terhadap DAP dulu adalah silap adalah satu tindakan yang amat memalukan sekali. 

Lihat gambar di bawah ini, Tun M sudah jadi hamba pada DAP. Biarkan DAP gunakan dirinya untuk dapatkan undi Melayu. Malu sungguh. 



Sunday, December 4, 2016

Saturday, December 3, 2016

Thursday, December 1, 2016

Wednesday, November 30, 2016

Tuesday, November 29, 2016

Monday, November 28, 2016

Ini Puncanya Nilai Ringgit Jadi Tidak Menentu


Kenaikan Insurans Motor Adalah Cerita Palsu

 



 Bersama-sama ini disertakan Siaran Media Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenai Penafian Kenaikan Kadar Fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi Kenderaan 880cc ke Atas..

Saturday, November 26, 2016

RUU Babi Lebih Penting Dari Masalah Banjir Buat Kerajaan DAP Penang


Hanya ambil masa 1 jam, ianya sudah pun diluluskan. RUU355 ditentang habis habisan oleh DAP. Mengapa DAP tidak beri peluang kepada "public enquiry" terlebih dahulu sebelum RUU Babi ini dibentangkan? 

Mengapa tiada majlis penerangan kepada penduduk kampung Melayu di Jawi Pulau Pinang terlebih dahulu? Serta mengapa ianya tidak dibawa untuk pengetahuan semua rakyat di Pulau Pinang terlebih dahulu sebelum ianya dibentang?

Nampak macam begitu tergesa gesa sangat. Apa pun, RUU Babi ini menampakkan kerajaan DAP Penang lebih pentingkan kehidupan khinzir yang lebih moden dan baik daripada memikirkan jalan menyelesaikan masalah banjir rakyat. 

Agaknya berapakah jumlah bajet yang telah diluluskan untuk RUU Babi ini? Lebih memalukan, ADUN Melayu dari PKR menjadi "kuda DAP" untuk usulkan RUU itu dalam sidang DUN. 



Thursday, November 24, 2016

Wednesday, November 23, 2016

Tuesday, November 22, 2016

Dua Orang Pensyarah Ini Wajib Dikenakan Tindakan Kerana Sertai BERSIH 5


Dua pensyarah ini telah berani hadir ke Bersih 5. Biarpun KSN sudah mengeluarkan amaran kepada kakitangan awam agar jangan hadir ke perhimpunan haram BERSIH 5, namun mereka berdua ini tetap hadir juga. 

Maka kita sama samalah melihat apakah tindakan yang akan dilakukan terhadap mereka berdua ini. Apakah UNIMAS dan UNIVERSITI MALAYA berani membicarakan mereka mengikut peraturan dan pekeliling penjawat awam yang sedia ada. 

Jika tidak dikenakan apa apa tindakan, dibimbangi akan ramai lagi pensyarah universiti yang akan hadir dalam perhimpunan haram sebegini di masa akan datang. 

Malah tidak perlu dirisaukan apa pekerjaaan mereka kerana kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang sendiri sudah ada beberapa buah universiti dan institusi yang boleh menawarkan pekerjaan kepada mereka. 

Mahukah Azmin dan Guan Eng ambil mereka berdua ini bekerja di universiti dan insitusi milik kerajaan negeri mereka?


Ringgit Tidak Laku Di Tanah Suci Mekah ? Ustaz Daud Che Ngah Difitnah


Ini dakwaan yang dibuat dalam Facebook berkaitan ringgit Malaysia kononnya tidak laku di tanah suci Mekah. Mereka menggunakan sumber daripada penceramah Ustaz Dato Daud Che Ngah sebagai sumber mereka. Ternyata dakwaan dalam facebook di atas adalah tidak benar dan fitnah. 

Berikut adalah penjelasan mengenai dakwaan tersebut daripada Jabatan Haji (gambar di bawah). Tabung Haji juga telah menghubungi Dato Daud Che Ngah dan beliau menafikan mengeluarkan kenyataan seperti yang tersebar dalam Facebook di atas. 

Mengapalah begitu terdesak sekali mereka hingga sanggup memfitnah ustaz sebegitu rupa. Nampaknya gerakan politik pembangkang ini sudah sampai tahap begitu terdesak sekali. Sanggup buat apa sahaja, termasuklah fitnah untuk mencapai matlamat mereka. 


Monday, November 21, 2016

Kejatuhan Ringgit Bukan Disebabkan 1MDB

Demonstrasi Jalanan : Mahathir Memang Mudah Lupa



"Zaman saya dulu mana ada demonstrasi macam ini dan penentangan rakyat semacam ini" kata Tun Mahathir pada 27 Mec 2016 di Kongres Rakyat pakatan pembangkang. Tun Mahathir mengulangi ayat yang sama ketika berdemo BERSIH 5 di KLCC pada 19 November 2016. 

Zaman Tun Mahathir lagi ramai yang turun berdemo di Dataran Merdeka untuk membebaskan Anwar Ibrahim. Bukan sahaja di Dataran Merdeka, malah di beberapa tempat lain turut berlaku demonstrasi menuntut Tun Mahathir meletak jawatan pada waktu itu. 




Pada 29 April 2012, ketika ditanya wartawan mengenai demonstrasi BERSIH 3, Tun Mahathir mengutuk dan mengecam mereka yang berdemo itu dan umpamakan mereka sebagai keldai. Lihat video bawah ini. 


Persoalannya sekarang ini, siapa sebenarnya yang sudah diperalat dan dikeldaikan oleh pakatan pembangkang. Gelak besar Anwar Ibrahim dalam penjara. Wan Azizah juga tidak turun berdemonstrasi. 

Rakyat kini sudah tahu siapa sebenarnya Mahathir. Perangai sebenar Mahathir sudah terserlah. Mungkin inilah maksud perjuangan yang belum selesai bagi Tun Mahathir. 

Sunday, November 20, 2016

Agenda Sulit George Soros Dalam BERSIH 5 Mula Terserlah


Agenda sulit Soros menerusi Open Society Foundation. Agenda ini turut dijayakan di semua negara negara lain untuk menukar kerajaan menerusi demonstrasi jalanan. 

Sudah pun berlaku di beberapa buah negara Islam. Kerajaan yang ditukar menerusi demonstrasi itu akhirnya akan tidak stabil dan juga akan ditumbangkan kembali menerusi demonstrasi jalanan. 

Akhirnya negara akan jadi kucar kacir dan tidak menentu. Inilah matlamat akhir mereka. Strategi halus dan sulit "Color Revolution"


Wednesday, November 16, 2016

Berapa Sebenarnya Gaji Pegawai Khas Ahli Parlimen Ampang?


Kekayaan yang dimiliki oleh pegawai khas Ahli Parlimen Ampang cukup luar biasa. Selain ada tiga rumah dan beberapa buah kereta yang mewah seperti yang didedahkan di blog Captain M (baca sini), pegawai khas tersebut juga sudah mula mencipta angan angan hendak menjadi "Menteri" di laman Instagramnya. 

Pihak terbabit perlu menyiasat daripada mana sumber sebenar pendapatan pegawai khas terbabit. Mungkin Rafizi Ramli boleh membantu mendedahkan bagaimana pegawai khas Zuraida ini menjadi sebegitu mewah. 

Persoalan besar yang perlu ditanya adalah, berapa sebenarnya gaji pegawai khas ahli parlimen tersebut?

ECRL : Dakwaaan Pemimpin Pembangkang Sempit


Tuesday, November 15, 2016

Saturday, November 12, 2016

Gambar Ini Jadi Bukti, DAP Adalah Ketua Pakatan Pembangkang Sekarang


Segalanya mungkin tidak disedari secara sengaja oleh mereka yang berdiri di belakang itu. Mereka sebenarnya berdiri untuk menghormati orang yang anggap ketua. 

Tun Mahathir hanyalah jadi jurucakap kepada pembangkang, tetapi dalam hati setiap ahli parlimen itu, ketua mereka adalah Kit Siang. 

Apa boleh buat, PAN kena patuh kepada siapa yang membiayai dan membayar mereka. Gambar ini jelas, DAP adalah ketua sebenar pakatan pembangkang. Kejadian ini pula berlaku di parlimen.

Thursday, November 10, 2016

DAP : Tuduh Kerajaan Pusat Bankrap, Tapi Minta Duit Bantuan Dengan Kerajaan Pusat



Cukup tidak malu DAP Penang. Kos kajian terowong sudah dibayar sejumlah RM305 juta kepada konsultan. Terowong tidak pun dibina. Duit kajian sudah terbang entah ke mana. 

Kini bila banjir melanda Pulau Pinang, minta pula duit dengan kerajaan pusat yang DAP sendiri kecam sebagai kerajaan bankrap dan bakal muflis. 

Minta pula duit dari belanjawan 2017 yang DAP sendiri tidak undi untuk luluskan belanjawan tersebut. Rakyat Pulau Pinang kena buka mata luas luas. 

Inilah gaya politik sebenar DAP. Mereka bukan fikir masalah rakyat, mereka hanya fikir untuk kroni dan keluarga mereka sahaja.

Tuesday, November 8, 2016

Rafizi Kantoi Sebut Kalau Banyak Kali Setiap Kali Hendak Buat Cerita Tidak Betul



Akhirnya Rafizi terkantoi dan kena sekolah dengan ahli ahli parlimen Barisan Nasional dalam parlimen. Tersenyap sekejap Rafizi. Cuba bilang tengok berapa kali Rafizi sebut kalau dalam video di atas.

Pemuda MCA Tolak Tanggapan Negatif DAP Tentang Lawatan Dato Seri Najib Ke China


Bukti Bukti BERSIH 5 Alat Asing Untuk Kucar Kacirkan Negara



Setiap rakyat Malaysia yang sayangkan negara wajib menolak sebarang demonstrasi yang membawa kesan buruk pada negara. 

Lebih lebih lagi demonstrasi yang diadakan itu mendapat pembiayaan daripada pihak asing. Malah pihak penganjur demo sendiri sudah mengakui menerima dana tersebut. 

Berikut adalah beberapa artikel penting yang perlu dihadam dan dibaca oleh rakyat Malaysia untuk memahami dengan lebih jelas dan mendalam kaitan Soros dengan demonstrasi BERSIH di Malaysia.

Kaitan Ambiga Dengan "Movement BERSIH"

Mungkin rakyat Malaysia mudah terlupa siapa sebenarnya Ambiga yang dulunya menganjurkan BERSIH. Kini dari Ambiga, penganjur BERSIH bertukar tangan pula kepada Maria Chin. Inilah Ambiga yang sebenarnya (baca artikel ini).

Apa pula kaitan Soros dengan BERSIH? Sudah beberapa kali diulas dan diceritakan tentang Color Revolution yang ditaja oleh jutawan penyagak matawang asing itu, ya mungkin kini ramai sudah terlupa.

"Tentera Demonstrasi Soros" Ada Di Malaysia?

Tentera tentera revolusi Soros sebenarnya sudah ada di Malaysia. George Soros melalui OSI turut memainkan peranan dalam revolusi yang tercetus di Ukraine dan Georgia. Malah demonstrasi yang berlaku di Mesir dikatakan turut disumbang oleh tangan-tangan George Soros. Ketika demonstrasi selama 18 hari di Mesir, aktivis Amnesty International dan hak asasi manusia turut sama terlibat. (baca artikel penuh ini).  

Apa yang berlaku di Mesir pada Januari 2011 adalah hasil tangan Soros. Pemimpin demonstrasi di Mesir mendapat "secret backing" daripada kuasa luar. George Soros melalui Open Society Institute telah menyalurkan sponsor kepada majalah Wasla yang merupakan penghubung antara blogger dan masyarakat di Mesir. Di Malaysia pun ada pihak yang ditaja oleh Soros (baca artikel penuh ini). 

Turut terlibat dalam kerangka besar rancangan color revolution ini adalah George Soros (Pengerusi Open Society Institute) yang dipercayai membiayai Radio Kalima di Tunisia serta menyediakan geran latihan kepada NGO di Mesir iaitu The Egyptian Initiative for Personal Rights (baca artikel penuh ini)

Tangan Soros Biayai Aktiviti Demonstrasi Di Malaysia

24 Februari 2011, sekumpulan anak muda telah mengadakan diskusi "Pilihan raya atau pilihan jalan raya?" di 50-B, Jalan Kemuja, Bangsar Utama. Mereka menjadikan Tunisia, Mesir dan Indonesia sebagai kayu ukur revolusi di jalan raya perlu diadakan di Malaysia. 

Dalam diskusi tersebut, dinyatakan bahawa revolusi di Mesir yang dimulakan oleh kumpulan April Youth 6 sebenarnya dilatih oleh Optor yang berpangkalan di Switzerland. Menurut moderator program tersebut, Optor Movement bersedia membantu mana-mana pertubuhan di Malaysia untuk mengadakan revolusi.

Ini bermakna diskusi tersebut juga telah ditaja oleh Optor, yang dibiayai oleh George Soros pada 10 Oktober 1998. Tidak hairan kenapa demonstrasi cuba diadakan di Malaysia (baca artikel penuh ini).

Maria Chin & Dana Asing
 
Phil Burnett Franklin Agee, mendedahkan modus operandi CIA (Central Intelligence Agency) ‘menakluk’ sesebuah negara menggunakan topeng demokrasi. NAMFREL di Filipina adalah salah satu ahli ANFREL. Di Malaysia, cawangan ANFREL adalah NIEI (National Institute for Electoral Integrity) yang dipengerusikan oleh Yunus Ali, suami kepada Maria Chin Abddullah yang menjadi Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 (baca artikel penuh ini). 

Ini antara beberapa ulasan yang sudah diberikan sejak 5 dan 6 tahun yang lalu tentang bahaya dan agenda demonstrasi haram BERSIH di Malaysia. Ramai rakyat Malaysia mudah terlupa dengan agenda halus BERSIH ini. Segalanya masih belum terlambat. 

Lebih baik menjaga kestabilan ekonomi negara dan kemakmuran kehidupan yang sedang dinikmati kini daripada mengheret negara ke kancah kekacauan yang lebih teruk sebagaimana apa yang sedang berlaku di Timur Tengah dan Afrika Utara. 

Orang yang mencetuskan demonstrasi di Mesir pun sudah menyesal dengan apa yang telah dia lakukan (baca penuh artikel ini). Begitu juga rakyat di Libya, mereka kecewa kerana kekacauan yang berlaku tidak juga menjanjikan apa apa perubahan kepada mereka (baca artikel penuh ini). 

Apa gunaya menyesal selepas segalanya sudah jadi bubur. Masa tidak boleh diundur kembali. Rakyat Malaysia masih ada masa, berfikirlah panjang sebelum terpedaya dengan helah dan muslihat agenda asing.

 

Monday, November 7, 2016

Hanya 31% Sahaja Hadir Konvensyen DAP Pulau Pinang


 

Pada sesi pagi hanya 328 orang sahaja hadir daripada seramai 1,027 perwakilan yang sepatutnya hadir. Malah ketika sesi penyampaian sijil penghargaan sedang diadakan, separuh lagi dewan kosong ketika Kit Siang sedang berada di atas pentas menyampaikan sijil. 

Hanya 31.91% (328 orang) sahaja yang hadir dalam konvensyen DAP. Tidak sampai pun separuh. Ini petanda isu hilang kepercayaan yang amat besar terhadap Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Malah Chow Kon Yew juga mengakui Guan Eng sedang menghadapi isu rasuah. 

DAP sudah hilang "central gravity" di Penang jika mereka hilang kerajaan negeri Penang. Pusat kuasa dan sumber mereka akan hilang. Maka inilah masa terbaik untuk orang Melayu bangkit dan menumbangkan DAP. Yang masih belum mendaftar, masih sempat lagi hendak buat keputusan untuk menentukan kuasa di Penang. 

 
Berdasarkan maklumat, keti­ka sesi pagi hanya 328 daripada 1,027 perwakilan hadir dengan sebahagian besar mereka terdiri daripada ahli-ahli veteran. - See more at: https://www.utusan.com.my/berita/politik/konvensyen-dap-p-pinang-hambar-1.404585#sthash.ll4wEaKv.dpuf

Lebih 80% Akujanji Parti BN Dalam PRU13 Telah Ditunaikan



Sudah 80% akujanji BN telah ditunaikan. Ini jawapan rasmi daripada BN. Berapa banyak pula akujanji pakatan pembangkang telah tunaikan sebagai kerajaan di Selangor dan Pulau Pinang?



Sunday, November 6, 2016

Saturday, November 5, 2016

Gas Masak Naik, Satu Lagi Siri Cerita Rekaan Pembangkang



Pembangkang sengaja mereka reka cerita tidak benar hanya untuk satu tujuan sahaja. Untuk membuat rakyat rasa panik dan menimbulkan emosi marah pada kerajaan. 

Padahal pembangkang pun sendiri tahu cerita yang mereka buat itu tidak benar. Pembangkang gunakan kesempatan ke atas rakyat Malaysia yang tidak gemar menyemak sesuatu fakta. 

Kebiasaanya rakyat Malaysia suka menerima apa sahaja yang mereka baca dan terus membuat kesimpulan tanpa menyemak berita yang dibaca itu sahih atau pun tidak. 

Inilah sebabnya mereka begitu banyak persepsi dapat dicipta dan diviralkan dengan begitu cepat sekali. Hanya ada satu jalan sahaja untuk menghalang kegilaan berita tidak benar ini. Semak dahulu sesuatu yang dibaca. Apa sumbernya dan apa link sebenar bahan yang dibaca.



Tuesday, November 1, 2016

Air Dan Minyak, Mana Lebih Utama Bagi Rakyat?


Bermula hari ini, harga runcit bagi minyak petrol RON95, RON97 dan Diesel naik sebanyak RM0.15 berkuatkuasa 1 November.
Seperti biasa, apabila pengumuman kenaikan harga minyak, maka “gegak gempita” satu Malaysia dengan pelbagai tohmahan jahat dilemparkan kepada kerajaan.
Sebenarnya, kebanyakan mereka yang membuat bising ini terlupa bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan hari ini semuanya berdasarkan cadangan Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan dari PKR yang mencadangkan supaya kerajaan mengapungkan harga minyak bersandarkan kepada harga semasa minyak di pasaran dunia.
Namun, ianya langsung tidak dipandang oleh mereka yang membenci kerajaan dan segala kesalahan dan bebanan terus diletakkan dibahu kerajaan kononnya menekan rakyat.
Pada masa yang sama, ramai di kalangan mereka yang mengagungkan pembangkang terlupa akan hakikat, mereka terpaksa menanggung derita hanya akibat kelalaian kerajaan pembangkang sendiri menunaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat.
Di Selangor hari ini, lebih 1.6 juta penduduk Selangor terjejas akibat acapkali terputus bekalan air. Jika mahu dibandingkan dengan petrol, bekalan air yang konsisten amat diperlukan setiap hari untuk kegunaan harian.
Tidak seperti petrol, kita hanya menggunakan selang tiga atau empat hari dalam seminggu. Namun, lumrah manusia, kita tidak dapat lari daripada menggunakan air untuk kehidupan kita seharian. 
Walaupun kerajaan Selangor menjanjikan bekalan air percuma, namun dengan ketiadaan air, bukan sahaja ia menekan keperluan rakyat, malah mengganggu aktiviti harian.
Bayangkan jika pengasuh tadik menyampaikan mesej pada keluarga supaya membawa 5 liter air ke sekolah untuk keperluan anak anak, mandi dan membasuh hadas kecil dan besar. 
Harga air 1.5 liter adalah RM2.25. Jika ada dua orang anak, maka penjaga itu perlu beli 10 liter air di kedai Speedmart. 
Harganya dalam RM22.50 untuk sepuluh botol air 1.5 liter. Biasanya pusat rawatan air Selangor tutup selama 3 hari bila berlaku gangguan air. Sudah 6 kali berlaku gangguan air di Selangor, bermakna 18 hari secara keseluruhan. 
18 hari bermakna keluarga itu berbelanja RM22.50 x 18 hari = RM405 untuk tahun ini sahaja. Apa boleh buat, RM405 ini terpaksa dibelanja demi mendapatkan air untuk anak anak. 
Dengan purata petrol naik 0.15 sen ini, berapa agaknya lebihan belanja untuk bulan ini? Katakan setiap orang isi 20 liter petrol untuk kegunaan seminggu bekerja. Kalau sebulan, 4 kali isi. Maka jumlahnya adalah lebihan 80 liter x 0.15 = RM12 sahaja untuk bulan ini. 
Mana lagi mahal, RM12 lebihan untuk petrol atau RM405 untuk air? 
Tentunya air lebih penting. Mereka yang melenting bila naik 15 sen ini sudah bacakah belum Belanjawan Selangor yang dibentang Azmin semalam? Ada nampak perancangan Azmin untuk atasi masalah air. 
Apa yang jelas, Bajet Azmin sejak jadi MB Selangor adalah defisit untuk tahun ketiga berturut turut, dari RM452 juta jadi RM900 juta defisit. 
Katanya mahu fokus pembangunan, tidak guna juga fokus pembangunan kalau air tiada. Rakyat defisit RM405 akibat 6 kali gangguan air di Selangor
Jumlah ini melibatkan 1.6 juta penduduk yang terjejas di Hulu Langat. Air lagi penting dari memenangi Piala Malaysia. Sebab itu jangan marah rakyat kalau mereka "troll" Azmin sebab isu air. 
Memang air penting dari minyak. Satu hari badan memerlukan air 8 liter, minyak 20 liter seminggu baru habis kalau tidak ke mana mana. Kena rasional, isu air lagi penting dari minyak. 
Tulisan :
Beruang Biru
BB113, Selasa
1 November 2016

Belanjawan Selangor, Hanya Indah Khabar Dari Rupa

Thursday, October 27, 2016

Murysidul Am PAS Ulas Hubungan PAS Dengan UMNO



PAS bersama dengan UMNO dalam perkara kebajikan dan syariat Islam, ini penjelasan Mursyidul Am PAS

Video Ini Punca Ahli Parlimen Pembangkang Keluar Dewan



Tidak sebut pun nama sesiapa, sampai keluar dewan terus buktikan mereka terasa pedasnya. "Sampai ke mahkamah dia cari orang yang pernah dia benci" kata Dato Seri Najib. 

Wednesday, October 26, 2016

Tiada Fakta Baru Yang Husni Sebut Dalam Parlimen

Harga Minyak Masak Kekal Tidak Berubah

Lim Lip Eng, Ahli Parlimen DAP Biadap Di Parlimen



Tengoklah bagaimana biadapnya Lim Lip Eng dalam parlimen. Orang macam ini tidak layak diundi lagi masuk sebagai ahli parlimen oleh rakyat Malaysia. Bukan masuk parlimen hendak memperjuang isu rakyat, tetapi berkelakuan biadap dan kurang ajar. 

Thursday, October 20, 2016

DAP Tiada "Locus Stand" Untuk Arah UM

"Adalah jelas bahawa tindakan dan keputusan Universiti Malaya ini adalah dipengaruhi dengan interpretasi politik yang memihak kepada pihak pemerintah.

"Perhimpunan Tangkap MO1 telah disempurnakan dengan aman dan damai, tanpa melibatkan sebarang perkara negatif," ini ayat yang dikeluarkan oleh Wong Kah Woh, Ketua Pemuda DAP pada 19 Oktober 2016. 

Apa kuasa dan hak Wong Kah Woh cakap begitu? Beliau bercakap atas kapasiti Pemuda DAP dan "arahan" yang dibuat itu sebenarnya tidak laku pun di sisi undang undang.  Tiada "locus standi" untuk bercakap begitu. 

Amat memalukan Universiti Malaya yang dahulunya dikuasai oleh kumpulan pro islamik dari pembangkang kini sudah menjadi kubu puak puak DAP. Lebih teruk lagi pelajar pembangkang Melayu ini mendapatkan bantuan DAP untuk mencampuri urusan pelajar di universiti. 

"Trust" yang menjadi motto kumpulan pelajar pembangkang UM dalam PRK yang lepas rupa rupanya sama dengan "Amanah" yang juga dipercayai mendapat tajaan DAP daripada luar.  Jadi pelajar pelajar Melayu nilaikanlah sendiri. 

Siapa sebenarnya pelajar pelajar pembangkang di UM sekarang? Siapa sebenarnya di belakang mereka? Sanggup mereka ini membiarkan diri dipergunakan oleh DAP. Malu sungguh. 

Tuesday, October 18, 2016

Wael Ghonim Menyesal Cetuskan Revolusi Di Mesir


Berikut adalah video penceritaan Wael Ghonim tentang apa yang berlaku di Mesir. Beliau menceritakan perkara ini di satu konferen TED di New York pada Januari 2016. Masa yang ditunjukkan dalam setiap terjemahaan itu adalah minit dalam video tersebut. 

Kesimpulannya, Wael Ghonim sendiri mengakui bahawa revolusi yang beliau cetuskan sendiri menerusi Facebook dan Twitter pada 2011 di Mesir bukannya membawa perubahan sebenar pada masyarakat Mesir. Malah meninggalkan kesan sampingan yang beliau sendiri tidak duga dan mahu. 


00:12
Saya pernah berkata, "Jika anda mahu membebaskan masyarakat, apa yang anda perlukan hanyalah Internet." Saya salah.

00:21
Saya berkata sedemikian pada tahun 2011, semasa halaman Facebook tanpa nama yang saya cipta membantu mencetuskan revolusi Mesir. Arab Spring mendedahkan potensi media sosial yang paling dasyat, tetapi ia juga mendedah kelemahan yang paling besar. Alat yang sama yang menyatukan kami untuk menjatuhkan diktator akhirnya menghancurkan kami. Saya ingin berkongsi pengalaman saya sendiri dalam menggunakan media sosial untuk aktivisme, dan bercakap mengenai beberapa cabaran yang saya lalui secara peribadi dan apa yang kita boleh lakukan tentangnya.

00:58
Pada awal tahun 2000-an, orang-orang Arab telah membanjiri web. Dahaga untuk pengetahuan, untuk peluang, untuk berhubung dengan orang lain di seluruh dunia, kami melarikan diri daripada realiti politik kami yang mengecewakan dan hidup dalam kehidupan alternatif iaitu dalam dunia maya. Sama seperti kebanyakkan daripada mereka, saya benar-benar tidak terlibat dalam politik sehingga tahun 2009. Pada masa itu, apabila saya log masuk ke dalam media sosial, saya mula melihat semakin ramai orang-orang Mesir yang bercita-cita untuk merubah politik di negara itu. Saya merasakan seperti saya tidak keseorangan.

01:39
Pada bulan Jun 2010, Internet mengubah hidup saya selama-lamanya. Semasa melayari Facebook, saya melihat sekeping gambar yang menakutkan, gambar mayat lelaki Mesir yang masih muda yang telah diseksa. Namanya ialah Khaled Said. Khaled berusia 29 tahun daripada Alexandria dan ditembak mati oleh polis. Saya melihat diri saya dalam gambarnya. Saya berfikir, "Saya mungkin boleh menjadi seperti Khaled."

02:11
Saya tidak dapat tidur pada malam itu, dan saya memutuskan untuk melakukan sesuatu. Saya mencipta halaman Facebook tanpa nama dan memanggilnya "We are all Khaled Said." Dalam masa tiga hari sahaja, halaman itu mempunyai lebih 100,000 orang, rakyat Mesir yang berkongsi kebimbangan yang sama. Apa-apa yang berlaku perlu dihentikan.

02:35
Saya melantik admin bersama saya, Abdelrahman Mansour. Kami bekerja bersama-sama untuk berjam-jam lamanya. Kami mengumpul idea daripada orang ramai. Kami telah melibatkan mereka. Kami secara kolektif menuntut untuk tindakan diambil, dan berkongsi berita yang mana rejim tidak mahu rakyat Mesir tahu. Halaman ini menjadi halaman paling banyak diikuti di Arab. Ia mempunyai lebih ramai peminat daripada organisasi media yang kukuh dan juga selebriti terkemuka.

03:05
Pada 14 Januari 2011, Ben Ali melarikan diri daripada Tunisia selepas begitu banyak bantahan yang dibuat terhadap rejimnya. Saya melihat satu percikan harapan. Orang Mesir di media sosial tertanya-tanya, "Jika Tunisia boleh melakukannya, mengapa tidak kita?" Saya membuat satu catatan peristiwa (event) di Facebook dan memanggilnya "A Revolution against Corruption, Injustice and Dictatorship." Saya mengajukan soalan kepada 300,000 pengguna halaman pada masa itu: "Hari ini adalah 14 Januari. 25 Januari adalah Hari Polis. Ia merupakan cuti umum. Jika 100,000 daripada kita melakukan protes di Kaherah, tiada siapa yang akan menghalang kita. Saya tertanya-tanya jika kita boleh melakukannya."

03:53
Dalam hanya beberapa hari, jemputan itu mencecah lebih satu juta orang, dan lebih 100,000 orang mengesahkan kehadiran mereka. Media sosial adalah penting untuk kempen ini. Ia membantu satu pergerakan tidak berpusat untuk naik. Ia membuatkan orang ramai sedar bahawa mereka tidak bersendirian. Dan ia membuatkan perkara ini mustahil untuk dihentikan oleh rejim. Pada masa itu, mereka bahkan tidak memahaminya. Dan pada 25 Januari, orang-orang Mesir membanjiri jalan-jalan di Kaherah dan bandar-bandar lain, menuntut perubahan, memecahkan halangan ketakutan dan mengumumkan era baru.

04:32
Kemudian datang akibatnya. Beberapa jam sebelum rejim memotong Internet dan telekomunikasi, saya sedang berjalan di sebatang jalan yang gelap di Kaherah, sekitar tengah malam. Saya baru sahaja ‘tweet’, "Pray for Egypt. The government must be planning a massacre tomorrow." (“Berdoalah untuk Mesir. Kerajaan pasti merancang pembunuhan beramai-ramai pada hari esok.”)

04:52
Saya telah dipukul dengan kuat di kepala saya. Saya hilang imbangan dan jatuh ke bawah, dan melihat terdapat empat lelaki bersenjata mengepung saya. Satu menutup mulut saya dan yang lain memegang saya supaya saya tidak boleh bergerak. Saya tahu saya sedang diculik oleh keselamatan negeri.

05:09
Saya mendapati diri saya dalam penjara, digari, ditutup mata. Saya terkejut. Begitu juga dengan keluarga saya, yang mula mencari saya di hospital, balai polis dan juga rumah mayat.

05:25
Selepas kehilangan saya, beberapa rakan-rakan saya yang tahu bahawa saya adalah admin halaman itu memberitahu kepada media mengenai hubungan saya dengan laman tersebut, dan bahawa saya mungkin ditahan oleh keselamatan negeri. Rakan-rakan saya di Google memulakan kempen untuk cuba untuk mencari saya, dan sekalian penunjuk perasaan di dataran mendesak pembebasan saya.

05:47
Selepas 11 hari dalam kegelapan, saya telah dibebaskan. Dan tiga hari kemudian, Mubarak dipaksa berundur. Ia adalah detik yang paling memberi inspirasi dan berkuasa dalam hidup saya. Ia merupakan detik pengharapan yang sangat agung. Orang Mesir hidup bahagia selama 18 hari semasa revolusi itu. Mereka semua berkongsi kepercayaan bahawa kita sebenarnya boleh hidup bersama-sama walaupun berbeza, bahawa Mesir selepas Mubarak adalah untuk semua.

06:18
Tetapi malangnya, peristiwa-peristiwa pasca-revolusi adalah seperti satu tamparan hebat. Keghairahan menjadi pudar, kami gagal untuk membina konsensus, dan perjuangan politik membawa kepada polarisasi yang dasyat. Media sosial hanya menambahkah minyak kepada api, dengan memudahkan penyebaran maklumat yang salah, khabar angin, dan menggemakan kata-kata kebencian. Keadaan sekitar menjadi toksik. Dunia dalam talian saya menjadi medan pertempuran yang penuh dengan helah, pembohongan, ucapan kebencian. Saya mula bimbang tentang keselamatan keluarga saya. Tetapi sudah tentu, ini bukan mengenai saya sahaja. Polarisasi mencapai kemuncaknya antara kedua-dua kuasa utama - penyokong tentera dan ‘Islamists’. Orang di tengah, seperti saya, mula berasa tidak berdaya. Kedua-dua kumpulan mahu anda menyebelahi mereka; anda sama ada dengan mereka atau menentang mereka. Dan pada 3 Julai 2013, tentera menggulingkan presiden pertama Mesir yang dipilih secara demokrasi, selepas tiga hari protes popular yang menuntut peletakan jawatannya. 

07:33
Hari itu saya membuat keputusan yang sangat sukar. Saya mengambil keputusan untuk berdiam diri sepenuhnya. Ia adalah detik kekalahan. Saya berdiam selama lebih daripada dua tahun, dan saya menggunakan masa itu untuk memikirkan semua yang berlaku, cuba untuk memahami mengapa ia berlaku. Ia menjadi jelas kepada saya bahawa walaupun ianya benar bahawa polarisasi adalah sebahagian besarnya didorong oleh tingkah laku manusia, media sosial membentuk tingkah laku ini dan membesarkan kesannya. Katakanlah anda mahu mengatakan sesuatu yang tidak berdasarkan fakta, memulakan pergaduhan atau mengabaikan seseorang yang anda tidak suka. Ini semua adalah dorongan semula jadi manusia, tetapi kerana teknologi, bertindak atas dorongan ini adalah hanya dengan satu klik sahaja.

08:23
Pada pandangan saya, terdapat lima cabaran kritikal yang dihadapi oleh media sosial hari ini.

08:29
Pertama, kita tidak tahu bagaimana untuk berurusan dengan khabar angin. Khabar angin yang mengesahkan ketidakadilan orang kini dipercayai dan tersebar di kalangan berjuta-juta orang.

08:41
Kedua, kita mewujudkan ‘echo chamber’ kita sendiri. Kita cenderung untuk hanya berkomunikasi dengan orang yang kita setujui, dan kerana media sosial, kita boleh ‘mute’, ‘un-follow’ dan ‘block’ orang lain.

08:57
Ketiga, perbincangan dalam talian dengan cepat bertukar kepada sekumpulan yang memprotes. Kita semua mungkin tahu perkara ini. Ia seolah-olah kita lupa bahawa orang-orang di belakang skrin adalah orang sebenar dan bukan hanya avatar.

09:12
Dan keempat, ia menjadi benar-benar sukar untuk mengubah pendapat kita. Oleh kerana kepantasan dan keringkasan media sosial, kita terpaksa membuat kesimpulan dan menulis pendapat yang ringkas dan mendadak dalam 140 aksara tentang urusan dunia yang kompleks. Dan apabila kita berbuat demikian, ia hidup selama-lamanya dalam Internet, dan kita menjadi kurang bermotivasi untuk mengubah pandangan ini, walaupun apabila bukti baru timbul.

09:39
Kelima - dan dalam pandangan saya, ini adalah yang paling kritikal - hari ini, pengalaman media sosial kita direka dengan cara yang menyukai penyiaran daripada penglibatan, ‘post’ daripada perbincangan, komen cetek berbanding perbualan mendalam. Ia seolah-olah kita bersetuju bahawa kita berada di sini untuk bercakap tentang satu sama lain dan bukannya bercakap dengan satu sama lain.

10:04
Saya menyaksikan bagaimana cabaran kritikal ini menyumbang kepada masyarakat Mesir yang telah berpecah belah, tetapi ini bukan sahaja tentang Mesir. Polarisasi semakin meningkat di seluruh dunia. Kita perlu bekerja keras untuk memikirkan bagaimana teknologi boleh menjadi sebahagian daripada penyelesaian, bukan sebahagian daripada masalah.

10:26
Terdapat banyak perdebatan hari ini bagaimana untuk memerangi gangguan atas talian dan memerangi ‘trolls’. Ini adalah sangat penting. Tiada siapa yang boleh menidakkannya. Tetapi kita juga perlu berfikir tentang bagaimana caranya untuk mereka pengalaman media sosial yang menggalakkan adab sopan dan menggalakkan timbang rasa. Saya tahu hakikatnya jika saya menulis post yang lebih sensasi, lebih berat sebelah, kadang-kadang marah dan agresif, lebih ramai orang akan melihat post itu. Saya akan mendapat perhatian yang lebih. 

10:58
Tetapi bagaimana jika kita meletakkan lebih tumpuan kepada kualiti? Apa yang lebih penting: jumlah bilangan pembaca post yang anda tulis, atau siapakah orang-orang yang mempunyai kesan yang membaca apa yang anda tulis? Tidak bolehkah kita hanya memberi orang lebih banyak insentif untuk melibatkan diri dalam perbualan, dan bukannya hanya menyiarkan pendapat sepanjang masa? Atau memberi ganjaran kepada orang yang membaca dan membalas terhadap pandangan yang tidak mereka setujui? Dan juga, jadikannya diterima masyarakat bahawa kita mengubah minda kita, atau mungkin juga memberi ganjaran untuk itu? Bagaimana jika kita mempunyai matriks yang mengatakan berapa ramai orang mengubah fikiran mereka, dan itu menjadi sebahagian daripada pengalaman media sosial? Jika saya boleh menjejaki berapa ramai orang yang menukar fikiran mereka, saya mungkin akan menulis dengan lebih teliti, daripada merayu kepada orang ramai yang telah bersetuju dengan saya dan "liking" kerana saya hanya mengesahkan ketidakadilan mereka.

11:54
Kita juga perlu berfikir tentang mekanisme ‘crowdsourcing’ yang berkesan, dan maklumat yang telah disemak yang tersebar meluas dalam talian, dan memberi ganjaran kepada orang-orang yang mengambil bahagian dalam perkara itu. Pada dasarnya, kita perlu memikirkan semula ekosistem media sosial hari ini dan mereka semula pengalamannya untuk memberi ganjaran kepada timbang rasa, adab sopan dan persefahaman.

00:16
Sebagai seorang yang percaya pada Internet, saya bekerjasama dengan beberapa orang kawan, memulakan satu projek baru, cuba untuk mencari jawapan dan meneroka kemungkinan. Produk pertama kami adalah platform media baru untuk perbualan. Kami menjadi hos kepada perbualan yang menggalakkan persefahaman dan dengan harapan dapat mengubah fikiran. Kami tidak mendakwa bahawa kami mempunyai jawapan, tetapi kami mula bereksperimen dengan perbincangan yang berbeza mengenai isu-isu yang pelbagai, seperti bangsa, kawalan senjata api, perdebatan pelarian, hubungan antara Islam dan keganasan. Ini adalah perbualan yang penting.

00:53
Hari ini, sekurang-kurangnya satu daripada tiga orang di planet ini mempunyai akses kepada Internet. Tetapi sebahagian daripada menggunakan Internet adalah menjadi tawanan kepada aspek kurang mulia dalam tingkah laku manusia.

13:09
Lima tahun yang lalu, saya berkata, "Jika anda mahu membebaskan masyarakat, apa yang anda perlukan hanyalah Internet."

13:18
Hari ini, saya percaya jika kita mahu membebaskan masyarakat, kita perlu terdahulu membebaskan Internet.

13:26
Terima kasih banyak-banyak.