Tuesday, March 31, 2015

Johari Abdul Akui Anwar Dilayan Baik Dalam Penjara



Johari Abdul, Ahli Parlimen PKR Sungai Petani sendiri akui bahawa Anwar dapat 4 orang doktor pakar dalam penjara. Jangan pula diminta doktor pakar dari Jerman untuk merawat selepas ini.

Sesuatu yang yang tidak dapat oleh banduan lain dalam penjara. Shamsul Iskandar pula mempertikai mengapa perlu dikawal oleh CCTV, ini jawapannya kalau tidak dikawal maka rakyat tidak akan mengetahui penipuan yang telah dibuat oleh Anwar Ibrahim. 

Lihat video Anwar Ibrahim ini, bukan main bebas lagi berdiri sedangkan sebelum itu mendakwa sakit pinggang. 


GST : Pengguna Perlu Bijak Boikot Kedai Yang Tipu Rakyat



Ngeh, Ngah & DAP Bertindak Biadap Dalam Sidang DUN Perak


Pembangkang Perak bertindak biadap lagi ketika pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri Perak bila memakai pakaian hitam dan ada yang tidak bersongkok. Paling sedih tengok ADUN Melayu dipergunakan oleh ADUN ADUN DAP untuk bertindak biadap terhadap sidang DUN pertama yang dihadiri oleh Sultan Nazrin Shah.

Barang Barang Ini Tiada GST

Hati Hati Mesej Palsu Ini, Jangan Mudah Terpedaya



Kit Siang & Guan Eng Tak Sanggup Tengok Video Ini


Monday, March 30, 2015

Mengapa Rakyat Di Negara Tersenarai Ini Tidak Marah Pun Pasal GST?


Sudah lama dilaksanakan di negara lain, marah kadar 6% Malaysia adalah antara yang terendah di dunia. Jika sistem GST tidak baik mengapa rakyat di Jepun dan Korea Selatan tidak membantah.

Singapura sendiri sudah laksanakan GST sejak 7%, mengapa DAP tidak bantah sistem yang sudah dibuat di Singapura oleh PAP itu?

Geng Demo #KitaLawan Kena "Sound" Dengan Pelancong


Saturday, March 28, 2015

Pendemo #KitaLawan Sudah Bersurai

Demo paling gagal dan kurang sambutan. Ramai tidak bersetuju bila demo itu bertujuan untuk mengacau majlis kenduri kahwin. Inilah demo terakhir kumpulan pembangkang agaknya.

Jualan Murah 70% Sogo Gagalkan Demo #KitaLawan

Demo #KitaLawan Ramai Beredar Tinggalkan Sogo

Demo #KitaLawan Satu Cubaan Hina Kenduri Kahwin Orang Melayu

1) Apa masalah sebenar pendemo ini? Tidal lain dan tidak bukan hanyalah untuk menggangu majlis kenduri anak PM.

2) Sanggup habiskan duit untuk buat banner dan poster serta sepanduk anak PM, siap dengan bunga manggar lagi. Mengapa mereka ini tidak sanggup habiskan duit ringgit untuk bantu mangsa banjir di Kelantan?

3) Secara tidak langsung, pendemo pendemo ini telah membuat suatu perkara yang cuba merendah rendahkan majlis perkahwinan orang Melayu. Apa agaknya perasaan mereka jika majlis kenduri anak pemimpin PKR dibuat begini?

4) Akan terkeluarlah ayat hak asasi dan jangan ganggu privasi saya nanti.

5) Rakyat sedang melihat dan menilaim

Demo #KitaLawan Gagal, Ramai Tidak Mahu Berdemo Kacau Kenduri Kahwin

Bukti Demo #KitaLawan Ada Niat Ganggu Majlis Kahwin

Fahmi Fadzil, Pengarah Komunikasi PKR nafikan dalam Malaysian Insider kata KLCC bukan salah satu destinasi pendemo.

Rupanya kenyataan itu ternyata hanya satu muslihat semata mata. Gambar rajah Malaysiakini ini jadi bukti pendemo kita lawan ada niat untuk ganggu majlis kahwin.

Usah Terikut Dengan Budaya Samseng #KitaLawan

Friday, March 27, 2015

Asal Kena Tahan Sahaja, Teruslah Sakit & Berdrama #KitaLawan

Apa ingat rakyat bodoh dan tidak ada akal untuk menilai kesihatan Rafizi menerusi gambar ini? Orang sakit boleh duduk dan senyum macam itu kah?

Bukti #KitaLawan Ada Niat Ganggu Majlis Kenduri Anak PM


Ini kenyataan yang dibuat oleh Fariz Musa dalam Malaysiakini pada 25 Mac 2015 (baca sini). Jelas sekali ada maksud tersirat ayat "meraikan" yang telah ditulis oleh Malaysiakini dalam artikel tersebut. 

Mengapa perlu berarak ke KLCC sedangkan sudah tahu disitu ada majlis kenduri kahwin? Mengapa perlu buat provokasi bahawa akan ada halang di pelbagai tempat untuk peserta demo sampai ke KLCC?

Ini menunjukkan bahawa pendemo dan Fariz Musa sendiri ada niat lain dalam demo tersebut. 

Amat melucukan, selepas dua hari kenyataan yang dibuat oleh Fariz Musa dalam Malaysiakini itu, barulah timbul Pengarah Komunikasi PKR menjawab. Apa yang dijawab amatlah bertentangan sama sekali dengan kenyataan Fariz. 

Fahmi nyatakan KLCC bukan salah satu lokasi demo Kita Lawan, Fariz pula dalam Malaysiakini kata "merancang berarak ke KLCC". 

Nampak sangatlah mereka yang mendakwa mereka ini adalah "pakatan rakyat" ini sebenarlah sudah hilang erti berpakat sesama mereka. Bila pemimpin sudah tiada, anak anak mereka pun berseleraklah di atas jalan tidak tentu arah. 

Lebih baiklah, Fariz dan Fahmi ini fokuskan usaha usaha untuk bantu mangsa banjir di Kelantan. Daripada buat banner dan kad Kita Lawan, buat baju, bakar lilin, beli payung. Lebih baik semua kos itu disalur pada pakatan mereka di Kelantan yang dalam kesusahan. 

 

Demo #Kitalawan Menyusahkan Orang Ramai Esok



Sebelum Nak Marah GST, Baca Buku Ini Dulu



Wednesday, March 25, 2015

Mana Ada Banduan Boleh Sedap Sedap Makan Begini Di Mahkamah



Namun anaknya tuduh mahkamah dengan tuduhan tuduhan yang berat dan tidak sepatutnya. Mahu keadilan yang bagaimana lagi? 

Dalam kes liwat hendak pula guna perundangan Islam, tetapi bila PAS bentang hudud, PKR tolak mentah mentah hudud yang mahu dibentang oleh PAS. Itulah hipokrasi PKR. 

Lakonan Anwar di atas di mahkamah tidak jauh bezanya dengan lakonan Anwar dulu semasa menjadi banduan di penjara. Cuma kali ini tiada sakit pinggang dan tengkuk sahaja lagi. 

Lihat balik bagaimana lakonan Anwar dalam video di bawah ini. 


Fitnah Majlis Raja Raja, SKMM Patut Tutup Malaysian Insider



KENYATAAN YANG DIKELUARKAN OLEH PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA BERKENAAN DENGAN LAPORAN PORTAL MALAYSIAN INSIDER BAHAWA MAJLIS RAJA-RAJA MENOLAK PINDAAN PERLEMBAGAAN BAGI PELAKSANAAN ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (II) KELANTAAN 1993 (Pindaan 2015)

Adalah dengan ini dimaklumkan rasa dukacita dan kemurkaan yang amat sangat pihak Majlis Raja-raja Melayu berhubung penyiaran satu artikel di sebuah portal yang mencemar ketinggian darjat dan martabat ke Bawah Duli-duli Yang Maha Mulia Sultan dan Raja-raja Melayu.

2. Artikel yang membawa maksud Majlis Raja-raja menolak pindaan Perlembagaan mengenai pelaksanaan hudud itu merupakan suatu provokasi fitnah yang sangat jahat sekali ke atas institusi Kesultanan Melayu.

3. Majlis Raja-raja Melayu menafikan sekeras-kerasnya artikel berkenaan dan tidak pernah membincangkan mengenai pindaan Perlembagaan berkenaan pelaksanaan hudud sebagaimana yang ditulis.

4. Berikut merupakan intipati mesyuarat ke 237 pada 11-12 Mac 2015.

(i) Sembah taklimat terkini pertahanan Negara oleh YM. Jen. Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor (Panglima Tentera Darat) dan mengenai keselamatan oleh YDH. Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar (Ketua Polis Negara).

(ii) Perkara-perkara mengenai Agama Islam.

(iii) Pelantikan Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya.

(iv) Pelantikan semula seorang Ahli Dilantik Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).

(v) Pelantikan ahli Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran.

Sebarang usaha yang cuba mengheret dan mencemar nama baik Majlis Raja-raja merupakan suatu usaha terancang menghakis kedaulatan Sistem Demokrasi dan Raja Berperlembagaan.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia,
Majlis Raja-Raja,
KUALA LUMPUR

25 Mac 2015

Video Ini Benar Benar "Menikam" Rafizi Ramli


Wajib Baca : 4 Pembohongan Rafizi Mengenai GST


Ada Ahli PKR Sokong Hudud, Marah DAP Kalau Tengok Gambar Ini


Wan Azizah kena jawablah nanti dengan Guan Eng dan DAP. 
Beranikah Wan Azizah pecat ahli ahli PKR Cawangan Rasah ini?

Alamak, Satu Lagi Cerita Bohong Rafizi Terdedah


Hudud : Azhar Idrus & Abby Abadi Dicabar Di Facebook



Monday, March 23, 2015

PKR Lebih Sayang DAP Berbanding PAS, Ini Buktinya


Masalah Air : MPP Pro M Pembangkang Marah Pada Azmin?


Di UKM sahaja MPP ini berani bersuara? Air yang hendak masuk ke UKM itu sumbernya daripada mana? Dari Perak atau Negeri Sembilan? UKM ini berada di Perak dan Negeri Sembilan kah?

Bila Ditanya Pasal Hudud, Mahfuz Omar & Hanipa Maidin Melenting Sakan Dalam Parlimen



Melompat dan bersilat sakan Mahfuz Omar, mengapa tidak jawab pada soalan yang ditanya. Nampak sangat dua ahli parlimen ini bakal mengagalkan usaha untuk pinda A355 bila hudud dibentangkan di parlimen nanti. Tunggu tengoklah nanti macam mana.

DAP Mula Serang PAS, Tuduh Pembalakan Punca Banjir Kelantan


Sunday, March 22, 2015

10 Negara Rafizi Hendak Tiru, Tetapi Malaysia Lebih Baik Lagi



1. Pendidikan percuma seperti di Norway - tetapi Norway mempunyai 25% GST

2. Tidak ada GST seperti di Hong Kong - tetapi Hong Kong adalah antara negara yang mempunyai ketidaksamarataan pendapatan yang paling tinggi di dunia dengan bacaan indeks Gini 0.537 berbanding dengan bacaan indeks Gini Malaysia iaitu 0.431 pada tahun 2012 (merosot daripada 0.441 pada tahun 2009)

3. Kesamarataan pendapatan yg baik seperti Denmark dengan bacaan indeks Gini 0.21 - tetapi Denmark adalah antara negara yg mempunyai harga petrol tertinggi, 1.50 Euro atau RM 6.32 per liter.

4. Harga petrol terendah di dunia seperti Venezuela - tetapi kadar inflasi Venezuela adalah yg tertinggi di dunia, iaitu 62% setahun

5. Kadar inflasi yg paling rendah di dunia seperti Jepun yg mempunyai kadar inflasi negatif selama bertahun-tahun - tetapi matawang Jepun telah jatuh kira-kira 40% berbanding Ringgit Malaysia semenjak 2 tahun yg lalu.

6. Penukaran kadar yg tinggi seperti Singapura - tetapi Singapura mempunyai harga kereta yg paling tinggi di dunia di mana harga sebuah kereta MyVi mencecah sehingga $87k atau RM225,000 berbanding di Malaysia hanya RM41,000 sahaja

7. Harga kereta serendah di Brunei - tetapi Brunei tidak ada demokrasi

8. Sedemokrasi seperti di India, yang terkenal sebagai negara demokrasi terbesar di dunia - tetapi India mempunyai kadar korupsi yang tinggi berbanding Malaysia

9. Tiada korupsi atau 0 korupsi seperti Finland - namun Finland kini berada di ambang kejatuhan atau "lost decade" dan mengalami nilai pembangunan ekonomi negatif atau 0

10. Pembangunan ekonomi setinggi Myanmar yang sekarang ini sedang meningkat dgn nilai GDP melebihi 7% - namun demikian Myanmar mempunyai byk konflik agama dan bangsa dan mengakibatkan byk kematian


Orang Melayu Sokong PKR Mahu Ikut DAP Juga?

Saturday, March 21, 2015

Sudah Sudahlah Tidur, Sudah Tiada Sokongan Dah

Seorang sahaja yang mogok? Yang lain semua dah lari. Sama juga keadaan kumpulan yang menggelar diri Kita Lawan di KL tadi. Jam 7 petang dah hilang semua erti lawan.

Jika begitulah jadinya, lebih baik fokua buat kerja lain yang lebih berfaedah dan bermanfaat. Daripada menghabiskan masa tidur dan mogok tidak tentu pasal.

Sudah sudahlah.

Faekah Belasah Teruk PKR Di Twitter



Hudud : Apa Sudah Jadi Dengan MP PKR Ini?

Sampai Bila Harus Dibiar Gadis Melayu Diperguna DAP?

Fitnah Hantaran Anak PM, Pegawai JAKIM Terbabit Wajib Dipecat