Friday, August 28, 2015

Hindari #BERSIH4 Mereka Boleh Bertindak Ganas Begini


30 April 2012, dalam satu kenyataan di Malaysian Insider, Ambiga Sreenavasan menggesa perusuh yang bertindak ganas dalam BERSIH 3 menghadapi "tindakan undang-undang" sekiranya mereka menentang dan memprovokasi pihak polis.

Hakikatnya, Ambiga sendiri akui gagal mengawal dan mententeramkan perusuh semasa BERSIH 3. Sekali lagi, kumpulan yang sama mahu adakan BERSIH 4 pula pada hujung minggu ini. 

Jika ada lagi pihak yang merusuh dalam BERSIH 4, maka Maria Chin pula akan buat kenyataan yang sama seperti Ambiga dahulu. Nampak tak bagaimana tidak ada rasa tanggungjawab langsung penganjur BERSIH. 

Kali ini dengan dana RM1.5 juta yang dikumpul, sudah pasti banyak perkara yang boleh terjadi di jalanan pada hujung minggu ini. Oleh itu, hindarilah BERSIH 4. 

No comments: