Friday, July 24, 2015

Xavier Justo Ditawar RM7,.6 Juta Untuk Jual Maklumat, Dalang Konspirasi Semakin Terbongkar


Xavier Andre Justo, warganegara Switzerland mendakwa bahawa beliau dijanjikan USD$2juta (RM7.6 juta) sebagai pertukaran data yang dicuri daripada bekas majikannya PetroSaudi International.
Menurut temubual The Straits Times, beliau tidak pernah dibayar sebagaimana yang telah dijanjikan oleh seorang ahli perniagaan terkemuka di Malaysia. Justo mendakwa perjanjian penjualan dokumen itu dicapai di Singapura pada Februari lepas, diikuti dengan perbincangan tempoh yang panjang tentang kaedah bagaimana beliau akan dibayar.
Justo, yang kini dipenjara di Thailand atas cubaan memeras ugut bekas majikannya.
Sekumpulan individu yang ditemuinya di Singapura dalam perundingan penjualan data tersebut telah dinamakan dalam 22 muka surat pengakuan Justo kepada polis Thailand. Dia menunjukkan salinan pengakuan kepada The Straits Times.
"Saya cuba untuk membuka akaun di Singapura supaya wang tersebut dibayar secara terus dari akaun (pembeli)," kata Justo. "DBS Bank menolak, saya tidak tahu mengapa. Selepas itu saya membuka akaun di Abu Dhabi atas nama peribadi saya sendiri namun telah ditolak oleh (pembeli) kerana ia mempunyai nama saya di atasnya."
"Kemudian saya cuba menggunakan akaun syarikat saya di Hong Kong dan beliau berkata perkara yang sama, selepas itu melalui syarikat Luxembourg dan sekali lagi (pembeli) enggan maka selepas itu lah Clare Brown memain peranan," katanya.
Beliau merujuk kepada Claire Rewcastle-Brown, editor Sarawak Report kelahiran Malaysia yang berpangkalan di Britain yang mana sepanjang tahun lalu telah membuat dakwaan yang mengejutkan tentang penyelewengan berbilion ringgit firma pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Justo mendakwa pembeli juga menawarkan untuk membayar dengan tunai.
"Jadi saya sepatutnya pergi ke Singapura setiap minggu atau setiap minggu berikutnya untuk menerima sampul surat berisi beberapa ribu atau berpuluh-puluh ribu, dan proses ini diulangi selama beberapa bulan sehingga jumlah akhir dibayar. Dan sekali lagi ditolak," katanya.
Justo ulangi kenyataan Polis Thai minggu lepas, bahawa pengakuan itu disokong oleh dokumen termasuk rekod perbualan WhatsApp dengan pembeli.
"Semua apa yang ditulis dalam pengakuan saya, sebahagian besar terbukti dengan perbualan e-mel, WhatsApp saya dengan mereka."
Beliau mendakwa, Rewcastle-Brown telah bersetuju untuk menerima AS $ 2mil dari pembeli dan menghantar kepadanya sebanyak AS $ 250,000 (RM952,000) sebulan untuk perkhidmatan perundingan.
"Saya tidak tahu sama ada beliau menerima wang atau tidak, kerana saya telah ditahan," katanya. "Saya tidak tahu."
Justo, yang diwawancara di sebuah pejabat kecil di dalam Penjara Reman Bangkok juga mendakwa bahawa kumpulan yang telah ditemui di Singapura termasuk Rewcastle-Brown telah mengubahsuai data yang telah diberikan kepada mereka.
"Saya telah memberikan dokumen-dokumen asal tanpa apa-apa perubahan," dakwa beliau. "Saya boleh mengatakan bahawa saya telah memberikan dokumen kepada dua kumpulan orang," katanya. Satu adalah Rewcastle-Brown bersama kakitangan IT beliau dan satu lagi ialah ahli perniagaan Malaysia bersama rakannya. The Straits Times tidak menamakan ahli perniagaan itu dan juga rakannya sementara menunggu maklumbalas daripada mereka kepada dakwaan terbaru itu.
Beliau mendakwa bahawa orang-orang dia telah temui itu bercakap tentang menggunakan dokumen "untuk mencuba menjatuhkan kerajaan Malaysia", sambil menambah bahawa mereka juga merujuk kepada rancangan untuk"mengubah suai dokumen".
Beliau berkata, beliau telah menuntut PetroSaudi untuk menambah sejumlah wang pada tahun 2013 tetapi tuntutannya ditolak. Selepas itu, melalui kenalan di Geneva yang ada hubungan dengan Malaysia, beliau telah diperkenalkan kepada Rewcastle-Brown, yang kemudian bertemu di Bangkok di Plaza Athenee Hotel dan di Singapura di Fullerton Hotel. Di Singapura, Rewcastle-Brown telah ditemani seorang individu yang dinamakan dalam pengakuannya.
Menurut The Straits Times, pengakuan Justo ditulis padat dalam huruf besar lebih daripada 22 muka surat.
Beliau berkata, ia tidak dibuat dengan paksaan dan beliau terkejut mendapat layanan yang baik di penjara Bangkok.

1 comment:

Anonymous said...

There was no tampering because we immediately did a digital fingerprint of the hard disk that contained over 400,000 emails and documents and secured it. What is in the discs we have given Bank Negara Malaysia, the police and MACC this week is the exact copy as the one Justo passed to us and he has said he did not do any tampering.