Saturday, July 11, 2015

Peguam : Akaun Datin Seri Rosmah Tiada Kaitan Dengan Dana 1MDB

Portal Majlis Ahli Parlimen BN - Peguam Rosmah jawab dakwaan RM2 juta dalam akaun

11 JULAI: Datin Seri Rosmah Mansor mengakui akaun bank yang didedahkan laman Sarawak Report adalah miliknya yang dibuka pada 1984.

Menerusi kenyataan melalui peguamnya firma guaman Messrs Norhairan Mohd Noor, isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu menafikan sekeras-kerasnya mempunyai kaitan dengan dana 1MDB.

“Pelanggan saya tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah atau penyalahgunaan dana dan menafikan dengan keras mempunyai kaitan dengan dana 1MDB.

“Laporan itu dianggap tidak patut, mengancam , palsu dan bertujuan untuk menyakitkan hati atau mengganggu pelanggan saya,” kata kenyataan itu.

Firma itu berpendapat, kesimpulan yang dibuat oleh Sarawak Report terhadap anak guam mereka adalah serius, berniat jahat dan tidak berasas.

“Akaun bank yang dirujuk dalam laporan itu adalah akaun peribadi anak guam kami. Ianya dibuka pada 1984 ketika anak guam kami bekerja di Island & Penisular Sdn Bhd (sekarang ini dikenali sebagai I&P Group Sdn Bhd),” kata kenyataan itu lagi.

Bagaimanapun, menerusi kenyataan itu juga, Rosmah turut mengakui akaun peribadinya kini disiasat oleh Pasukan Petugas Khas berhubung dana 1MDB.

“Pelanggan saya tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah atau penyalahgunaan dana dan menafikan dengan keras mempunyai kaitan dengan dana 1MDB.

“Laporan itu dianggap tidak patut, mengancam , palsu dan bertujuan untuk menyakitkan hati atau mengganggu pelanggan saya,” kata kenyataan itu.

Menerusi kenyataan itu lagi, Rosmah berharap Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil tindakan serta merta berhubung kebocoran maklumat akaun peribadinya.

“Adalah diharapkan Bank Negara dengan serta-merta atau dalam masa 72 jam menjalankan siasatan berhubung pendedahan tanpa kebenaran maklumat bank tersebut.

“Anak guam saya berpandangan bahawa kegagalan oleh Bank Negara untuk segera menjalankan siasatan tersebut akan menghakis kepercayaan pelabur dan pengguna dan institusi kewangan,” kata kenyataan itu.

Pada Khamis Sarawak Report membuat dakwaan terhadap Rosmah berasaskan maklumat diterima berkaitan sebuah akaun dengan Affin Bank Berhad.

Laman itu mendakwa RM2,000,000 dimasukkan ke dua akaun secara berperingkat-peringkat.

1 comment:

Anonymous said...

Hebat rosmah, bagi tempoh 72 jam terus kat BNM. Rosmah ada telor walaupun tak ada telor berbanding najib ada tulur tapi tulur hilang. Ini sebenarnya telah membuktikan yg rosmah lah PM Malaysia, bukan najib...alahai