Tuesday, July 7, 2015

Hati Hati Ada Tangan Tangan Luar Mahu Kucar Kacirkan Rakyat Malaysia Sekarang


Tidak ramai yang peduli dan tahu bahawa pada ketika kepimpinan negara diasak dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan ketika ini, di Malaysia berkumpulnya semua penyumbang dana besar untuk Anwar Ibrahim dan PKR.

Pada 4 Julai 2015, admin facebook Anwar Ibrahim sendiri mendedahkan perjumpaan itu diadakan di Malaysia. Apakah secara kebetulan mereka berada di sini?

Sasakawa Peace Foundation adalah satu kumpulan yang sering menjemput Anwar ke Jepun. Masih ingatkah lagi peristiwa Anwar dihalang masuk untuk ceramah di Jepun? Itu adalah jemputan daripada Sasakawa Peace Foundation (baca sini).



(Gambar tahun 2005: Anwar diberikan anugerah oleh CSID yang berpangkalan di Amerika Syarikat). Institusi-institusi yang lain Washington yang berkaitan dengan rangkaian operasi perisikan ‘masyarakat social’ National For Endownment of Democracy (NED) juga telah memberi penghormatan kepada Anwar dengan memberi anugerah sebagai "Democrat of The Year".  

Kini setelah Anwar masuk ke dalam penjara buat kali kedua. Kumpulan sahabatnya datang lagi ke Malaysia. 

Apakah pula kaitan gambar di atas dengan perancangan terhadap politik di negara ini? Ini perancangan yang telah dilakukan oleh NED di seluruh dunia (baca sini). Ketika Anwar mahu bercita cita hendak menjadi Perdana Menteri pada 16 September 2008, Carl Gershman dari NED telah digunakan oleh Anwar untuk tujuan tersebut (baca sini).

 
Apa pula kaitan kumpulan IKD dan Kondrad Adenuer Foundation (KAF)? 

Mungkin ramai sudah lupa akan kewujudan mereka ini (baca sini). Misi mereka masih sama biarpun orang yang cuba dipotretkan untuk jadi PM sudah masuk ke dalam penjara. 

Modus operandi sahaja ditukar iaitu dengan menyemarakkan berita palsu agar rakyat membenci kerajaan yang sedia ada. Demonstrasi dan revolusi yang diharapkan oleh mereka (baca sini). 



Apabila gerakan anarki wujud di kalangan rakyat, maka senanglah jarum jarum asing ini mencucuk untuk mengeruhkan lagi keadaan. Dalam keadaan sekarang pun, situasi sudah keruh dengan tuduhan palsu yang dilempar dari Sarawak Report dan Wall Street Journal. 

Siapa pun yang naik menjadi Perdana Menteri Malaysia akan diserang oleh kumpulan kumpulan ini selagi agenda besar mereka belum tercapai. Serangan propaganda akan diteruskan menerusi media. 

Ramai masih seronok terbuai dalam mainan "game of perception" yang sedang diatur oleh pihak pihak luar ini. Lebih percaya dan lebih taksub pada maklumat tidak bersumber luar negara dari penjelasan pemimpin sendiri. 

Bukalah mata luas-luas, perhatikan bagaimana satu persatu negara Islam lain dijatuhkan. Pasti anda akan jumpa jawapannya. Jangan mudah melompat percaya pada sesuatu bahan propaganda dari luar.

1 comment:

Anonymous said...

Paling penting sekarang supaya semua ahli UMNO bersatu padu dan sepenuh nya menyokong PM Najib . Hanya itu saja senjata untuk musnahkan anasir jahat dari luar .