Monday, July 27, 2015

Bukti Perpaduan Melayu Mampu Menangkan BN Dalam PRU14 Nanti


Bila GHB sudah keluar dari PAS. DAP pula tidak mahu pada PAS. 20 kerusi yang dimenangi PAS adalah kerusi majoriti Melayu. Jika ditambah kerusi ini dengan 89 kerusi UMNO jumlahnya akan jadi 109 kerusi. Hanya kurang 2 kerusi untuk simple majoriti. 

Itu belum dicampur 10 kerusi majoriti Melayu dari PBB di Sarawak, jumlahnya boleh jadi 119, sudah melebihi simple majoriti untuk kuasai parlimen. 

Tidak semudah itu untuk PAS berpakat dengan UMNO dan BN bagi PRU14. Di kalangan PAS pun masih ada kerusi wakil rakyat PAS yang pro DAP (GHB). Di tempat itu pastinya sukar untuk realisasikan perpaduan. 

Secara matematik mudah, jika orang Melayu berpakat dan terus berpakat maka parti parti berteras Melayu akan menjadi kuat dalam parlimen. Isu / dasar berkaitan Melayu dan Islam akan kukuh diperjuang dan dipertahankan dalam parlimen. 

Secara teorinya juga begitu. Secara praktikalnya, sudah pastilah agenda perpaduan ini tidak akan disenangi oleh DAP dan kuncu kuncunya. Hanya dengan melaga lagakan Melayu sahajalah strategi DAP untuk kuasa negara ini akan berjaya. 

Teras yang diserang adalah UMNO. Kerana UMNO teras kepada BN. Serangan itu tidak menjadi jika tidak menggunakan orang Melayu sendiri. Strategi untuk menang sudah ada iaitu bersatu kita bersatu, dengan setia bergading bahu. Bukan terikut sama dengan agenda asing untuk jatuhkan pemimpin sendiri.


2 comments:

Anonymous said...

Da pas tak anggap umno islamik... mereka ditarbiyah patut tumbangkan umno ... itu pin tujuan pas ditubuhkan...tumbangkan umno... baru dap tolong pas tegakkan hudud...kikiki

Anonymous said...

kot boleh menang pun setelah najib dipencenkan.hhhh