Tuesday, June 23, 2015

DAP Seolah Olah Tidak Mahu Lagi Undi Orang Melayu


1) Nampaknya pasca Muktamar PAS 2015, DAP begitu bersungguh sungguh hendak bergaduh dengan team ulama yang menang besar ketika muktamar. 

2) Cara percakapan dan kenyataan media dari Lim Guan Eng dan pemimpin pemimpin kanan DAP nampaknya mereka begitu beriya iya hendak bergaduh dengan PAS. 

3) Perlu diingat, PAS masih lagi kekal sebagai parti orang Melayu yang kedua terbesar di Malaysia selepas UMNO. 

4) DAP sudah bergaduh dengan PAS, kemudian bergaduh lagi UMNO secara terbuka dan biadap sekali bila nama papan tanda UMNO digergaji oleh DAP. 

5) Apakah ini petanda DAP sudah begitu yakin sekali hendak menang PRU14 tanpa undi Melayu? 

6) Jika begitu, DAP akan menjadi suatu parti yang ultra kiasu dengan memusuhi PAS dan UMNO. 

7) Siapa yang DAP harapkan untuk dapatkan undi Melayu? Sudah tentu tanggungjawab itu di tangan Dyana, Zairil, Rara, Melati, PASMA dan PKR. Inilah sahaja Melayu yang boleh berkawan dengan DAP. 

8) Bila Mat Sabu hendak masuk DAP? 

9) Jika sebegitu dahsyat sekali kelakuan DAP, apakah mereka yakin benar akan menangi lagi 38 kawasan parlimen dengan tambahan parlimen baru dalam PRU14 nanti? 

10) Atau DAP sudah pun menjalankan kerja pendaftaran pemilih dan pemindahan pengundi secara strategik untuk beberapa kawasan parlimen tertentu menjelang PRU14. Patutlah DAP tidak kisah lagi tentang undi Melayu. 

11) Oleh itu, apakah tindakan sewajar dan yang paling bijaksana yang perlu dilakukan oleh parti parti politik Melayu untuk memberi respon semula terhadap kebiadapan DAP ini?

2 comments:

Anonymous said...

Parti chauvinist DAP ini menggunakan strategi divide and rule atau dalam bahasa Melayu pecah dan perintah.
Di pecah belah nya parti2 Melayu dan Islam dan kemudian di tanam proksi2 nya dan memberi sogokan bermacam2 untuk mengikut arahannya.
MELAYU ni lazimnya kaum yang pemalas. Malas membaca, berfikir, menganalisa, mengkaji dan berbagai lagi. Jadi ini memberi ruang kepada DAP melalui proksi2 nya menghasut dan mengharu hara kaum ini.

Anonymous said...

dap akan silap besar kalau ingat hanya bergantung pada undi melayu dari pkr atau serpihan dari pas untuk tawan putrajaya..melayu tak akan rela cina atau suku sakat komunis bertapak di tanah melayu..