Tuesday, June 9, 2015

1MDB Sudah Selesaikan RM3.6 Billion Hutangnya


KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah membuat bayaran penuh pinjaman berjumlah AS$975 juta (RM3.6 bilion) kepada satu sindiket bank-bank antarabangsa, selari dengan pelan rasionalisasi yang diluluskan oleh Kabinet.
  
Dalam satu kenyataan hari ini, Presiden/Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berkata, pembayaran semula itu membuktikan komitmen syarikat dalam mengurangkan paras hutangnya.
  
"Pada 29 Mei, Kementerian Kewangan mengumumkan rancangan 1MDB untuk membayar pinjaman berjumlah AS$975 juta kepada sindiket bank-bank antarabangsa berkenaan.
  
"Hari ini kami gembira untuk mengesahkan bahawa pinjaman itu sudah dibayar sepenuhnya," katanya. - Bernama

No comments: