Tuesday, March 10, 2015

Nurul Izzah Bakal Boneka Baru Politik DAP Di Malaysia





Memang seperti yang diduga, DAP mencadangkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar untuk mengalas tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, kedudukan Anwar Ibrahim perlu digantikan oleh pemimpin yang layak daripada PKR. Apakah Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) langsung tidak layak? Atau Nurul Izzah lebih layak (senang dibuli) berbanding Azmin Ali?

Menurut Guan Eng, dalam mesyuarat yang diadakan 37 Ahli Parlimen DAP, semua sepakat memilih Nurul Izzah.

"Kita tetap menyokong Anwar kerana beliau masih Ahli Parlimen Permatang Pauh.

"Oleh kerana beliau tidak dapat hadir ke Parlimen, kita berpandangan anaknya layak menggantikan beliau," kata Guan Eng semalam. 

Layak sebab Nurul Izzah adalah anak Anwar Ibrahim. Nampaknya DAP sudah berpakat dengan diam diam dengan PKR untuk meninggalkan PAS. 

Dalam parlimen PAS ada 21 kerusi parlimen, tetapi kuasa mereka langsung tidak diambil peduli. Malah sudah wujud gerakan untuk jatuhkan Presiden PAS dengan mempotraitkan Mat Sabu dan Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai pengganti. 

Inilah gaya politik yang dikenali ramai sebagai "pakatan". Hari ini, DAP menerusi Tian Chua mempergunakan Nurul Izzah untuk mendapatkan sesuatu. 

Bila DAP sudah dapat apa yang mereka mahukan, nasib orang Melayu belum tentu selamat jika membiarkan penipuan DAP dan PKR terus berjalan. 

DAP sudah gunakan Nizar, Dyana, Tunku Aziz dan kini mereka mahu gunakan Nurul Izzah. Apakah itu masih lagi tidak disedari oleh orang Melayu?



1 comment:

Anonymous said...

Kalau korang perasan, ini isyarat yang DAP akan buat sama, akan datang ramai pemimpin DAP dari keturunan Lim Kit Siang sahaja. Si izzah pula menyokong.