Friday, March 27, 2015

Bukti #KitaLawan Ada Niat Ganggu Majlis Kenduri Anak PM


Ini kenyataan yang dibuat oleh Fariz Musa dalam Malaysiakini pada 25 Mac 2015 (baca sini). Jelas sekali ada maksud tersirat ayat "meraikan" yang telah ditulis oleh Malaysiakini dalam artikel tersebut. 

Mengapa perlu berarak ke KLCC sedangkan sudah tahu disitu ada majlis kenduri kahwin? Mengapa perlu buat provokasi bahawa akan ada halang di pelbagai tempat untuk peserta demo sampai ke KLCC?

Ini menunjukkan bahawa pendemo dan Fariz Musa sendiri ada niat lain dalam demo tersebut. 

Amat melucukan, selepas dua hari kenyataan yang dibuat oleh Fariz Musa dalam Malaysiakini itu, barulah timbul Pengarah Komunikasi PKR menjawab. Apa yang dijawab amatlah bertentangan sama sekali dengan kenyataan Fariz. 

Fahmi nyatakan KLCC bukan salah satu lokasi demo Kita Lawan, Fariz pula dalam Malaysiakini kata "merancang berarak ke KLCC". 

Nampak sangatlah mereka yang mendakwa mereka ini adalah "pakatan rakyat" ini sebenarlah sudah hilang erti berpakat sesama mereka. Bila pemimpin sudah tiada, anak anak mereka pun berseleraklah di atas jalan tidak tentu arah. 

Lebih baiklah, Fariz dan Fahmi ini fokuskan usaha usaha untuk bantu mangsa banjir di Kelantan. Daripada buat banner dan kad Kita Lawan, buat baju, bakar lilin, beli payung. Lebih baik semua kos itu disalur pada pakatan mereka di Kelantan yang dalam kesusahan. 

 

1 comment:

Anonymous said...

Busuknya hati!!!!!!!!!!!!! Apa perasaan mereka jika Majlis Perkahwinan anak mereka diganggu orang?

Busuk Hati lebih dari longkang tersumbat.