>

Tuesday, February 24, 2015

Kalau Nik Abduh Bertanding Di Chempaka, DAP Akan Taja Calon PasMa?


Nampaknya tulisan Nik Abduh terhadap DAP ini makin keras. Tanpa sekali ragu ragu dengan amaran yang dikeluarkan oleh Gobind Singh Deo, Nik Abduh terus menyerang DAP tanpa belas kasihan. 

Pertembungan yang menarik antara anak Nik Aziz dengan anak Karpal Singh. DAP digelar seolah macam anak oleh Nik Abduh. 

Nik Abduh antara nama popular disebut sebagai calon di DUN Chempaka, jika Nik Abduh terpilih sebagai calon apakah akan ada calon bebas dari PasMa ditaja oleh DAP di Chempaka? 

Jika PasMa tidak bertanding di Chempaka, ianya akan membuka ruang luas untuk Nik Abduh menjadi bakal MB Kelantan pada PRU14. Itulah juga yang dimahukan oleh golongan ulama di Kelantan untuk menyambung legasi Nik Aziz. 

Apa sahaja boleh jadi, DAP boleh datang terus bantu mangsa banjir di Kelantan tanpa melalui MB Kelantan. Segalanya juga berkemungkinan berlaku dalam PRK Chempaka. 

Kemuncak pertembungan sesama sendiri antara PAS dengan PasMa akan berlaku di DUN Chempaka. Siapa bakal terkorban? Ulama atau PasMa?

No comments: