>

Tuesday, December 9, 2014

Pakatan Pembangkang Akan Runtuh Pada PRU14?


1) Kebimbangan Kit Siang itu ada asasnya. Itu adalah ketakutan Kit Siang sendiri bila Anwar masuk ke dalam nanti. 

2) Situasi yang sama berlaku ketika Barisan Alternatif hadapi PRU pada 2004 tanpa Anwar Ibrahim. PKR hampir pupus kecuali di Permatang Pauh sahaja. 

3) Kit Siang juga tahu bahawa Hadi Awang akan memilih jalan sendiri dan bukan lagi bersama dengan DAP jika Anwar sudah ke dalam. 

4) Anwar yang selama ini menjadi "jambatan" antara Melayu PAS dan DAP. Juga "jambatan" antara golongan Anwarinas dan ulama. Jika jambatan itu sudah tiada, maka pakatan itu juga akan hancur. 

5) Perlembagaan dan logo pakatan rakyat masih tiada sampai kini. Ianya hanya ada dalam kepala Anwar Ibrahim sahaja. Perlembagaan dan logo itu juga akan masuk ke dalam sekali. 

6) Sejauh mana jentera BN mampu mengambil kesempatan daripada kelemahan pembangkang ini? Daftar pengundi, kajian sikap, pengundi muda, calon wibawa dan jentera kempen adalah perkara penting yang harus disegerakan untuk melawan pembangkang. 

7) Jika BN mampu atasi dengan baik lima perkara itu maka sudah tentu pakatan pembangkang akan alami nasib sama seperti PRU pada 2004. 

No comments: