Thursday, December 4, 2014

Kerusi Timbalan Speaker : Azmin Memihak DAP Berbanding PAS?


PAS sanggup dibuli dan diperkecilkan oleh DAP di Selangor. Punyai 15 kerusi di Selangor tetapi seolah tiada apa apa kuasa untuk menghalang PAS dari dibuli oleh DAP. 

Lebih buruk, Menteri Besar yang baru naik dengan sokongan PAS seolah nampak tidak membela PAS. Ini baru kerusi Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri. Entah entah dalam pemilihan calon PRU14 nanti sudah pasti ramai calon calon PAS akan digugurkan di Selangor.

Kenapa takut sangat PAS memegang kerusi Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor? Takut PAS buat usul tidak percaya dan kembali sokong Khalid Ibrahim? Apa yang pasti, ini adalah petanda kumpulan PasMa sudah meresap jauh dalam PAS di Selangor. 

Tiada satu suara pun dari PAS yang berani lawan DAP. Mulut rasmi PAS iaitu Harakahdaily pun sudah sepi dari perjuangkan partinya sendiri. Apa boleh buat, ada lagi orang Melayu yang masih percaya PAS boleh membela nasib orang Islam. 

Selagi bersama dengan PAS, selama itulah orang Melayu akan diperlekeh dan dipersenda di negara ini.

No comments: