Sunday, October 26, 2014

Tidak Ada Masalah Kalau Pecat Pelajar Ini

1) Ugut Pecat Satu Strategi Murahan - hanyalah satu umpan untuk cari populariti murah menjelang pilihan raya kampus pada November atau Disember ini.

2) Kuasa Autonomi - jika UM memecatnya sebagai pelajar itu adalah hak universiti kerana berasaskan undang undang yang sedia ada di UM. Jangan cuba kaitkan dengan BN dan campur tangan lain.

3) Pindaan AUKU 2012- memang benar pelajar boleh terlibat politik tetapi tidak bermakna itu lesen besar untuk mengheret pelajar campur tangan menyokong secara membuta tuli kes seorang yang telah didakwa atas perbuatan yang songsang di mahkamah.

4) Pelajar Jadi Mangsa - selepas flash mob yang dianjur oleh Rafizi gagal, surat menghantar pendemo gagal dan siri siri ceramah simpati Anwar gagal termasuklah kehadiran yang sedikit di Permatang Pauh maka akhirnya pelajar yang mahu dikudakan untuk menyokongnya. Ini satu cara memperlekehkan pelajar.

5) Apa Tujuan Jadi MPP? - apakah ini sebenarnya tujuan kumpulan pro pembangkang menjadi MPP di UM? Nampaknya mereka bukan mahu membela soal kebajikan pelajar tetapi sudah terang lagi bersuluh mereka mahu membela kebajikan Anwar dan kumpulan pembangkang di luar.

6) Pemecatan - masih ingat lagikah Hassan Ali yang dipecat sebelum perbicaraan kes Anwar pada 9 Januari 2012? Kerana tidak setuju dengan Anwar maka dia dipecat. Kes Bendahari PAS di Penang dipecat kerana tegur Guan Eng. Khalid Ibrahim dipecat kerana tidak sokong Anwar. Mana maksud demokrasi dalam semua kes pemecatan ini?

7) Tukar Universiti - jalan terbaik bagi pelajar terbabit adalah tukar universiti sahaja. Jangan duduk di UM. Itulah saranan Rafizi bila ada orang tidak sokong PKR baru baru ini.

2 comments:

Anonymous said...

JIKA DIA TELAH CABAR UNTUK DI PECAT... SO THERES NOTHING WRONG KALAU DIA DI PECAT.

INI MENUNJUKKAN IA PEGANG PADA PRINSIP.
THEREFORE THE UNIVERSITY SHOULD USE ITS WISDOM TO ACT ACCORRDINGLY !

Anonymous said...

I was a student leader like you in a local univ. I got a place in the univ thru merit though i m a malay, muslim like u but from sarawak. A student leader does not act like you. You seem to have problem in defining what is good or bad for u as a student. It is true that a univ is a place to get knowledge n experiences but the one that u r doing now is plain useless, stupid n shows yr low mentality as a malay, muslim student who went to the univ on malay quota. Anwar was given all the platform for him to respond especially im the court but he chose to read statements from the dock. Why? As a muslim he was asked to swear, he did not citing 1001 excuses. What injustice had been done to anwar.....you tell all malaysians. Wake up b oy......salat istikharah....minta penunjuk ALLAH. Friend, all non malays n non muslims are laughing at u......coba guna otak yg ALLAH anugerah. Wallahualam