>

Monday, October 6, 2014

Sesudah Dapat Wanita Berpurdah, Kini DAP Pertikai Pula Penubuhan JAKIM

Ini tulisan yang telah disiar di Roketkini :

"Justeru itu, sejak dari tahun 1970an, pemerintah mula memperkuatkan monopolinya ke atas agama dengan penubuhan institusi-instusi Islam untuk melindung (atau mengawal) hal ehwal agama, misalnya Institut Dakwah dan Latihan Islam (Indah), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), serta Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim). Kemuncak usaha ini pula adalah penubuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada tahun 1997, iaitu sebuah badan pusat yang bertujuan untuk menyelaraskan pentadbiran hal ehwal agama Islam di Malaysia, meskipun kuasa pentadbiran Islam itu sepatutnya diagihkan kepada peringkat negeri.

Akibat daripada usaha sistematik untuk menginstitusikan agama ini, amalan Islam di Malaysia kini disifatkan dengan penguasaan ketat oleh pemerintah ke atas terjemahan dan pentadbirannya. Dengan kata lain, pemerintah menentukan segala aspek kehidupan orang Melayu-Islam, termasuk hukum menggunakan Facebook, mengamalkan senaman yoga ataupun menari poco-poco"

Satu tulisan yang jelas sekali mahu mempertikaikan keputusan kerajaan untuk menubuhkan institusi terbabit. Terutamanya Jakim.

Apa hak DAP untuk pertikai semua ini? Ingatkan DAP sudah mula memahami Islam sejak berkawan baik dengan PAS, rupanya DAP semakin lama semakin menunjukkan perangai sebenar mereka.

Sejak Mat Sabu masuk DAP segalanya masih tidak berubah, DAP tetap DAP. Mereka seolah ada agenda lain selain kuasa di negara ini.

Tulis Roketkini lagi :

"Sebaliknya, saya berpendapat bahawa sekularisme dan liberalisme merupakan falsafah yang mampu memperkukuhkan amalan Islam. Sesungguhnya, masyarakat yang benar-benar Islam adalah masyarakat yang mempunyai kebebasan berfikir dan kebebasan nurani, serta kebebasan untuk mengamalkan Islam secara jujur dan bukan kerana paksaan atau tekanan."

Jelas sekali tulisan ini mempromosikan secara terbuka konsep liberal dan sekular untuk dijadikan amalan umat Islam di negara ini. Wahai DAP, janganlah cuba mempermainkan akidah umat Islam di negara ini. Apa yang ditulis terbukti mahu mencabar Perkara 3, dalam Perlembagaan Persekutuan. Roketkini jelas bukan satu wadah bermotif politik lagi tetapi sudah cuba campuri urusan agama di negara ini.

Pihal berkuasa perlu bertindak. Sebelum segalanya terlambat. Roketkini memang melampau.
















4 comments:

anti HIPOKRIT said...

Jangan DI NILAI PADA PURDAH @ JILBAB .. IANYA TIDAK MENCERMINKANKAN ROH ISLAM YANG ADDIN..
orang sebegini senang DI TUNGGANI OLEH MUSUH ISLAM ..
JADI FIKIR FIKIRKAN LAH...

demo krazii said...

jahatnya pecacai zion ni....

orang jahat macam ni pon ada org islam nk buat kawan...

jahat sungguh MEREKA2 ini, bkn setakat mahu kuasa, akidah ummat isalam pun mahu digodek juga...

ini dh boleh istiharkan perang...

"musuh di dalam kain negara islam"
mula tunjukkan diri nya yang sebenar....

Anonymous said...

DAP ni pe hal haaa, semua DAP racis ni nak usik!! Ape hak dia nak pertikaikan kewujudan JAKIM pulak!! Malaysia ni agama persekutuan & rasmi adalah Agama ISLAM, rakyat paling ramai adalah Melayu ISLAM!! DAP tak ada hak pertikaikan semua berkaitan dgn ISLAM! Tolong hentikan kenyataan berunsur hinaan kepada ISLAM!

qaseh said...

DAP Lebih rasis dari apa yg dikatakan kepada ahli UMNO, jadi adakah kita patut diamkan saja agenda mempromosikan islam sekular yg jelas menyimpang dari ajaran ahlul sunnah. Nak menaip pon dah terketar ketar rasanya..geram sungguh ngan puak ni