Tuesday, October 14, 2014

PAS Dalam Krisis Besar : Selepas Dibuli DAP, Kini PasMa Pula Buli PAS

“Pasma tidak boleh dibubarkan kerana kita berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“Kadang-kadang, sikap pemikiran tertutup ini sebenarnya akan menyebabkan Pas sendiri yang rugi,”ini kata Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi, Presiden PasMa yang juga sekarang ini adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah. 

Phahrolrazi anggap penubuhan PasMa adalah supaya PAS tidak lari dari perjuangan sebenar. Siapa sebenarnya yang lari daripada perjuangan? PasMa atau PAS? 

PAS bukan sahaja takut dengan DAP yang memprovokasi mereka dalam isu arak di Selangor. Tetapi PAS juga takut untuk memecat orang mereka sendiri yang jelas sekali mendakwa pemikiran ulama sebagai tertutup dan dianggap lari dari perjuangan. 

Beranikah PAS ambil tindakan ke atas Timbalan Pesuruhaya PAS Kedah ini? Jika tidak, bermakna PAS setuju PasMa gelarkan Nik Aziz, Haron Din dan Majlis Ulama sebagai mereka yang berfikiran tertutup dan lari dari perjuangan.

No comments: