>

Thursday, October 2, 2014

Kenyataan Hasan Malek Berhubung Pengurangan Subsidi Minyak




KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan meningkatkan penguatkuasaan bagi memastikan tiada peniaga menaikkan harga sewenang-wenangnya berikutan pengurangan subsidi bahan api.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek, juga meminta rakyat bersabar dan menanti pengumuman Bajet 2015 yang akan dibentangkan termasuk langkah mengurangkan beban rakyat.

"Kerajaan akan mengambil beberapa langkah bagi mengurangkan beban rakyat termasuk menaikkan kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan persekolahan, subsidi harga rumah dan insentif percukaian," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Anugerah Hari Harta Intelek Negara di sini, sebentar tadi.

1 comment:

Anonymous said...

akan meningkatkan penguatkuasaan bagi memastikan tiada peniaga menaikkan harga sewenang-wenangnya - ayat zaman 3 Abdul