Thursday, August 28, 2014

Krisis MB : Pakatan Rakyat Cuba Perangkap Sultan Selangor? #MBCrisis




 Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya dapat menilai tentang kebaikan dan keburukkan sesuatu perkara yang sedang berlaku di dalam negara kita. Adakah kerana sebab politik, kita sanggup menghancurkan tunjang kedaulatan negara. Perlukah kita mengheret institusi keSultanan yang sedia ada kedalam kancah politik?

Apa yang berlaku di dalam negeri Selangor merupakan satu contoh dimana sebuah gabungan parti politik sedang menguji kesabaran Sultan Selangor. Manakan tidak, tiada angin tiada ribut tiba-tiba mahu ditukarkan terus Menteri Besar yang ada sekarang kepada isteri Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 

Pakatan Rakyat telah mewujudkan masalah demi masalah kepada rakyat Negeri Selangor walaupun telah berjaya menguasai negeri tersebut sebanyak dua kali. Manifesto yang dulu pun belum lagi ditunaikan sudah mereka berebut kerusi siapa yang selayaknya menjadi Menteri Besar Selangor. 

Perbincangan antara Tan Sri Khalid Ibrahim dan Duli Yang Amat Mulia Sultan Selangor telah diakhiri dengan titah Sultan bahawa setiap parti politik dibawah gabungan Pakatan Rakyat (DAP-PAS-PKR) perlu mengemukakan 2 nama bagi setiap parti. Sudah terang lagi bersuluh bahawa Sultan tidak bersetuju dengan untuk melantik Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, walaupun nama itu telah dikemukakan beberapa kali kepada Sultan. (baca lanjut)

No comments: