Wednesday, August 13, 2014

Hadi Awang Jumpa Anwar Ibrahim 10 Minit Sahaja, Apa Yang Mereka Bincangkan?






“Ya, masanya hanya 10 minit sahaja. Itu pun Tok Guru Hadi tidak mahu berjumpa langsung dengan Anwar Ibrahim pada mulanya” ujar sumber yang rapat dengan Presiden PAS di Marang tersebut bila ditanya tentang pertemuan Hadi Awang dan Anwar Ibrahim di Terengganu pada Isnin lepas, 11 Ogos 2014.

“Tuan Guru kuat berpegang kepada keputusan yang telah diputuskan oleh Majlis Syura Ulama PAS yang mana Khalid Ibrahim perlu kekal sebagai Menteri Besar berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu (Wan Azizah dan Anwar Ibrahim)”.

 Keputusan Majlis Syura Ulama PAS itu telah dibuat pada 6 Ogos 2014 dan dipersetujui oleh Nik Aziz dan Haron Din. Nampaknya Anwar begitu terdesak untuk mendapatkan sokongan Hadi Awang bagi memujuk semula 15 ADUN PAS yang dilihat menjadi penyokong kuat Khalid (baca lanjut).

2 comments:

Audio Hypnosis Tarikan Rezeki said...

10 minit jer?

Anonymous said...

Kalau ada diantara mereja, terkentut, dah tolak 3 minit sebab tutup hidong tahan nafas. Pi jauh2 jumpa 10 minit, tolak salam, mengucap selamat hari raya, berpeluk2 dah 5 minit, berbincang hanya 5 minit?