>

Friday, July 18, 2014

Video Yang Sempat Dimuatnaik Salah Seorang Penumpang Dalam Pesawat #MH17 #PrayForMH17





KUALA LUMPUR 18 Julai - Seorang penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine, Md Ali Md Salim, 30, sempat memuat naik video terakhir dalam akaun laman sosial Instagram miliknya ketika berada di tempat duduk pesawat itu sebelum berlepas.

Video dengan nama akaun @masa1777 berdurasi 15 saat itu dimuat naik kira-kira pukul 12 tengah hari waktu Amsterdam dengan kapsyen: "Bismillah...#hatiadasikitgentar".

Dalam video itu juga kelihatan beberapa penumpang serta seorang pramugari MAS, sedang sibuk menyimpan barang-barang di ruang bagasi bagi bersiap-sedia untuk berlepas. 

Rakannya, Mohd. Zaem Nordin, 24, yang berkongsi video itu dalam akaun Instagramnya tidak menyangka Md Ali berada dalam pesawat malang itu. 

"Apabila saya melihat videonya yang dimuat naik kira-kira 15 jam lalu, saya sangat terkejut dan tidak menyangka beliau berada dalam pesawat itu," katanya ketika dihubungi hari ini. 

Menurut Mohd. Zaem, Md Ali sedang menyambung pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang psikologi di sebuah universiti di Armsterdam, dijangka menamatkan pengajiannya tahun hadapan. - BERNAMA

No comments: