>

Wednesday, July 9, 2014

Rafizi Ramli Dikatakan Punca Utama Mengapa Kejadian Baling Kerusi Berlaku Dalam PKR




 Bekas Ketua Penerangan PKR Kedah, Ishak Man berpendapat dalang yang mencipta ‘Kajang Move,’merupakan pencetus huru hara dalam parti yang berpanjangan hingga ke hari ini.

Dalang itu kata Ishak adalah Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dan beliau digesa supaya meletakkan jawatan kerana tindakannya itu telah membawa kepincangan kepada perpaduan ahli di dalam parti itu.

“MPT perlu buat keputusan sama ada melantik Pengarah Strategi parti yang baharu atau melucutkan jawatan Rafizi jika beliau tidak mahu meletakkan jawatan,” katanya.

Ishak mendakwa, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang juga sebenarnya dirancang oleh Rafizi selaku Pengarah Strategi PKR.

“Kemelut politik dalaman PKR terus menjadi ketara apabila ADUN Kajang, Lee Chin Cheh mengisytiharkan letak jawatan untuk memberi laluan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Kajang.

“PRK Kajang merupakan satu tindakan provokasi terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk bertanding Timbalan Presiden.

“PRK Kajang juga merupakan satu platform politik mendorong Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk pertahankan jawatan Presiden dan PRK Kajang juga sebenarnya merupakan pisau yang akan menikam politik Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali,” dakwanya lagi

No comments: