>

Tuesday, July 8, 2014

Mengapa Shamsul Iskandar Mat Akin Beriya Iya Sangat Hendak Khalid Ibrahim Turun Sebagai MB Selangor?





KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin terus mendesak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melepaskan jawatannya.

Biarpun berdepan tindakan disiplin dan telah diberikan surat tunjuk sebab, Shamsul dengan lantang mendesak Abdul Khalid supaya patuh kepada desakan supaya beliau meletak jawatan.

Katanya, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu perlu ingat bahawa jika tidak kerana PKR memberikan jawatan menteri besar, Khalid tidak mungkin menduduki kerusi tersebut.

“Kenyataan ini jelas menzahirkan kedangkalan beliau dalam memahami bahawa jawatan menteri besar itu sendiri diperolehi melalui pencalonan Parti Keadilan Rakyat khususnya dan konsensus Pakatan Rakyat amnya, yang telah dipilih majoriti rakyat Selangor semasa PRU13 yang lalu.

“Amat malang apabila proses ini tidak dianggap penting dan dibelakangi. Ini jelas menunjukkan beliau meletakkan dirinya melebihi kepentingan parti, seolah-olah beliau merupakan faktor utama kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen Bukit Katil itu mendakwa Majlis Pimpinan PKR telah sepakat meminta Abdul Khalid berundur dalam satu mesyuarat pada 15 Januari lepas (baca lanjut)

No comments: