>

Friday, July 18, 2014

Ibu Ketua Pramugara MAS : Hancur Hati Saya Bila Terima Berita #MH17 #PrayForMH17


 IBU kepada Ketua Pramugara MAS, Mohd Ghafar Abu Bakar menunjukkan gambar lama bersama anaknya. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan

Alor Gajah: Ibu kepada ketua pramugara MH17 Mohamad Ghafar Abu Bakar, Maimon Sarpan, 74, memohon masyarakat tidak menyebarkan gambar serpihan pesawat dan keadaan mangsa bagi menjaga sensitiviti keluarga mereka.

Maimon berkata, tindakan berkenaan menambahkan lagi kesedihan yang dialami keluarga mangsa nahas terbabit. 

 "Saya minta supaya mereka tidak menyebarkan gambar berkenaan kerana ia menambahkan lagi kesedihan kami, jagalah hati keluarga keluarga semua mangsa.
"Hancur rasa hati bila terima berita ini, hanya Allah yang tahu isi hati saya sebagai ibu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seri Tanjung, Masjid Tanah di sini. 

 Menurutnya, dia mengetahui mengenai kejadian menimpa anak sulungnya itu selepas dihubungi menantunya Normi Abdullah, 54, jam 12 tengah malam tadi.

No comments: