>

Wednesday, July 2, 2014

Draf Akta Keharmonian Nasional Dicadang Oleh Ahli MPKN Yang Pro Pembangkang?





Isu Akta Keharmonian Nasional hangat diperdebatkan kebelakangan ini. Ianya bagi menggantikan Akta Hasutan 1948 yang kononnya sudah ketinggalan zaman. Pakatan pembangkang merupakan pihak yang bertungkus lumus mahu menghapuskan Akta Hasutan 1948. Mereka dengan jelas mahukan kebebasan yang lebih untuk mendapatkan  ruang melaksanakan agenda merampas negara dari Barisan Nasional.
 
Jawatankuasa undang-undang dan polisi Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) pula merupakan antara pihak yang bertanggungjawab menyediakan draf untuk Akta Keharmonian Nasional. Dan MKPN ini pula jelas dianggotai oleh majoriti dari pihak pakatan pembangkang. Ini mencetuskan kebimbangan terhadap orang Melayu kerana mereka sedar bahawa pembangkang sedang berusaha untuk menghapuskan ketuanan Melayu dan Islam sebagai agama rasmi.

Baru-baru ini bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad telah menyuarakan kebimbangan beliau akan kewujudan MKPN ini. Menurut beliau tindakannya menolak tawaran menjadi pengerusi Majlis Konsultasi Perpaduan Negara MKPN adalah keputusan tepat. Tun Hamid bimbang MKPN akan menjadi alat pihak tertentu yang mahu mengganggu gugat hak melayu dan kedudukan Islam serta hak anak negeri Sabah dan Sarawak (baca selanjutnya)

No comments: