Monday, July 21, 2014

Dendang Perantau, Lagu Terakhir Pramugara #MH17 Untuk Keluarganya Di Klang #PrayForMH17




 Pastinya kepada keluarga pramugara MH17 Shaikh Mohd Noor Mahmood, rakaman lagu hari raya oleh mangsa kepada keluarganya di Klang, amat menyentuh hati. 

Shaikh Mohd Noor sempat merakamkan lagu Dendang Perantau ini sebelum berlepas dari Amsterdam. 



Menurut keluarganya di Klang, Selangor - Shaikh Mohd Noor antara kru yang sepatutnya menaiki pesawat MH 370 ke Beijing 8 Mac lalu. Namun - perubahan jadual menyebabkan Sheikh Mad Nor tidak menaiki pesawat berkenaan. 

Tetapi kali ini - kepulangannya dari Belanda ke tanah air bertukar tragedi apabila dia berada dalam pesawat MH17. Al fatihah untuk arwah Shaikh dan takziah untuk keluarga.

No comments: