Friday, June 20, 2014

Dato Seri @NajibRazak Nafikan Dakwaan Tan Sri Muhyiddin Letak Jawatan


1. Laporan media sosial bahwa YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berundur dari Kabinet hanyalah "rekaan politik" pihak tertentu.

2. Ini memandangkan saya sebenarnya mempunyai hubungan dan persefahaman yang amat baik dengan YAB Tan Sri Muhyiddin.

3. Sebagai Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin sentiasa mendokong dan telah menjayakan segala dasar dan agenda pembangunan nasional terutama yang berkait dengan rancangan transformasi negara yang dibawa oleh saya.

4. Sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional pula, YAB Tan Sri Muhyiddin sentiasa bersama-sama dengan saya dalam segala usaha memperkukuhkan dan memantapkan lagi perjuangan UMNO dan Barisan Nasional. Ini merupakan satu usaha yang berterusan dan masih banyak yang perlu dilakukan oleh saya dengan bantuan YAB Tan Sri Muhyiddin.

5. Dengan adanya hubungan dan persefahaman yang amat baik di antara saya dengan YAB Tan Sri Muhyiddin, saya yakin kita dapat menghadapi segala cabaran untuk membangunkan negara seterusnya meningkatkan lagi kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan Barisan Nasional.

Dato' Sri Mohd Najib
20 Jun 2014



No comments: