Saturday, June 21, 2014

Azmin Bakal MB Baru Di Selangor?

1) Ribut dalam cawan parti PKR makin kronik. Pemilihan PKR belum selesai tetapi sudah ada proksi Azmin bercakap soal gantikan MB di Selangor. Jurucakapnya adalah dari parti PAS bukannya PKR.

2) Apa motif ahli parlimen PAS tersebut bercakap soal Khalid Ibrahim tidak diterima dalam parti PKR? Jika begitu, lebih baik Khalid Samad sahaja masuk bertanding dalam PKR.

3) Jika benar Khalid akan diganti. Isu besarnya kali ini adalah tentang cadangan pemansuhan MAIS yang mana kenyataanya datang dari mulut empat orang ahli parlimen PAS. Yang kena tempiasnya adalah MB, Khalid Ibrahim.

4) Sebab pilihan raya kecil Kajang diadakan adalah kononnya untuk memberi peluang kepada calon MB yang baru. Isu yang sengaja dicetuskan adalah berkaitan dengan PKNS.

5) Kali ini, MAIS pula dijadikan bahan untuk cetuskan ribut kali kedua bagi mendesak Khalid berundur.

6) Mengapa mereka begitu terdesak hendak minta Khalid berundur? Situasi yang sama pernah terjadi dulu ketika arwah Ustaz  Azizan diminta berundur di Kedah.

7) Apakah Azmin tahu bahawa beliau akan kalah di tangan Khalid dalam pemilihan PKR jika Khalid masih kekal sebagai MB?

8) Apa pun yang berlaku, masalah sebenar yang rakyat Selangor hadapi adalah tentang isu air, air dan air. Nampaknya baik YB PAS, PKR atau DAP mereka tidak minat bincang isu rakyat ini.
9) Mereka minat bincang dan menghabiskan masa soal merebut kuasa, kuasa dan kuasa. Sebelum dapat kuasa kecam orang lain kononnya salah guna kuasa. Sekarang apa sudah jadi?

10) Apa lagi rakyat Selangor tunggu? Masih tidak nampak permainan kuasa yang mereka sedang buat? Rakyat hanya mahu air, apakah mesej yang boleh dihantar agar orang yang berkuasa di Selangor faham?

No comments: