Tuesday, May 27, 2014

#PRKTelukIntan Pengundi India Bakal Jadi Penentu?

 


 KALAU pakar ‘spin’ atau putar belit bagilah pada dia. ‘Dia’ atau merujuk pada pakatan pembangkang memang pakar `spin’. Siapa pun tidak boleh tanding.

Ini sehinggakan sekutunya yang agak Islamik iaitu Pas terikut-ikut dengan taktik pakatan sebegini.

Di Teluk Intan sehari dua ini, sibuklah Pas mencanangkan satu isu ini dalam siri ceramah pilihan raya kecil Parlimen di situ kepada pengundi Melayu.

Dikhabarkan, kata pemimpin-pemimpin Pas tempatan kepada penyokong dan pengikutnya bahawa tidaklah salah mengundi calon DAP di Teluk Intan, bahkan mesti dan diharuskan. Meskipun calon DAP orang Melayu, dakwa penceramah-penceramah Pas tadi, sekiranya dia menang, lambat-laun dia akan dipancing masuk ke dalam UMNO.

 Lantas, penceramah Pas tadi beria-ia lah memberikan contoh bagaimana Tunku Abdul Aziz meninggalkan jawatan Naib Pengerusi DAPnya dan melangkah memasuki kem kerajaan. Justeru, pengundi tidak wajar takut-takut si calon DAP itu Islam atau Melayu pun, akhirnya di penghujungnya akan masuk UMNO juga. Itu momokan Pas Teluk Intan. Memang mudah untuk Pas mencanangkan ‘spin’nya, sampaikan terkedu jugalah orang kampung di Teluk Intan.

Ketika ini calon DAP di Teluk Intan tidak menerima sambutan hebat’seperti mana peringkat awal dia masuk gelanggang pada hari penamaan calon tempoh hari. Barangkali orang sudah sedar sejauh mana tahap kecerdikannya.

No comments: